In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

10 March, 2010

Lawatan sambil belajar....

Hari ni fa terpaksa bawak my prince, Izzul dtg office...
Sbbnya opah Izzul kene pergi Hospital Tawakal, KL for medical check up.
Tghari baru opah jemput Izzul balik umah.


Pagi2 Izzul dah fa mandikan...
Izzul suka betul bogel & dia tahu bila bukak baju dia dah tentu ibu nk mandikan dia.
Pukul 7.30 pagi Izzul dah fa mandikan & siapkan dia dulu...
Lepas dah settle, barulah ibu plak bersiap...


Sampai office Izzul nk tido, so susukan izzul dulu then dia tido...
After 1/2 hour mcm tu, Izzul bangun...Maybe x selesa tido dlm baby bouncer dia.
Kat umah dia tido dlm buaian dia...Bolehlah mengeliat sakan.
Bila dah bangun bagi susu then bawak Izzul round2 satu office.
Sempatlah Izzul berposing ngn untie2 dia...
Bwh ni antara gambar2 Izzul berposing...



Izzul & ibu berposing kat depan bilik ibu




Izzul ngn untie KT & Merine





Tgk tu sampai tertido Izzul...Ibu siap nyanyikan lagu 'twinkle2 little star' then Izzul pun terlena...sedap lagu tu ibu...






Nukilan,

09 March, 2010

Izzul's 2nd Immunitation....

Smlm fa kene bawak Izzul utk imunisasi kali ke 2...
Seawal 6.00 fa dah bangun...Perah susu siap2 semua then mandikan my lil' prince.
Appointment jam 8 pagi.
Sampai klinik mmg ramai gile. Hari isnin mmg ramai pun.
Sampai jer terus letak kad kesihatan Izzul.
Then kene tggu lah sampai Nurse tu panggil nama Izzul.

After 1/2 hour mcm tu, nama Muhammad Izzul Islam dipanggil.
Mula2 kasi timbang berat Izzul, then ukur ketinggian & ukur kepala & dada Izzul
Ni izzul punya detail

Masa Izzul umur 1 month :
Berat ~ 4.1 kg (lahir 3.08kg)
Tinggi ~ 55cm (Lahir 48cm)
Ukur lilit kepala ~ 35cm (Lahir 30cm)


Izzul umur 2 month :
Berat ~ 4.8kg
Tinggi ~ 58cm
Ukur lilit kepala ~ 36cm


Suddenly baru fa perasan anak fa cepat tinggi rupanya.
Badan x naik byk sgt...Hanya naik 700gm shj from last month.
Nak kata x minum susu....ohhhhh anakku mmg kuat menyusu.
Bangun jer tido mesti nk menyusu...Sekali minum 125ml.
Siap kene campur ngn susu dumex lagi sbb time fa keje, bila susu yg fa perah dah abis terpaksalah bagi susu dumex.

Malam2 izzul menyusu badan.
Cuma bila dia bangun 6 pagi, fa bagi susu dumex sbb Izzul x puas.
Then barulah lena tido.


Masa cucuk tu, Izzul menjerit kuat tau. Siap merah padam muka dia.
Lepas jarum tu nurse tarik from peha dia, barulah Izzul diam.
Nurse siap bagi ubat demam lagi takut Izzul demam...
So far x der plak Izzul demam...Anak ibu ni mmg kuat mcm papa dia....hhihiihihiii


So, sebelum fa beredar layankan dulu gmbar2 terLATEST izzul...






Nukilan,

02 March, 2010

Pengalaman yg x kan fa lupakan...

27 Disember 2009
7.30 malam
Umah In laws

Hari tu hari ahad. Fa & suami hanya duduk di rumah sbb fa x larat nk jalan2 lagi...
Lagi 1 minggu my lil' dubies nk jengah dunia...
Fa dah mula rasa minor contraction....Tapi fa buat x tatau jer...
Lepas solat maghrib, Fa ajak hubby g Bintang Market...
Sbb utama adalah nk beli susu HL & coklat kinder bueno...
X tatau lah kenapa teringin sgt nk makan...
Sakitnya dtg selang 10-5 minit....Tapi fa masih buat x tatau lagi.
Kuatkan diri utk berjalan-jalan dlm pasaraya bintang tu...
Then dah selesai beli belah, fa balik umah....
Dalam kete fa dah x sabar2 nk makan coklat kinder bueno yg fa beli tu...
Sampai umah, conraction tu ttp dtg mcm biase...
Then bagitahu MIL, dia siap tanya lagi



MIL : Dah kuar ke tanda2nya fa? Mcm darah ke, air ketuban dah pecah ke?

