In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

29 November, 2011

Kolestrol

Hi fellas,
Ok, ni Fa nk kongsi sikit ttg KOLESTROL dlm badan.....
Every year my company akan buat medical check up for every staff...
X pernah x buat la....so every year jugaklah keputusan kolestrol fa akan berada di paras² atas hidung org ckp
Kira sipi² la.....Mcm last year yg lain² semua normal tapi tang kolestrol tu yg selalu x memuaskan hati Fa...
So tahun ni Fa dah nekad utk turunkan kadar kolestrol dlm badan fa seminimum yg mungkin....Byk cara sebenarnya nk kurangkan kolestrol ni termasuklah
  1. Perlu menjaga pemakanan sehari-hari. Elakkan makanan yg mempunyai kolestrol yg tinggi
  2. Ambil pil anti kolestrol. Boleh dapatkan di farmasi berdekatan. (Fa x suka amalkan makan² ubat ni)
  3. Minum susu yg mengandungi sterol. Fungsinya adalah mengawal kolestrol dlm badan kita, contohnya Susu Nesvita Omega Plus.
  4. Lebihkan senaman sehari-hari
  5. Dan banyak lagi lah...boleh google sendiri kat internet
So, last week fa dah beli susu nesvita omega plus tu....beli yg small pack.
Sbbnya, Fa nk try dulu rasa....Fa seorg yg bukan pengemar susu tepung ni.
Sejak umur 7 tahun, Fa da x minum susu. X tahulah kenapa sehingga lah skrg ni. Tapi susu pekat manis fa suka...huhuhuhuhuu. Sbb x berbau susunya.
Waktu preggie dulu, Fa paksa diri minum susu ANMUM perisa coklat just for my pregnancy....
Fa amik perisa coklat sbb baunya x kuat.
Hingga kandungan 7 month, nurse suruh berhenti minum susu anmum sbb berat badan asyik naik jer....huhuhuhuhuhu.


So, skrg ni rasa macam menyesal x minum susu....
Maklumlah bila umur makin meningkat ni, mcm² kita dapat rasa....
Asyik sakit² & lenguh² badan.....
So, bermula pagi tadi bersamaan 29hb November 2011, Fa telah pasang niat utk minum susu demi kesihatan tubuh badan Fa.....huhuhuhuhuhuhu (cewah bukan main lagi)
Harapan tu sgt tinggi yer....Tapi kali ni Fa dah nekad.
Sehari fa akan minum 2x iaitu belah pagi & sebelum tidur. (Pls make sure sebelum tidur mestilah 2 jam sebelum tidur ye)
Nasib baiklah susu nesvita omega plus ni x berbau tau.....Then x manis & x lemak berkrim.
Bila minum mmg x rasa muak....Syabas Effa MG kerana berjaya memaksa diri sendiri minum susu...huuhuhuu
So, lepas ni Fa akan pantau kadar kolestrol dlm badan Fa....Selain tu susu ni tinggi kalsiumnya....Good². Semuanya ada kan.....

SUSU NESVITA OMEGA PLUS.....Keluaran Nestle

Susu Nesvita Omega Plus ni mmg bayak kelebihan....
Meh sini Fa kongsi sama² ye kebaikan susu ni.....


  • Susu ini mengandungi sterol dari tumbuhan yang membantu mengurangkan kolesterol. Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.
  • Susu ini tinggi dengan kalsium yang sememangnya kita tahu bagus untuk tulang
  • Susu ini mengandungi 60% kurang lemak berbanding susu penuh krim. Sesuai untuk diet
  • Susu ini mengandungi Omega 3 dan Omega 6, iaitu sejenis asid lemak yang kita perlukan, tetapi tidak dihasilkan oleh badan dan harus diambil daripada makanan harian. Sumber baik Omega 3 dan 6 ialah minyak jagung dan minyak biji sesawi.
  • Susu ini boleh membantu mengekalkan tahap karotenoid kepada orang-orang yang mengamalkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran. Apa itu karotenoid? Karotenoid itu ialah sejenis pigmen yang selalunya terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna dari warna kuning hingga merah (seperti lobak, tomato, betik). Karotenoid membantu membekalkan vitamin A, antioksidan, dan juga meningkatkan fungsi sistem imun badan kita. Malah membantu sistem pembiakan kita agar berfungsi dengan lebih baik!

So, ape tggu lg....mari kita minum susu utk kesihatan keseluruhan tubuh badan.....
Weeeehooooo caiyok Effa MG


Nukilan,

Izzul Islam Sleepy

Hi all,
Just nk upload video Izzul Islam yg tgh lalok....sleepy sbb dah makan ubat batuk & selsema....
Masa ni on the way balik Seremban....




Nukilan,

Simple Dinner...

Last saturday, fa hanya 1/2 day je berkeje.
Sbbnya adalah ANAK SAYA X SIHAT. So, my hubby suruh balik jaga Izzul.
Jam 1.00 ptg fa balik rumah layan Izzul ngan cite upi ipin dia dulu...
Bila dia tidur je, bermulalah operasi ibunya.....
Membasuh pakaian & memasak dahulu....Dinner malam tu sgt simple.

  1. Sambal Tumis Ikan Bilis + Petai
  2. Cendawan + Tomato Goreng
  3. Sambal kicap


Lepas selesai memasak, fa menyapu & mop lantai.....
Kat rumah tu, hari² wajib menyapu sbb habuk.....X tahulah mane dtgnya. Nk kata fa bukak tingkap...
Mmg lah x der sbb fa hanya kat umah belah malam jer....
Tapi habuk ttp ada....so, kalau sehari x menyapu confirmlah lantai kesat je....
Fa ni rimas kalau lantai tu kesat & berhabuk....
Satu lg anak fa ni sensetif ngan habuk...Hidung dia cepat berair.
Mop lantai wajib setiap seminggu 3x. Kalau x geli geleman fa nk pijak lantai....
Bilik air fa akan cuci every weekend....
Ehhhhh ape yg fa menlalut ni....title cite ttg dinner tetiba masuk bab kebersihan plak....
Aduhhaiiiiii.....

