Sekejap je dah hari sabtu & dah pun masuk bulan Mac kan?
Masa begitu mencemburui kita semua kan?
Dan bulan ini jugaklah bulan utk Fa & hubby celebrate our 3rd anniversary.
Yes 3 tahun melayari bahtera sebagai suami isteri.
Dan buat kami lagi bahagia adalah dengan kehadiran permata hati kami Muhammad Izzul Islam.
Dalam 3 tahun bersama ni mmg pelbagai dugaan buat kami berdua.
Dugaan yg x diduga pun pernah Fa alami...Tapi biarlah menjadi rahsia kami berdua.
Kami berdua sentiasa mengharapkan kebahagian hingga ke hujung nyawa kami.
Kami juga saling melengkapi antara satu sama lain...
Yg penting dalam perhubungan suci ini adalah sikap tolak ansur antara satu sama lain termasuklah dari semua aspek. Jgn pentingkan diri sendiri & mengikut ego sgt.
Kalau ada masalah bawak² lah berbincang.
Tapi pastikan jgn berbincang depan anak². Mereka tidak sepatutnya mendengar perselisihan faham antara kita. Masa paling baik adalah semasa anak sudah nyenyak tidur.
Saling memaafi antara satu sama lain....Manusia ni x pernah lari dari melakukan kesalahan.
Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, ni kan suami isteri.
Bagi isteri sentiasa lah taat serta patuh dengan suaminya.
Sentiasa menjaga maruah suami dan diri sendiri. Jgn sekali² isteri or suami menceritakan keburukan antara satu sama lain pada orang luar. Itu dah kira mengaibkan suami / isteri.
Bila dah ada anak plak, kita perlu berkerjasama menjaga zuriat kita.
Jgn mengharapkan sebelah pihak sahaja.
Pastikan anak menerima kebajikan, kasih sayang serta tunjuk ajar daripada ibubapanya...
Sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain. Jgn pendamkan perasaan yg berbuku tu, lebih² lagi kaum isteri.
Jika ada benda nk bincang better inform suami apa yg terbuku di dalam hati.
Bagi pasangan yg baru kahwin, alam perkahwinan mmg indah semuanya...
Tapi bila dah masuk fasa pertama & kedua pasti akan ada perselisihan faham antara suami & isteri.
It's normal dalam alam perkahwinan.
Sbb itulah suami isteri perlu byk berbincang utk selesaikannya...
Perlu memahami masalah pasangan masing².
So on 21st March ni genaplah usia perkahwinan kami 3 tahun.
Apa yg Fa harapkan semoga perkahwinan kami ini sentiasa dilimpahi rahmat serta rezeki mencurah-curahkan serta bahagia hingga ke hujung nyawa kami.
Tahun ni kami akan celebrate di rumah je kot. Fa nk masak makanan kegemaran suami Fa.
Then menghabiskan masa di rumah sambil menonton video kegemaran kami bersama Izzul Islam.
Sambil menikmati ice cream magnum...cewahhhhhhh. Bukan main lagi Fa berimaginasi kan?
Kene tunggu & lihat yer...
Bulan ni sgtlah busy ngn persiapan utk Fa serta suami pindah office & launch new office di PJCC.
Menara WorldWellness di PJCC akan dirasmikan pada 31 Mac 2012 bermula jam 10.00 pagi.
Kalau sesiapa nk datang masa hari perasmian boleh lah call fa di 012-6770 773 atau inbox fa di FB or email ke effawwn@gmail.com. Tiket cuma berharga RM2 jer. Macam² acara menarik menanti anda semua.
Ada artis jemputan daripada Metrowealth nanti serta cabutan bertuah....
Office baru kami ni berjiran ngan Office Mr David Teoh....
Marilah sama² memeriahkan suasana di sana nanti yer.... :)
Nukilan,