In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

24 September, 2011

Saya Yg Cerewet!!!

Hi fellas....
Today fa keje 1/2 day je....X smpai petang sgt sbb ada jemputan ke Open House @ Selayang.
Pas keje terus amik Izzul Islam kat umah in laws dulu then balik umah tukar baju.
Then barulah berjalan....

Malam masa bersantai bersama family...
Ingat malam ni nk buat puding jagung la...Dah lama sgt x makan puding jagung.
Salah satu dessert kegemaran ku....


Oklah, hari ni masuk hari ke 4 aku menyewa....
Every day bangun je aku solat & iron baju tuk ke tempat keje dulu...
Lepas tu barulah sediakan breakfast tuk my hubby & Izzul.
Tapi tgk jugaklah, klu my hubby ckp nk beli jer...Then fa x der la beria-ria nk masak pagi tuh...
Fa ni sgt cerewet dari segi kebersihan okkkk....Izzul fa dah ajar dia dari awal ttg kebersihan ni...
Bukan ape, Fa ni rimas kalau tgk rumah berterabur sana sini...
Sakit je mata ni di buatnya...Suami & anak sy mmg kuat menyepah okkkk....Tapi dieorang pandai kemas balik. So fa x der masalah sgt.
My hubby da kenal sgt ngn perangai Fa ni....Fa sgt pantang tgk kain bersepah-sepah, lantai berminyak, habuk & bilik tido bersepah. Tal tahu lah, sejak kecik mmg da di asuh macam tuh...Cuma Fa ni terlebih cerewet sikit.
Hihihihiii.....Sehari tu fa boleh menyapu hampir 10x tau. sbb x tahan ngn habuk, rambut & bende² yg x menyedapkan mata.

Kalau masak tu, pinggan mangkuk yg fa guna mesti fa cuci siap². Fa x suka longgokkan dlm singki byk2.
Serabut plak mata tgk sinki penuh.
Kain baju pun macam tu, Tuala ke, baju kotor ke, semuanya fa akan sidai elok² make sure semuanya kemas...Satu lg, fa x suka kumpul baju² yg da siap cuci dlm bakul smpai berhari-hari....
Lepas angkat Fa akan terus lipat. Then terus masuk laci....
Nti klu dah byk sgt baju tu, mesti malas nk lipat....


Peti ais mesti bersih....Then ais wajib ada. Suami sy kuat minum ais.
Kalau x der ais dia boleh mengigau...huhuhuhu... xder lah. Gurau je.
Kalau tgk penuh Fa akan kemas & tgk mane yg x pakai kasi buang....
Tapi selalunya jarang bersepah lah sbb duduk bertiga je.
X der ape sgt lah...Cuma bila ada tetamu nk dtg kenelah beli lebih sikit brg² dapur utk jamu tetamu kan...
Oklah...nti sambung lg k...nk balik da


Nukilan,

22 September, 2011

Me again

Hi fellas....
Agak sibuk beberapa mggu ni sbb mcm² yg fa buat...
First, skrg ni dah mula duduk sendiri...so kehidupan tu agak berlaianan.
Pepagi seawal 6.00 fa da bangun solat. Then siapkan sarapan buat yg tersayang.
Then barulah bersiap² ke tempat keje....
Sebelum tu hantar my son ke rumah my mil dulu.


Then kat office plak, sibuk follow up peserta² Gala Konvensyen 2011.
Kali ni my company buat di Klana Resort, Seremban....
Tema malam dinner adalah MELAYU KLASIK.
Semalam da start practise menari tarian klasik...aduhhhhhhh susah jugak klu da lama x menari ala² ayu ni & lembut ni....Pas abis training, kami bershuffle plak....huhuhuhuuuu.
Bagus tarian tu...sesapa nk kuruskan badan boleh buat tarian shuffle tu...


Ohhhh ya sejak duduk umah baru ni, rasa seronok sgt. Sebab²nya :

  • More privacy bersama my hubby & anak.
  • Fa bertambah rajin memasak..(maklumlah duduk umah in laws semuanya in laws da buat. Rasa bersalah pun ada....)
  • Dapat bergurau-senda ngn suami & anak.....tiada halangan. (bukan bermaksud duduk ngn in laws x leh bergurau, tapi kami berdua seganlah)
  • Mula buat budget seisi rumah....
  • Pakaian adalah bebas...boleh pakai short pant or seluar ketat. (malu la nk pakai pakaian mcm tu depan in laws & adik ipar. Umah sendiri x per....)
  • Tempat meluahkan perasaan tiada batasan
  • Fa suka menghias rumah. (walaupun rumah itu disewa, tapi fa buat mcm rumah sendiri sbb rumah itu sgt cantik. Full furnish lagi k....Tggal bwk katil, peti ais & TV shj. Yg lain semua dah ada.....senang keje.)

Fa sewa apartment tu RM650 sebulan. Tuan rumah sgt baik & sporting.
Parking disediakan khas. Tuan rumah dah siap belikan siap² parking lot. Apartment kat situ parking adalah bebas ye. So bila balik lmbt mmg susah nk dpt parking dekat lif. So, Tuan rumah tu dah sediakan parking lot yg dekat ngn lif....Saya suka...... 