Oklah, so malam tu kami dinner makan nasi selepas 2 mggu fa x masak nasi....huhuhuuuuu
(Kata suami tgh diet kan...so mmg periuk nasi tu bertapa je lah)

Sambal Tumis Ikan Bilis + Petai

Cendawan + Tomato Goreng

So, itulah dinner kami yg sgt simple....
Lepas makan my hubby layan kartun INAZUMI & fa plak baca majalah mingguan wanita....
Then terlelap....hihihihiiii



Nukilan,

Staff Gathering

Hi readers....
So sorry ye....Fa ni asyik duduk updated blog yg minggu lepas punya je.
Sbb utama ialah KEMALASAN walaupun hubby dah pasang INIFI di rumah, tapi saya ttp kemalasan bila di rumah. Ohhhh ya internet thru unifi mmg sgt laju....syok tau kalau tgk video di YOU TUBE.
X yah tggu lama² for buffering...huhuhuhuhuuu

Ok², ni just nk upload gambar ² masa staff gathering di Restoran Tupai², Shah Alam last tuesday.
Kami makan steamboat....Dah la hari hujan. Mmg lah sedap kan....
Thank's to management sbb sudi belanja kami semua makan....
Then malam tu ada buat cutting cake for staff yg lahir on month of Oct & Nov.
Termasuklah my hubby ye....lepas dah kekenyangan saat ditunggu² oleh staff.
Pemberian Insentif utk mereka yg dah confirm......Rezeki hujung bulan...huhuhuhuuu
Lepas la Fa beli pampers Izzul 2 pack & susu izzul islam.....alhamdulillah!



So, kami bersurai hampir jam 10 malam.
Fa & hubby terus ke rumah my mil utk jemput my son, Izzul Islam....
Ingatkan Izzul dah tidur, rupa-rupanya tgh menyusu sambil tgk TV.
Then, terus balik rumah.....malam tu fa sempat lg lipat kain baju, cuci kain 2 round lg, menyapu & mop lantai. Bapak rajin malam tu..hihihiiii
Fa tidur hampir 2 pagi...Anak & suami mmg dah lena dari tadi.
Oklah, itu jer utk kali ni...
See ya!!!



Nukilan,

Mee Bandung Muar

Hi semua...
Just nk updated ttg cerita² last week...
X sempat update sbb anak sy x sihat, so ibu dia jadi kemalasan jugak lah...

Last thursday, my hubby teringin nk makan mee bandung ketam...
So, Fa temankan hubby menapau mee bandung yg dia inginkan....
Pelik plak, tetiba teringin nk makan mee bandung malam² ni...
Selalunya cari nasi....hurmmmm so fa just follow je.

Kami tapau mee bandung muar di Medan Selera PJ State.
Kedai dia berhadapan Balai Polis Petaling Jaya kat PJ State....
Mee bandung muar kat situ mmg sedap...kuah dia pekat & mee dia x rasa kapur.
X tahulah, bagi Fa mmg sedap....
Asam Pedas dia pun sedap jugak...Kalau belah tengahari kedai dia manjang penuh je sbb org lunch makan asam pedas...ada mcm² ikan. Just order je...

  1. Asam pedas ikan pari
  2. Asam pedas ikan tenggiri
  3. Asam pedas ikan kembong
Harga bergantung pada jenis ikan yg diambil....x lah mahal sgt. Selalunya set asam pedas akan dihidangkan dengan Nasi putih + Telur Dadar + Daun Salad....
Untuk mereka yg order Mee Bandung Muar plak. Just order sbb dia ada

  1. Mee Bandung biasa (hanya letak daging)
  2. Mee Bandung Udang biasa
  3. Mee Bandung Udang Galah
  4. Mee Bandung Ketam
Mee ni pun sama...harga ikut jenis yg diminta. Fa selalunya amik Mee Bandung Biasa jer....
Kalau teringin nk makan udang or ketam, baru order.
So, last week hubby order mee bandung ketam. Fa plak order as usual. Biasa punya.....
So malam tu dinner kami MEE BANDUNG MUAR KETAM & BIASA.... :)

Mee Bandung Muar Biasa....sedapppp. Kuahnya pekat

Ni hubby punya kuah mee bandung ketamnya.....


So, malam tu mmg kami kekenyangan.......
Tq darling sbb sudi belanja makan malam....hihihihihiiii


Nukilan,

Ulat beluncas ohhh ulat beluncas

Morning semua....
Last weekend was wanderful sbb dpr makan masakan my mum....
Yummmmyyyy.....terubat rindu pada masakan my mum.

Ohhh ya just nk cerita pasal ulat beluncas....or lebih dikenali dgn nama ulat bulu.
Last week punya cerita ye...sbb malas nk update blog bila anak meragam sbb x sihat.
Masa kami nk pergi keje, Fa tertanya-tanya apa warna hijau yg melekat dekat tayar kereta my hubby...
So bila da close up....jeng jeng jeng.
So suprised sbb benda hijau yg menepek kat tayar kereta my hubby ialah seekor ULAT BULU.
Gemuk & gebu ye....
Tapi yg peliknya kenapa di tayar kereta hubbyku?
Bukan ke ulat beluncas selalu ada di daun ke?
Hmmmmm agaknya ulat bulu ni buta warna kot....huhuhuhuuuu

Then, Fa suruh hubby letakkan di atas daun berdekatan ngan parking kami....
Kesian ulat tu....
Then keesokan harinya, Fa tgk ulat smlm tu dah mati....bukan sbb kene lenyek or kene pijak, tapi mati kekeringan....kesian betul tau. Tapi nk buat macam mane kan?
Dah ajal dia....walaupun hubby dah letak kat daun² tu, tapi last² fa jumpa mati dekat ngan tayar kereta my hubby.....uhuks!!!!.