Me : Rasa x der lagi. Cuma sakitnya dtg every 5 minit mcm tuh...


Then, fa duduk kat sofa sambil tgk TV. Jam menunjukkan pukul 9 malam.
Teringin nk makan nasi kerabu plak...Pesan ngn hubby suh belikan kat pasar malam.
Kebetulan malam tu ada pasar malam berdekatan ngn umah in laws...
Hubby balik, terus dia suh makan...
Fa makan lah sbb lapar...Sakit tu tetap maintain dari tadi...


11.30 malam

Fa naik nk tido...
Masa baring tu, Ya allah sakitnya pinggang fa ni...
Mcm nk tercabut rasenya...Tapi fa tahan sampailah fa rasa nk membuang air besar...
Fa masuklah toilet, then masa tu barula fa cuak sedikit sbb dah ada darah kat panty liner fa...
Then terus bagitahu hubby....
Hubby dah mula gelabah dah....Then fa terus call my sister tanya dia dah boleh g hospital ke belum....My sister siap marah2 kat fa sbb mcm endah x endah jer...
My sister risau, takut fa terbersalin kat umah...


28 Disember 2009
12.00 tengah malam
Then tepat jam 12 tgh malam tu, hubby hantar ke PPUM.
Sampai jer sana, Nurse suh tukar baju siap2...
Then masa tu lah last jumpa hubby...Hubby x leh masuk dlm labour room...
Sedih gile masa tuh...Sorang2 dlm labour room menahan sakit...
Fa kuatkan semangat & sentiasa berdoa agar fa senang bersalin...
Sambil tu fa sempat bersembang ngn my lil dubies....


12.15 malam
Bilik 9, Wad Bersalin
Fa masuk labour room jam 12.15 tgh malam. Kira dah masuk 28 Disember 2009 lah kan?
Then nurse pasangkan CTG kat perut fa...
Tepat jam 12.45 am, dtg seorang doktor cina perempuan tuk check bukaan pintu rahim fa...
Masa tu dia masukkan jarinya kat tuttttt kita, ya allah terperanjat fa dibuatnya...Sakit jugaklah.
Then doktor ckp baru bukak 3cm...
So kene tggu lah sampai bukaan 10cm then barulah boleh bersalin...


Lepas jer doktor check, dia suh fa berehat...
Dah lah bilik tu sejuk, then sakitnya dtg dlm 3-1 minit mcm tu...
Hanya tuhan jer yg tahu bertapa sakitnya aku kene tahan...
Beberapa minit kemudian, dtg doktor utk bagi fa ubat penahan sakit...
Fa hanya sedut gas yg disediakan jer...Fa x amik epidural pun...
Rasanya masih boleh tahan sakitnya....


2.50 pagi
Bilik 9, Wad Bersalin
Tepat pukul 2.50 pagi, sakitnya makin lama makin kerap...
X silap fa dlm 10 ke 30 saat mcm tuh...
Rasa nk meneran jer...Then ada sorang nurse dtg jenguk fa & dia terkejut sbb dia dah nmpk kepala anak fa...Masa tu, nurse tu ckp kalau sakit teran jer.
So, fa apalagi teran jer lah...Kemudian dtg plak doktor tadi tu check pintu rahim fa...kene seluk lg.
Then dia bagitahu dah bukak 8 cm....Rasanya mmg nk bersalin betul dah ni.
Dalam menahan kesakitan tu, fa masih lagi bersembang ngn my lil dubies...
Mulut fa x lekang menyebut nama ALLAH...Minta permudahkan kelahiran my son.


28 Disember 2010
3.32 pagi
Tepat jam 3.32 pagi, fa selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.08kg secara normal di PPUM.
Fa hanya meneran 4 kali jer. Nasib baik ada nurse tu bantu fa cara nk meneran ngn betul...
Alhamdulilah fa selamat melahirkan permata hati fa dengan selamat...


Masa tu sakit yg tadi fa tahan hilang & fa sayu bila dapat lihat anak fa selamat dilahirkan...
Skrg tiba masa tuk doktor jahit kat bahagian bawah tu...
Lama jugaklah. Kalau x silap fa hampir 1/2 jam mcm tu...
Then tepat jam 4.30 pagi semuanya dah selamat...Fa mmg lemah masa tuh...
Tgh berehat tu, dtg sorang nurse tu bwk anak fa & letak atas dada fa...
Masa tu, mata anak fa mmg terbukak jer...
Dia tenung fa...Tanpa sedar fa menitiskan air mata tanda bertapa fa gembira ngn kelahiran ini...
Comel betul anak fa. Mcm x percaya jer tu anak fa...
Putih gebu kulitnya....Mcm anak orang jepun.