Oklah....nti fa sambung cerita pasal my new house (mcm lah umah sendiri).

Latest of Me

Izzul minta dilepaskan.....nk ikut my boss pegi playground. Ibu plak sibuk nk bergambar

Me & Izzul Islam...On the balik PJ from Perak...

Izzul love this shawl...sbb ada bebola berjuntai tu. Dia ingat candy...hihihihihiii




Nukilan,

Rumah Terbuka Aidilfitri

Last saturday, my office anjurkan Rumah Terbuka buat semua ahli² WorldWellness...
Sambutan mmg ramai....sampai x cukup la. Nasib baiklah ada antara ahli² WWN sudi bawa potluck makanan masing²....Nways dieorang semua enjoy hari tu.
Ni antara gambar² yg sempat fa snap sebelum program bermula....


Kami suami isteri...sebelum menjalankan keje. Hari tu dua² kene pakai walkie talkie....

Ngan teman sekerja, Ms Nawal Rahim.....Budak baru ni.

Ngn Aishah, staf bahagian bonus.....

My hubby ngn Malek...mereka berdua adalah Trainer WWN

My officemate......yg ceria selalu

This is BDT (Business Development & Training) Team. From left My Hubby, My Boss (Engku Edman), Malek & Me .

Candid pics.....kami suami isteri berkeje dlm satu deparment k......


Nukilan,

Saje nk Kongsi..

Gambar from google.... :)



KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM :

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

 3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

 9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Itu saje perkongsian fa buat semua......



Nukilan,


15 September, 2011

Aku Sayang Padamu - Lirik



This song fa sgt suka....
Dedicated special to my lovely Hubby " En Hafiz ".
MUahhhhh....

Kwn², dgr dulu ye. Pasti korang suka punya....huhuhuhuu




Nukilan,

My Son...


My lil' son yg semakin lasak & byk akalnya. Ohhh ya now dia semakin bijak & peramah. Kuat senyum & dah pandai posing bila bergambar....



Nukilan,

New Style...

Just nk post my new style berhijab... :)




Fa suka this style sbb tahan lasak...
Senang je pakainya....x perlu byk nk pakai pin.
Fa cuma guna 1 small brooch & jarum peniti...itu jer...
Cubalah.....



Nukilan,

08 September, 2011

Gambar2 Syawal 1432H

Hi peeps...
Seperti yg fa janjikan , ni fa nk upload beberapa gmbr raya tahun ini...
Tahun ni tema warna hijau. Last minute tukar....boleh plak mcm tu kan? huhuhuhhuuu

Di Pagi 1 Syawal 1432H;






Mak, Ayah, Qila & Boboy...

My Family....Ina x der la. Beraya umah mentua kat Shah Alam

Angah's Family....Imran si debab. X nak pakai baju melayu
Family Pak Ngah fa....

Myvi Kesayangan My hubbyku.....





Nukilan,

05 September, 2011

Syawal 2011


Syukur ke hadrat ilahi kerana tahun ini sekali lg fa dipanjangkan umur serta dpt meraihkan syawal bersama suami, anak, kaum keluarga serta sahabat handai....
Syawal tahun ni cukup bermakna buat fa...Terima kasih x terhingga dariNYA kerana memberikan kebahagian serta kecerian dlm rumahtanggaku serta keluargaku...Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala yg akan terjadi pada HAMBANYA.


Salam Syawal buat semua teman² di blog ini...
Cuti raya tahun rasanya mcm singkat sangat....Fa rasa mcm terkejar-kejar plak.
Maklumlah....2 hari sebelum beraya, kami pindah rumah...
Nk hidup berdikari plak....Sampai bila fa nk tggal bersama in laws.
Then dlm masa yg sama terkejar-kejar buat persiapan utk syawal.
Tahun ni anak fa yg raya sakan...Ibu & Papa dia ala kadar sahaja....


Kali ni fa beraya di Bahau, N9. Umah atuk fa sebelah mak...
Sehari sebelum raya, fa mengemas rumah my mum di Seremban.
My parent awal² dah balik Bahau utk buat persiapan di sana...
After semuanya da kemas, Fa serta suami & anak berangkat ke Bahau.
Sampai sana everthing almost done. Tggal nk masak kuah masak lodeh.

Juadah pagi raya sgt meriah. Semuanya my mum & my untie yg masak...
Fa makan jer tahu...huhuhuhuhuu. Antara juadah yg ada :
  1. Lemang
  2. Rendang Ayam
  3. Rendang Daging
  4. Lontong
  5. Nasi impit
  6. Kari Kambing (ni dimasak pd ptg raya pertama)
Raya pertama selepas solat hari raya, kami bersalaman bersama kaum keluarga.
Yg syoknya, Fa boleh terlupa nk mohon maaf ngn suami tercinta.
Dah petang barulah fa mohon maaf ngn my hubby...Itupun my hubby berkias-kias ngn fa....
Aduhaiiiii ape nk jadi ngn isteri MUHAMAD HAFIZ ni....
Siap kene denda lagi....Dendanya ;

Fa kene hidangkan LONTONG serta AIR pd hubby fa dulu. Then baru boleh mohon maaf dari hubby fa....huhuhuhuhu..Teruk3.