Fa ni cepat kesian pada binatang² or unggas² yg berkeliaran & tersesat ni.....
Tapi Fa x der lah amik bawak balik...cuma tolong setakat yg mampu jer.
Berbakti pada hamba allah lebih mulia kan?



Nukilan,

26 November, 2011

Izzul Islam selsema

Hi fellas,
Well today terpaksa keje 1/2 day sbb anak sy tidak berapa sihat...
Poor to Izzul Islam....
Dia mula selsema start from smlm...kesian tgk Izzul Islam bila dia tidur.
Bernafas melalui mulut sbb hidung tersumbat.
Lagi kesian bila time izzul menyusu....

Fa sgt risau kalau Izzul Islam selsema...Izzul mudah mengamuk & merengek kalau dia selsema....Bila demam dia masih aktif.
Kadang x nmpk mcm demam....Fa & hubby plak yg risaukan dia.
Tapi kalau selsema, Izzul akan kurang aktif sikit....sikit je ye.
Lasak ttp maintain. huhuhuhuuuu


Satu lg, bila nk makan ubat punyalah susah nk bg izzul minum...
Siap ibu kene kepit dia ye...
X cukup tu, dia akan meronta-ronta minta dilepaskan...lepas tu menjerit-jerit mcm org kene dera...
Aduhhaiiiii bukan niat nk kepit2 izzul, tapi terpaksa...
kalau x mmg susah nk masuk mulut.....haaaihhhhhh
Sampai hubby ckp fa ni KEJAM....sabar je lah.
Abis nk buat mcm mane kalau x kepit izzul...confirm dia x nak makan ubat.
Dah mmg susah nk bagi makan ubat.


Hopely, selsema izzul x berlarutan....kesian tgk keadaan dia.
Esok pagi nk balik hometown...Rasanya dah 3 minggu Fa x balik Seremban.
Isnin balik PJ semua....Fa & hubby ni kalau dah balik Seremban, confirm liat nk balik PJ balik...masakan my mum sungguh sedappppp....rindu ngan pengat pisang my mum...yummmyyyyyyy.


Oklah, nk mandikan Izzul Islam.
Then tggu hubby balik keje, baru dinner sama2...
Perut ni pun dari tadi dah menyanyi-nyanyi....


Okbai semua...



Nukilan,

22 November, 2011

Emas buat Team Harimau Malaya!

Hi readers....
Wahhhhh hari ni malas nk pergi keje sbbnya :

  1. Malam tadi tidur lewat gara² tgk Final bola utk Sea Games,
  2. Kepalaku pening² sejak 3 hari lepas,
  3. Mataku ni berat je...tandanya tidur x cukup,
  4. Tekak x berapa sedap....simpton² nk sakit tekak dah ada,
Malam tadi tgk bola mmg suspen giler....walaupun tgk waktu masa tambahan jer.
Tapi suspen dia mmg x tahu nk ckp.... :)
Smlm balik dah jam 6.00 pm lebih....sampai umah his mum, rehat kejap.
Then lepas magrib nk balik rumah sendiri plak...
Tup² hubby ajak pegi beli brg dapur plak...Org nk tgk bola...
So memula mcm frust la, tapi hubby ckp suspen tgk awal² ni....So fa pun follow je la ckp hubby.
Kami g shopping brg dapur kat Mydin, Subang. Jauh kan
Masa sampai Mydin kami dapat tahu Indonesia dah jaringkan gol pertama....so kami mcm alamak!
Maklumlah main kat tempat tuan rumah kan. Advantage mmg akan lebih pada tuan rumah..betul x?
So kami just x perlah, tgk siaran ulangan esok jer lah.....


So, kami dah beli brg² dapur, terus balik rumah. Sampai rumah dah 10 lebih....
Then hubby terus switch on tv...rupa-rupanya bola x abis² lagi sbb Malaysia & Indonesia seri 1-1 sama.
So, fa mandi² lah dulu. Lepas mandi brulah fa tgk bola....
Masa tgk tu dah masuk masa tambahan....kesian tgk pemain malaysia asyik kene je ngan pemain indonesia.
Ganas betul dieorg ni main....
Last² masa tambahan 30 minit abis....So, pemainan akan ditentukan ngan sepakan penalti...
Aduhhhhhh lagilah suspen dibuatnya.....

Fa, hubby & Izzul setia menunggu depan TV.
Bila masuk je sepakan terakhir oleh pemain m'sia (ketua pasukan m'sia) tu....
Mmg suspen siot...sepakan yg sgt menarik sbb berjaya menundukkan penjaga gawang Indonesia yg agak poyo tu....Bila masuk jer, fa melompat-lompat sambil jerit gol gol gol....
Sampai anak fa terkejut & menangis....Izzul ingat ibu marahkan dia....hihihihihii
Ibu terlalu excited sayang malam tadi....My hubby pun sama.
Sukar nk gambarkan bertapa kami berdua HAPPY & BERBANGGA ngan pemain malaysia yg begitu cekal & bersemangat utk merangkul pingat emas di tempat tuan rumah.....