5.30 pagi
Wad biasa, Tingkat 3


Tepat jam 5.30 pagi, fa di bawa ke wad biasa di tingkat 3.
Katil no. 28 fa duduk....paling hujung & paling dekat ngn pintu keluar. Fa dialihkan ke katil tuk berehat. So sempatlah fa melelapkan mata.
Lega rasanya semuanya berjalan lancar...
Jam 6.00 pagi dtg nurse bwk anak fa tuk disusukan...
Tapi masa tu, anak fa tgh syok tido...Mcm mane nk bagi dia menyusu...
Last2 fa biarkan anak fa tido.
Ni adalah gmbr Izzul beberapa jam selepas dilahirkan.....










29 Disember 2010
2.00 petang

Fa discharge pada hari selasa. Kira sehari jer lah fa duduk hospital.
Nasib baik lah anak fa x kene jaundice....Kalau x makin lama la Izzul duduk hospital.
Yg fa sedihnya masa duduk hospital tu, anak fa x pandai nk hisap susu...
Kesian Izzul lapar...Fa dah cuba byk kali suh Izzul hisap tapi dia masih x pandai...
Malam tu fa x boleh tido sbb Izzul kelaparan...Nangis jer.
Last2 fa suapkan air zam zam jer...


Tapi Izzul ttp menangis...Fa da buntu nk buat ape lagi...
Susu fa ada tapi Izzul x pandai nk hisap puting fa...
Masa tu fa berdoa agar anak fa dilindungi....Dah lah x nurse buat x tatau jer...
Siap marah2 lagi sbb x pandai nk bagi anak menyusu...
Geram tau masa tu...Dah lah kita sakit, then anak plak x pandai lagi nk menghisap susu...
Akhirnya hubby fa terpaksa bwk susu dlm botol tuk bagi Izzul hisap...
Kalau nurse2 kat PPUM tahu, matilah kena marah...
Tapi nk buat mcm mane, bukan fa x bagi Izzul menyusu tapi dia masih x pandai nk hisap lagi...
Lepas dia dah menyusu dlm botol, barulah dia dapat tido lena...
Fa plak x sabar2 nk keluar from hospital...


Terus balik umah in laws kat Taman Medan.
Fa berpantang di Seremban cuma 2 minggu then fa abiskan berpantang di PJ.
Pengalaman berpantang mmg memeritkan...terutamanya dlm 2 minggu pertama.
Dengan demamnya sbb bengkak susu...
Ya Allah hanya tuhan jer yg tahu...



Fa abis berpantang pada 9 February 2010.
Lega rasanya masa tu....Hari2 fa bersama Izzul sampai semalam fa dah mula keje.
Rindu mmg rindu ngn anakku...
Pelbagai dugaan yg fa alami semasa berpantang, tapi berkat sabar & suami di sisi, akhirnya fa dapat menempuhinya...Alhamdulilah
Smlm fa da mula berkeje....Berpisah ngn Izzul sekejap buat fa rindu sgt padanya...
So itulah serba sedikit pengalaman fa bersalin....
Sakitnya masih lagi fa dapat rasakan. Ada kawan2 yg tanya bila nk tambah anak....
Opppppssss....tggguuuuuuuuuuuuuu...
Biarlah Izzul membesar ngn penuh kasih sayang ibu & papa dia dulu...
Bila ibu Izzul dah ready nti barulah kita usahakannya...


Sebelum Izzul keluar berat fa 83.7kg...Berat kan?
Masa dalam pantang berat fa 74kg....
Skrg ni selepas abis pantang & demam hampir seminggu berat fa cuma 66kg shj...
Ramai officemate fa ckp fa dah kurus...Kurus sgt..
Bagi fa mcm berat lagi...Entahlah. Hubby dah bising sbb nmpk kurus sgt pun x ok.
So skrg ni fa nk turunkan sampai 60kg...Lepas tu just maintain jer...
Kalau kurus sgt x cantik lah sbb nmpk cengkung jer muka ku...huhuhhuhuuu

So, sebelum fa akhiri cite kali ni,
Layankan dulu gmbr Izzul ngn Ibu & Papa dia.