Raya pertama kami beraya sampai ke malam....Kesian Izzul Islam yg kepenatan.
Sejak raya, belah siang Izzul akan tido dlm kereta sbb kami byk abiskan masa dlm kereta pergi beraya....
Raya ke2, fa balik ke PJ semula. Packing baju² utk beraya di Tg. Piandang, Perak plak...
Ini kg Pak Long suami fa....Kami di sana hingga  raya ke 5. Sampai umah Pak Long, fa masak spaghetti bolognese....Sudah bosan ngn juadah hari raya. Nk tukar selera plak.

Raya ke 4 kami jalan² pusing Pulau Pinang....Singgah di Toy's Museum, Tg Bungah then singgah di Pasar Chowrasta. Jalan sungguh sesak lebih² lagi lepas solat jumaat. Balik from Penang kami singgah Bangan Serai, Perak sbb ada jemputan ke Birthday Party anak buah my bff....Makan soto puas² hari tuh. Sedapppp plak tu.

Sampai umah jam 7.30 mlm. Sehari suntuk berjalan-jalan ngn Izzul & my hubby.
Izzul lepas mandi & menyusu terus lelap....Kepenatan anak ibu.
Next day fa dah berangkat pulang ke PJ. Keluar rumah jam 8.30 pg.
Sampai PJ jam 12tgh...Nasib baiklah highway x sesak....kalau x bertapa lah kami 3 beranak di sana...
Sebelum balik rumah, hubby ajak lunch @ Carreforu, Subang Jaya.
Izzul makan nasi ayam banyak hari tuh....hihihiiii


Sampai je rumah, fa mulalah mencuci pakaian serta kemas ape yg patut.
Then rehat sekejap sebelum pergi mengemas rumah fa plak....
Malamnya kami dinner makan soto ayam....yummmyyyyy.
Izzul menyusu je sbb mengantuk sgt. Malam tu awal izzul tido....
Ohhh ya....gambar² akan fa upload later k.
Lupa nk save dlm pen drive. Gambar² ada dlm my lappie....hihihihi


Oklah, esok fa upload kalau rajin....



Nukilan,

Too Much...

Hi fellas,
Hari ni datang keje ngn MOOD yg sungguh malas sbb nk cuti lagiiiiiii....
Hihihihi....x per, jumaat ni fa sambung cuti raya balik.
Alhamdulillah, segala persiapan Aidilfitri berjalan lancar...
Thank's to Allah sbb memberikan peluang lg kepada hambanya ini utk menyambut syawal buat kali ke 30.

Ohhhh ya sebenarnya fa tgh geram ni...tahap x tahu lah tahap ape...
But i think x boleh nk gambarkannya...
Fa cukup PANTANG kalau ada manusia or hamba allah yg sesuka hati nk pakai, guna, makan or pinjam brg² fa tanpa diberitahu....Sgt PANTANG okkkkk!!!.
Sebenarnya apa salahnya inform pada TUAN EMPUNYA kalau nk makan ke, nk pinjam ke, or nk guna my things!
Yg sedihnya bila pegi tgk semuanya licin....Padahal kat bekas tu siap tulis my name.... EFFA lagi.
Tapi licin. Yg peliknya sapalah yg makan smpai x tinggalkan bukti langsung....
Fa sgt TERKILAN ngn mereka yg berperangai mcm ni....
Office fa ni x besar mana pun....Staff pun x sampai 30 org. Ape salahnya call or jumpa bagitahu....
Ntahlah kadang kita x jangka ngn kelakuan officemate kita ni....
Mula² tadi mmg fa tersgt GERAM....sukar nk gambarkan perasaan geram tu.
Bila fa inform my hubby, dia just ckp "x perlah...Halalkan jer. Org² hutan mmg perangai mcm tu...
Kalau duduk bandar pandailah dia minta izin...Mungkin belajar x habis la tu".

Fa terkilan sbb fa beli bukan dapat free....Ape salahnya minta ngn TUANnya kalau nk makan sgt...
X kan dieorang x fikir, makan hak org tanpa minta izin.
Kalau TUANnya x halalkan mcm mane?
Dah jadi darah daging tuh....haaaihhhhhh....Too much !


Hurmmmmm malas dah nk layan perasaan GERAM ni....
Fa halalkan lah....Malas nk panjangkan cerita.
Kalau ikutkan mahu je fa tampal NOTE BERBISA kat peti ais tu.
Kasi dieorang tahu sikit ttg ADAB serta TATASUSILA org MELAYU ni...
Bangsa lain pun tahu ADAB & TATASUSILA org melayu....

Oklah....balik ni nk mengemas rumahku.... :)



Nukilan,