Tahniah kalian semua.
Sangat besar ertinya KEMENANGAN malam tadi.
Harimau Malaya berjaya mematahkan sayap sang garuda buat kali ke2 di stadium yg sama.....
Last sekali Indonesia ditundukkan oleh Malaysia utk Piala Suzuki.
Masa tu mmg stadium sunyi sbb peminat indonesia kecewa & sedih bila pasukan mereka kalah ngan M'sia.


Photo ehsan dari Miecyber's Blog.....


So, esok malam perlawanan antara Malaysia vs Syria di Stadium Bukit Jalil utk sesi pra olimpik...
Mari sama² beri semangat pada mereka....
Bagi Harimau Malaya mengaum di Stadium Bukit Jalil.....


* Sangat bangga & terharu bila LAGU NEGARAKU berkumandang di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Indonesia. 


Nukilan,

21 November, 2011

Hip Hop

Hi readers....
Hari ni terlebih rajin update blog...
Ok ni Fa nk cerita pasal my lil' son, Izzul Islam...
Bukan cerita ape pun....

Hari ni Izzul Islam bangun tidur, terus senyum bila ibu dia panggil his name...
Hurmmmmm mood dia baiklah tu...
Kalau x mesti macam nk ngamuk² dulu sbb nk tidur lg....
Bangun je, fa bagi dia susu dulu sambil layan program High 5 @ NTV7.
Then abis je rancangan tu, Fa ajak dia mandi....mula² dia ok...
Bila masuk bilik air terus nangis sbbnya...............


IZZUL X NAK IBU DIA MANDIKAN DIA. DIA NK PAPA DIA MANDIKAN.....haaaihhhhhhh


Dia skrg dah tahu dah...kalau ibu mandikan dia, CONFIRM dia x dapat main air lama².
Tapi kalau papa mandikan, papa akan biarkan dia main air lama²....itu pasal menangis & menjerit-jerit panggil his papa....Papa x layan sbb dah lambat. So, nak x nak Izzul dimandikan oleh ibunya jugak...
Sekejap je dia nangis, then oklah bila ibu ckp nk belikan dia air vitagen....huhuhuhuuu
Budak² skrg ni dah cerdik pandai.....Kuat berdrama bila nakkan sesuatu....

Pas siapkan Izzul dia layan cartoon kat depan. Fa plak bersiap pakai tudung...
Then dia masuk bilik siap pakai topi papa dia....Dah macam hip hop style....sungguh comel!


His style.....bukan main lagi!

Ibu peminat no. 1 Izzul Islam..huhuhuhuhuuu


Itulah dia gelagat my son.



Nukilan,

Tugas

 Hi fellas....
Last weekeed fa & suami ditugaskan ke Penang utk handle seminar T360 @ Hotel Sunway, Seberang Jaya on saturdays.
Jumaat dah bertolak ke Penang....Cuaca masa dlm perjalanan kejap hujan, kejap cerah, kejap mendung....
From PJ jam 3.00pm, sampai Tol Juru jam 7.30pm...
Lepas je tol Juru jalan jem....aduhaiiiiiii. Ingatkan di KL je sesak rupa-rupanya Penang pun boleh tahan sesak bila ptg² ni.

Kami bermalam di Kelab Safira, Seberang Jaya....Seminar akan diadakan di Hotel Sunway. Nasib baiklah x jauh sgt dari hotel menginap ngan hotel seminar...dlm 5 minit jer perjalanan...
Sampai hotel check in dulu...mandi & bru keluar cari makan...
Kami makan kat Restoran Nasi Kandar Makbul....berdekatan ngan Hotel Sunway.
Jam dah pukul 10.30 malam.....nk makan nasi kandar, perut fa ni x brp tahan ngan rempah² ratus ni.
Takut cirit birit la esok...dah lah event jam 9.00 pagi. Pukul 7 pg dah kene standby....
So dinner hanya makan Mee Goreng Mamak & Ayam Goreng je...

Mee Goreng Mamak....pedas ye.

Ayam Goreng

After dinner, kami terus ke Dewan Terrace, Tingkat 2, Hotel Sunway, Seberang Jaya utk set up hall...
Habis set up dewan, terus balik bilik utk tido...Tgk jam dah hampir pukul 2.00 pagi.
Keesokkannya kene bangun 6.00 pagi....Aduhaaiiii .


19 November 2011
Seawal 6.45 pagi kami dah pergi breakfast di restoran yg sama.
Fa cuma makan roti canai kosong + nescafe tarik. Hubby x nk makan sbb dia takut sakit perut.
Tugas dia jaga SLIDE PRESENTATION....Mmg x leh pergi mana².
Fa plak jaga kaunter pendaftaran & kaunter closing....

Seminar selesai hampir jam 1.00 ptg. Then kami terus pack² brg & pergi lunch dulu.
Sebelum ke kedai mee udang tu, my boss bawa kami beli karipap "besar punya"....
Mmg size dia besar betul....kalau x caya tgk photo bwh ni

Mmg besar...Then inti dlmnya penuh & padat tau. So sgt puas hati makan

My hubby action je lebih....nk tnjuk bertapa besar karipap tu je.

Lepas beli karipap, My boss, Engku Edman bawa makan mee udang di Sg. Dua.
Perjalanan mengambil masa dlm 1/2 jam kot from Hotel Sunway.....
Sampai je, kami terus order.....


Kami amik 8 ekor udang kertas...ni beratnya adalah 300gm. Semuanya RM27.00 yer.

Ni lah me udang yg dah siap dimasak....rasanya biasa je tapi sbb ada udang yg gebu² & fresh ditambah ngan perut yg lapar, kami belasah jer......

Nasi goreng ketam pun biasa² je. Cuma ketam dia yg fresh & besar² + isinya yg manis & padat.