~ Izzul ngn ibu tercinta ~





~ Izzul ngn papa tersayang ~





My lil prince, Muhammad Izzul Islam B. Muhamad Hafiz
(2 bulan 2 hari)



Nukilan,

01 March, 2010

Start to work...

Hi fellas,
Today fa dah mula berkeje dah...
Seawal pukul 6 dah bangun....Mcm biaselah kene pam susu for izzul.
Then bagi Izzul menyusu dulu barulah bersiap-siap g keje.
Hari ni mmg berat hati nk tinggalkan Izzul ngn Opah dia..
Maklumlah dah 2 bulan fa bersama-sama ngn Izzul...
Tgk perkembangan Izzul dari hari ke hari....
So tadi mmg sayu nk tinggalkan Izzul....


Hmmmmm ni x sabar nk balik lunch sbb nk bersembang ngn Izzul.
Ohhh ya skrg ni Izzul dah pandai bersembang...
Then sengih2 tunjuk gusi dia tu....Seronok betul fa tgk perkembangan Izzul.
Skrg ni Izzul dah botak dah...
Byk kengkawan fa ckp muka Izzul iras muka fa....huhuuhuhuuuu
Well, smlm genap umur Izzul 2 bulan.
Dah makin membesar dah anak ibu....& yg penting makin hensem mcm papa dia.
Hmmmmmm ni byk nk cerita sebenarnya tapi sbb hari ni 1st day fa berkeje, so byklah keje nk kene follow up. Tgh blur2 lagi ni nk buat ape...


Hmmmm nti fa sambung k, nk cite ttg pengalaman fa bersalinkan si Izzul.
Sebelum tu, layankan dulu gmbr2 terbaru Izzul...









Nukilan,

20 February, 2010

Can't believe it....

Salam semua....
Lama betul fa x bukak blog fa...
Maklumlah baru jer abis berpantang...
Skrg anakku adalah keutamaan...hiihihiii
Well, fa masih x percaya yg fa dah jadi ibu ke pada Muhammad Izzul Islam Bin Muhamad Hafiz.
Izzul selamat dilahirkan pada 28 Disember 2009 jam 3.32 pagi...Beral izzul 3.08kg. Fa bersalin normal...Sakitnya, hanya Allah jer tahu...
Alhamdullilah proses melahirkan Izzul sgt mudah.
Fa hanya berada di dalam labour room cuma 3 hour jer...


Sebenarnya hari ni fa ikut Hubby fa g office.
Bawak sekali Izzul....Saje lah nk jalan2..Malam tadi ikut papa izzul g main bowling @ Sunway piramid. Mula2 izzul ok jer, tapi lama2 dia merengek...
Sebab utama x cukup tidur lah....hihihihi...
Sejak 2 hari ni Izzul x lena tidur siang hari. Tapi nasib baiklah malam dia x meragam.
Bangun menyusu pun pukul 5 pagi...
Then tidur balik....


Ok lah kot...Fa ni masih x percaya dah jadi ibu ni...
Sebelum berundur, tataplah gambar exclusive my son yer...










24 December, 2009

Happy Birthday Im !!!

Halo halo......
Well post ni dah basi dah sebenarnya....
Ni nk cite pasal event yg berlaku kat umah my mum last tuesday lepas..
Actually hari tu adalah birthday my nephew, IMRAN...
HAPPY BIRTHDAY IMRAN.....
Imran dah setahun rupanya....X sangka kan?
Sekejap jer waktu berlalu....Sedar2 Imran dah setahun dah....
& Mak long dia plak x lama lagi akan melahirkan anak sulongnya...
So bertambah meriah lah keluarga MG nti....huhuuhuhuhuhu


Mmg fa dah tahu dah selasa tu birthday si Im, then fa call my mum tanya Imran sihat ke tidak...
Then my mum terus bagitahu yg ibu si imran nk buat celebration malam tu jugak...
Fa pun hairan, apesal lah adik fa ni x nak buat on weekend....
Atleast lama sikit fa boleh duduk umah my mum...
Rupanya adik fa nk jugak buat on 22/12/2009 tu...Sbb Imran lahir tarikh tu...
So, lepas keje fa terus gerak ke Seremban...


Hubby fa plak x sihat hari tu. Rupanya dia demam. Dia x bagitahu fa yg dia demam.
Fa tahu masa dah nk sampai umah my mum yg dia demam...
Tu pun sebab fa cium dahi dia...Pastu rasa panas semacam...
Pastulah baru hubby bagitahu yg dia demam...
Kalau fa tahu fa x der lah paksa2 hubby balik...Kesian plak ngn dia.
Malam tu pas abis semuanya, kami balik PJ sbb keesokkannya kami keje.
So, masa balik fa yg drive walaupun dah sarat...
Yg bestnya stereng kereta da kena my tummy...hiihihihhihi
Hubby mmg totally x larat nk drive. So, fa bwklah slow2....