Air kelapa muda , minuman saya....Lega tekak bila minum. Cuaca hari tu mmg panas.....

Ini sisa makanan Fa yer...

Ni lah org yg belanja kami makan hari tu....My Chief  Operation Officer, Rachel Yip. Tq Ms yip....huhuhuhuhu. Lunch kami hari tu adalah RM88.00 for 4 paxs.



Lepas makan, Fa & My Yip terus balik KL.
My hubby & my boss stay 1 malam lagi di Penang sbb ada seminar @ Hotel Hydro, Batu Feringgi on next daynya.....So, Fa drive from Penang to KL....Fa ni dah lama x drive jauh² ni tau.
Alhamdulillah selamat sampai KL jam 7.30 malam....from penang rasanya dlm pukul 3.00 ptg.
Sampai je terus amik Izzul Islam then balik rumah...Badan mmg penat gila masa tu...
Nasib baiklah Izzul Islam faham situasi ibu dia....Malam tu dia sgt baik yer...
Fa buatkan susu dia sambil dia layan upin ipin dia....Last² kami berdua pun terlelap...


Sedar² Izzul kejut ibu jam 6.30 pagi sbb nk susu.....Fa buat susu dia then sambung tido sbb badan x larat.
Demam ngan 1st day period....haaihhhhh mmg x der mood.
Smlm (ahad) just lepak² ngan Izzul Islam kat umah....
Malamnya plak jemput hubby kat office....
Then singgah A&W PJ utk beli our dinner....


Balik rumah Fa sempat lagi cuci kain 2 round...hihihiiii
Then tido jam 12.00 tgh malam. Sbb siangnya dah tido lama ngan Izzul Islam....huhuhuhuuu

Oklah...itu je for today.
Adiosssss guyssss



Nukilan,

18 November, 2011

Simple Dinner...

Hi fellas,
Well, this week Fa x masak langsung di rumah....Rasa mcm semacam jer.
Yang ganti tempat Fa adalah my lovely hubby...hihihiiii
Skrg ni my hubby dlm proses mengecilkan size pinggangnya (dlm erti kata lain NK KURUS)....
Ye beratnya sudah naik 6kg dlm masa 6 bulan yer....Hurmmmm gara² isterinya jugak.


Maklumlah sejak Fa duduk sendiri ni, Fa mmg rajin memasak...
Then my hubbylah yg TUKANG abiskan all yg fa masak.
Fa plak kalau makan mmg x menambah dah...Rasa too full la.
So hubby jadi mangsa keadaan. Last monday dia timbang his wieght naik lagi....huhuhuhuuuu
Kesian hubby, his jeans da ketat....all his shirt yg M slimfit dah ngam² je ngan badannya...
Dah kurang selesa bila pakai....


So, bermula last monday dia da mula diet...
Termasuklah diri ini jugak terpaksa berdiet. Tapi lunch wajib makan nasi sbb nanti kelaparan tahap gaban.
Fa skrg ni wajib amik nasi, kalau x confirm rasa lembik jer...Malam fa temankan hubby dinner makan simple² jer...sbb kene bagi sokongan moral utk org yg nk berdiet ni.
Hubby siap bagi warning lagi pada Fa......

Hubby : B, nanti dah x payah masak nasi & lauk yer skrg. P nak diet lah. Risau berat ni asyik naik jer
Me : Gulpppppp....terkejut mula². Then just jawab ok je. Nanti x lapar ke? P kan kalau sehari x makan nasi mengigil satu badan?
Hubby : Nasi masih makan, tapi waktu lunch jer....Malam x nak makan nasi dah. Nk makan yg simple² jer.
Me : Simple²? Contohnya.....
Hybby : Simple tu x nak nasi or lauk² buat sementara waktu. Kita makan protein je belah malam.
Me : Ohhhh ok. B x kisah sgt. Cuma takut P la kelaparan....
Hubby : Don't worry. P tgh control ni.....Hope berat akan turun.
Me : Senyummmmmm.....

So itulah perbualan suami isteri kami....
Skrg ni Fa  x boleh masak² sedap sbb nanti mengugat selera makan my hubby.
Malam tadi my hubby masak lagi. Hari ke 5 berturut-turut dia masak.
Keje fa buatkan air teh o ais dia. Then Fa akan layan Izzul Islam supaya dia x kacau his papa memasak.
Selalunya kalau Fa masak, my hubby layan his son....So skrg ni tukar lah yer.

This is for me....Tq P.

NI plak his dishes....simple tapi yummyyyyyy

Sementara hubby masak malam tadi, Fa layan Izzul Islam & tgk bola jugak....
HUrmmmmm nasib baiklah M'sia menang 1-0 ngan Indonesia. Stadium malam tadi mmg senyap je sbb Indonesia kalah ngan M'sia...hahahahahaaa.
Tapi seram sejuk jugaklah tgk game malam tadi. Then pemain Indonesia main mmg ganas kan?
Si diego tu sepatutnya dah dapat kad merah, tapi pengadil buat x tahu jer....nmpk sgt dapat advantage....
Tahulah Indonesia tu tuan rumah, tapi tolong adil yer. Dah nama PENGADIL.....
Pemain Indonesia plak byk drama je....Sikit² jatuh. Manja sgt. Padahal x kena pun....Action lebih. Haaaihhhh
Ape² M'sia menang malam tadi. Tahniah utk skuad di bawah Jurulatih cina tu...Lupa la namanya....hihihihiiiii.

Sementara tgk bola, Fa sempat lagi amik Izzul Islam's photo....
OHhhhhh ya dia dah dipotong rambutnya smlm....Fa kesian tgk Izzul sbb macam rimas jer rambut panjang.
So sila lihat gambar sebelum & selepas ditrim rambutnya.

Ni sebelum rambutnya ditrim......

Ni selepas ditrim ptg smlm....Handsome lah anak ibu. :)

Rambut Izzul cepat panjang....So lepas ni x nak biarkan rambut dia panjang².
Kesian tgk Izzul kerimasan....

Satu lg.....Hari ni sampai esok me & hubby akan outstation ke Penang.
Hubby akan stay di Penang sampai Ahad, tapi fa esok ptg dah balik PJ kembali.
So Izzul Islam hanya tidur ngan opah malam ni jer...
Esok ibu balik from Penang, ibu bawak Izzul jalan² k....
Izzul x mau nakal² ngan Opah & Atuk yer....behave urself sayang.

After solat jumaat, fa & hubby akan ke Penang utk bertugas.
So, esok fa akan drive from Penang to PJ. Hopely janganla mengantuk.....
Dah lama x drive jauh² ni.....huhuhuhuhuuu



Nukilan,

17 November, 2011

Wordless Picture!

Ada terbaca kisah adik ni dalam internet.....mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia.....dia cuma budak berusia 4 tahun....




Gambar yang amat menyentuh hati….seorang anak yatim melukis gambar "ibu"nya dan tidur bersama lukisan itu : Ya Allah...sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui.... 




Nota....
  1. Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti…?
  2. Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti…? 
  3. Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?...
  4. Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?...
  5. Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?...
  6. Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?...

Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain…tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi….
Ya’Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik…padaMu jua aku meminta berikanku perlindunganMu…
Panjangkan umurku Ya’Allah…bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa…
berikanlah aku kekuatanMU Ya’Allah…hanya padaMu aku berserah Ya’Allah….
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang…Maha Pengampun….Maha SegalaNya….Amin….”




Thank's Bro Nazri sbb sudi share this artikel..... :)


Nukilan,

14 November, 2011

Kejutan buatku...

Hi fellas....
Pagi ni so stress sbb badan penat sgt & have to go to work...
Masa bergurau senda ngan Izzul dah abis...So malam jer dpt bergurau senda ngan anak saya...
Last weekend was so wonderful. Having so much time with my lil' one...
Tgk keletah Izzul Islam yg sentiasa x duduk diam....Ada je keje dia nk ajak ibu dia join...
Menari lah, main kejar² lah, then menconteng kertas la, so many work he done. Bila penat, fa mandikan izzul dulu, then buatkan susu tidokan dia....Indahnya kalau jadi fulltime housewife kan?
Papa outstation & malam tadi sampai umah...missed him


Ohhh ya, hari ni my hubby buat kejutan demi kejutan....
Pagi tadi lepas hantar Izzul Islam ke rumah my mil, hubby tgk ada parcel. Ada 3 kotak semuanya.
Fa buat x tahu jer....x tahulah ape dia. Then dia pun bukak & showed to me.
Satu set of food's chopper...mcm blender jugak tapi manual punya.
Hanya utk cincang bahan² yg lembut just for cooking.
My hubby tahu isterinya suka memasak...so he buy that chopper...ohhhh dear. So sweet. Thank's s lot honey...


Then sampai office, kejutan sekali lagi from him.
Then bagi satu kotak...Fa just senyap je. X tanya apa² pun...
Hubby suh bukak. Then fa bukaklah.....waaahhhhhhhhhhhh cantiknya.
Terus peluk & kiss him. Then terus ckp " tq so much my darling....so speechless P."
Walaupun fa x berapa sukakan brg² kemas, tapi bila suami hadiahkan pada Fa, fa tetap terima, hargainya & fa suka sgt sbb cantik & elegen...hihihihiii. Bersusah payah dia belikan online from oversea, x kan fa nk tolak rezeki...betul x?


 Cyrstal Swarovski Necklace....hadiah from him lepas balik outstation...



Tq sgt² P....so speechless dear!

So, hari ni berkeje ngn senyuman.....
huhuhuhuhuu...
Oklah, ptg ni nk update gmbr raya korban la...
Kalau free lah ye... :P


* Saya bukan nk berlagak or menunjuk-nunjuk yer. Just nk bercerita di blog saya bertapa saya HAPPY & TERHARU ngan pemberian suami saya....



Nukilan,

12 November, 2011

Enjoy Now...

Hi fellas....
This weekend so enjoyable.
Have a good time with my lil' one, Izzul Islam.
Izzul membesar sekejap je.
Next month genap usia Izzul 2 tahun. Masa terlalu pantas berlalu...
Skrg Izzul membesar ngan sihat serta lincah.
Fa sgt terhibur ngan adanya Izzul disisi....Dia adalah segala-galanya.
Penyeri utk ibu & papa...Setiap masa fa sgt rindukan Izzul.
Fa sentiasa doakan agar Izzul Islam akan membesar ngan sihatnya & menjadi anak yg bertanggungjawab serta dpt menjaga ibu & papanya kelak. Amin!


here beberapa photo fa bersama Izzul Islam










Fa just nk luahkan apa yg terbuku dihati fa selama ni...
Maybe akan ada org TERASA nanti...tapi Fa x mention pun nama mereka.


Last month Fa kan buat kejutan khas buat suami Fa di Terengganu.
Fa dah beli flight ticket tu 2 bulan sebelum tarikh lahir my hubby...
Sebulan selepas tu, Fa plan utk buat kejutan buat suami sambil berpakat ngn sorang ahli WWN ni...
Semua tu Fa menggunakan kos sendiri yer...
Langsung x melibatkan atau pinjam duit siapa2 k...
Jgn ingat fa ni x mampu utk buat semua tu...


Tup-tup ada sorang tu bising2 plak...
Ntah ape2...sakit telinga ni tau bila tahu ada org tu berckp belakang fa.
asal x ckp depan fa je...apesal nk ckp belakang2...
Be profesional k...


Mula2 bila hubby cerita tu mmg sakit hati ni...
Tapi fa cuba tarik nafas dalam2 then hembus pelan2...
Mmg mula2 geram tapi fa cuba kawal perasaan marah fa ni...
Malas nk layan sgt amarah ni...


Tapi last thursday, org yg ckp belakang tu bising2...then ungkit balik cite last month.Fa pun minta izin ngn suami dulu sebelum fa ckp baik2 ngn that person...
X tahula ape masalahnya....Dengki ke? Hurmmmm susah betul kalau org asyik berdengki je kejenya...
Yang penting fa malas nk layan...lantaklah itu masalah mereka..betul x?


So, skrg ni fa tgh mengumpul dana & cuba berniaga kecil-kecilan dulu.
Cari duit sampingan dulu pelan2...
Nanti agak2 fa dah stabil & rasa x perlu keje, fa akan berhenti keje...
Tumpukan sepenuh perhatian pada bisnes fa serta jaga family fa...
So org tu x payah risau lagi or nk dengki2 ngan fa...
So pandai-pandailah handle sendiri keje fa...bukan nak belagak tapi nk ajar sikit org tu agar x pyh sibuk jaga tepi kain org...


Oklah.....moral of the story
* Kita x payah peningkan kepala fikirkannya, itu masalah mereka.





Nukilan,

11.11.11....Usah taksub!

KUALA LUMPUR: “Terlalu taksub dengan nombor dan tarikh tertentu serta terikut-ikut budaya kaum lain yang sememangnya percaya dengan kelebihan setiap nombor dikhuatiri boleh mendatangkan unsur khurafat,” kata Pakar Motivasi, Profesor Izzi Ali. Katanya, masalah itu semakin membimbangkan kerana dalam Islam, tarikh atau nombor tertentu tiada sebarang makna dan tidak pernah tertulis dalam al-Quran atau sunnah Nabi.

Sila klik disini.


* Terpulang pada individu. Mmg cantik utk diabdikan exspecially Hari Ulangtahun Perkahwinan / Hari Kelahiran serta / Hari Kematian.....


08 November, 2011

Persiapan sebelum Aidiladha...

Assalammualaikum buat all my readers....
How's ur holiday last week?
Effa mcm biasalah happy sbb beraya dgn sakannya... bermaksud makan je kejenya.
Smlm baru perasan yg Fa dah makan byk...huhuhuhuuu

Pagi tadi sampai office, Fa terus timbang berat before breakfast....
Perghhhhh sgt lega sbb berat fa turun 1kg...Alhamdulillah.
Ingatkan naik 2-3 kilo...Takut jugak sbb nk turunkan balik agak susah lah...Hihihihiiii.
Lagilah skrg ni Fa rajin memasak utk suami serta anak Fa...cuma agak frust sbb anak saya bukan PEMAKAN orangnya...Kalau bagi sosej tu 1/4 je, Ya Allah nk tggu dia abiskan mmg lama betul.
X kisahla ape² je makanan yg dia boleh pegang....
Kalau Fa suap nasi dia mmg memilih lauk ye...Kalau lauk labu air masak tumis air...Mmg byk dia makan.
Sbb Fa tumis udang kering + bwg merah + bwg putih....Then masukkan labu air & air. Then masaklah smpai labu tu lembut. Izzul suka hirup kuahnya....
Tapi kalau hari² lauk tu je, x der lah nutrisi tambahan utk anak Fa.
Ni tgh berusaha utk naikkan selera makan dia balik....dia kuat menyusu skrg ni.
Sebulan Fa peruntukkan 6 paket besar Susu Dugro (1-3 thn)...Tapi badannya maintan je. Berat dia naik 0.5kg setiap kali timbang...Ni da nak masuk 11kg. Izzul Islam da nk masuk 2 tahun ye....28 Dec depan genap dia berusia 2 tahun....Tapi org akan ckp macam umur setahun je....uhuks!!! Sedih jugak tapi Fa fikir +tive....Asal anak Fa sihat walafiat & x sakit Fa da cukup bahagia & bersyukur.
Bak kata my boss, Dr. Noordin Darus...." Pedulikan ape org ckp, itu masalah mereka....".
So lantak lah org nk ckp anak Fa x cukup makan ke, ibu dia malas masak ke, ibu & papa x mampu ke....Yg tahu situasi sebenarnya hanya Fa & my hubby je....lantak la ape diorang nk ckp kan....


Encik hubby x kisah makan ape je yg isterinya masak....
Yg penting masakkan tu PEDAS. Kalau x pedas mmg dia akan cari sambal kicap air tangan isterinya...
Huuhhuuuuu.....Sabtu lepas, lepas keje Fa masak rendang ayam & kuah kacang....
Nasi impit beli siap je terus....x pyh pening kepala nk rebus² sbb kat Taman Medan ni ada pak cik tu jual nasi impit je....Bayangkan sekali dia rebus nasi impit...kene guna 10 periuk yg paling besar tu....Sambutan sgt menggalakan....Mcm pisang goreng panas.


 Inilah dapur Puan Effa MG yg bersepah² gara² persiapan utk Aidiladha sabtu lepas....Thank's to my hubby sbb sudi bantu sy di dapur sambil melayan my lil' son



Rendang ayam yg tgh masak....Cuma masak seorang ayam je. Sbb rakan² balik kampung. So, kalau ada yg nk beraya kenelah tggu next raya utk rasa masakan saya ini ye...hihihihiiii



Fa siap memasak dlm jam 7.30 malam....Lepas tu mandi² & solat.
Then Fa singgah rumah my mil utk ambil air rx water....
Then pergi cari ayam di pasar malam utk ayah fa plak....Tup² x der org jual ayam masa malam raya...
Sedih betul sbb x der rezeki utk ayah Fa....
Then balik tu, Fa cuci kain & pukul 11.30 mlm Fa da tido sbb kepenatan sgt....Almaklumlah 1st time masak memasak di rumah sendiri. Exspecially utk raya....
Tahun depan Fa akan beraya di PJ. So ingat nk ubah menu plak.....Opppsss lambat lagi tu...
X per² nti kita fikirkan ye.....

Oklah, nk balik dah...
Hari ni duduk je kat tempat Fa ni sbb asyik call peserta utk seminar my boss yg akan diadakan di Hotel The Zon, JB pd 13/11/2011 ni....
Esok sambung lagi call sbb ada 400 lebih list nama nk kene follow up....haiiihhhhh.
Tugas tu...perlu dijalankan.
K lah...see ya!!


* esok fa upload gambar raya kami ye.....


Nukilan,

05 November, 2011

Aidiladha 2011

Hi semua....
Salam siaran dari my office...Yap, still keje sedangkan esok kita akan beraya kan?
Tapi hari 1/2 day sahaja....Lepas ni terus cabut utk beli brg² utk Fa masak rendang....
Ada yg x cukup lagi....

Ohhh ya tahun ni adalah 1st time Fa akan masak dirumah sendiri for RAYA.
Selalunya fa masak di rumah my mum or my mil....
Sungguh seronok dpt masak²....salah satu my hobi. Itu pasal my hubby dah BERISI skrg ni termasuklah diri sendiri....Waaaaaaaaaa, berat fa naik 2kg. Aduhhhhhh......Lepas raya ni nk turunkan 2 kg tu balik...

So, menu for tomorrow adalah


  • Rendang Ayam
  • Kuah Kacang
  • Nasi Impit
  • Lemang
  • Puding roti / jagung
  • Kuah lodeh & sambal ikan bilis (ini kalau terlebih rajin lah)...


So, sejak rabu lepas dah beli bahan² utk memasak....Cepat kan?
Hihihihi....Saja sediakan awal²...Kalau ada yg termissed beli, boleh beli kemudian....
So after work akan rushing beli brg² yg TERMISSED tu then pick up my son & terus balik masak....
So, my hubby akan take care his son...then fa sorang² akan memasak di dapur...

Ohhhh ya, malam tadi terharu sungguh ngn kesungguhan my hubby membantu Fa menyediakan kuah kacang.
Kan kalau nk msak kuah kacang, kacang tu perlu digoreng tanpa minyak dahulu kan?
Then kene buangkan kulit² kacang tu semua, then barulah kisar & simpan dlm bekas dulu before masak...

Malam tadi Fa sudah keletihan tahap cipan sbb lepas keje smlm ikut hubby pegi Seri Kembangan hantar brg.
Then balik ambil Izzul & terus ke Balakong hantar barang lagi....
Masuk je highway NPE, jalan sudah sesak....Aduhaaiiiiiii
Balik from Balakong jam da pukul 10.00 malam....Perut fa dah masuk angin sbb tahan lapar...
Then terus angin tu naik hingga ke kepala...So, terus fa jam sekejap...
Hubby suruh baring dulu....Then baring² terus terlelap...Sedar² hubby kejutkan suruh mandi.
Tgk jam dah 11.30 malam....Alamak kacangku belum goreng lagi. Then tgk hubby x dinner lagi.
Fa terus hidangkan apa yg patut...My hubby dah beli siap² nasi goreng sbb dia dah tahu his wife dah keletihan. Lepas makan hubby suruh tidurkan Izzul dulu.
So, dia pula bersungguh-sungguh mengoreng kacang.....lepas goreng buang kulit kacang then blender.

  • Thank's P for ur helping...
  • Thank's sbb melayan isterimu sebaik yg mungkin...
  • Thank's sbb memahami keadaan isterimu....

B always hargai setiap bantuan yg P berikan pada B. Muahhhhhh. My hubby selalu buat kejutan utk isterinya.
Suami saya sgt senang utk dijaga. Bukan cerewet mcm saya.
Dia dah diajar utk berdikari sejak kecil...
Tapi sejak kahwin, Fa layan dia mcm raja....mestilah kan sbb dia suami kita.
Harus layan dia sebaik yg mgkin....
Bila nk makan, Fa akan hidangkan ape yg patut....Then baru panggil dia utk makan.
Macam pinggan mangkuk dia akan cuci bila dia last yg abis makan...Dia jenis x kisah. Saling menbantu antara satu sama lain....Ada sesetengah suami nk semua isteri buat termasuk lah cuci pinggan....Ada tu sampai nk makan ubat, air wife yg kene hidang depan dia walaupun dia nmpk isterinya sedangkan isteri sedang sibuk di dapur...Ape salahnya amik sendiri.

Kalau baju plak fa dah siap iron & letak atas katil.
Segala keperluan suami fa jaga ngan teratur & sebaik mungkin.
So malam tadi fa lega bila my hubby sudi & bersunguh-sungguh bantu Fa....Thank's sayang!
Malam tadi kami berdua tidur jam 2.00 pagi selepas selesai semuanya....


Oklah, itu jer buat kali ni.
Sebelum beredar, Fa ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua umat islam...
Mana yg nk balik kampung tu sila lah memandu secara berhemah yer...
Ingat org tersayang.....


Nukilan,