Hmmmmmm.....
Gmbr2 masa birthday party fa x upload lagi...
Nti fa upload k....X byk pun gmbr2nya...
Malam tu Imran buat perangai....Meragam jer.
Asyik nk dukung ngn Nenek dia...Kesian my mum.
Dah lah penat2 masak, then Imran plak nk dukung jer ngn my mum...
Imran langsung x heran ngn ibu & ayah dia....
Fa mmg dah x larat nk dukung Imran lama2...Sakit pinggang dibuatnya...
Imran kan semangat....


Oklah, itulah cite pasal birthday imran....
Skrg ni fa tgh menunggu hari tuk bersalin...Tinggal lagi 10 hari lagi...
Aduhhhhh berdebar-debar rasanya....
klah guys, see ya next week...kalau fa x bersalin lagi lah kan....
Adios!!!


Nukilan,

21 December, 2009

Best betul bermalasan di umah...

Hi everyone....
Today as usual bangun lambat, maklumlah bila tido balik confirm hanyut punya...
Supposed ada temujanji @ PPUM pukul 8.30am, tapi pasal terbangun lambat,
Lambatlah temujanji fa hari ni...


Sampai PPUM dah pukul 8.45am.
Sebelum tu amik nombor giliran....Alamak no yg ke 104...
Masa tu baru no yg ke 67....Ahhhhh lama lagi lah nk tggu giliran...
Mcm biaselah kalau check up ni...Kene check glucose, tekanan darah serta berat...
Minggu ni naik 0.5kg jer...x byk sgt. Terkejut jugak lah tadi. Sebelum ni bukan main byk naiknya. Tapi tadi naik sikit jer, tu yg terasa pelik tuh...
So tadi pergi PPUM bertemankan hubby tersayang...
He willing tuk temankan fa...huhuhuhuhuhu
Tapi next week x dapat temankan fa g check up sbb dia ada byk appointment ngn klien.


Selesai check up @ PPUM jam 10.55am...
Masuk office jam 11 lebih. Tanpa lengah terus pegi buat air milo dulu...
Perut ku kelaparan....Sebelum ke PPUM fa x sempat breakfast.
Itulah akibat bermalasan di umah terlalu lama...
Minggu ni cuti lagi kan sempena HARI NATAL....
So, fa akan berehat jer lah...Nk jalan2 dah x larat dah...
Hubby pun duduk umah jer temankan wife dia...
Fa plak makin dekat nk bersalin ni, makin rajin plak ke dapur....
Walaupun x boleh diri lama2, tapi tetap jugak ke dapur...
Tatau la nape terlebih rajin...hiiihihiii



Minggu ni ingat nk masak lemak ayam + kentang lah...
Mcm teringin plak nk makan. Pastu makan ngn nasi panas...perghhhhhh sedapnya...
Sebelum bersalin ni baik kita makan dulu apa yg nk dimakan...
Nti masa pas bersalin dah kene berpantang kan...
Makan kene jaga....kalau x nti mcm2 masalah bila dah tua.


Ohhhhh ya....today genap 9 bulan perkahwinan fa & hubby.
Bahagia betul fa rasa skrg ni....Lagilah x lama lagi kami bakal menyambut kelahiran anak sulong kami....So far selama 9 bulan usia perkahwinan kami ni x der lah gaduh2 pun..
Gaduh2 manja tu adalah...
Ada orang kata tahun pertama & kedua mmg begitu indah, tapi tggu lah masuk tahun ke 3 & seterusnya....mesti akan ada sedikit konflik....
Nways, fa berharap perkahwinan kami ini akan bahagia tanpa ada sebarang konflik tu semua.
Bahagia hingga ke akhir hayat kami berdua....AMIN!!!
Jika ada permasalahan boleh bawa berbincang...Masing2 kan dah dewasa...
So kenelah berfikiran seperti org dewasa....x gitu...hihihihihih


Oklah, now fa sgt berdebar-debar menanti hari my lil' boy utk melihat dunia...
Hubby plak suh anak dia kuar awal2....Sbb dia kesian tgk fa...
Jalan pun x larat....Tapi fa ckp biarlah cukup masa dia nk keluar...
Now ada another 2 week....bukan lama lagi pun.
Pejam celik pejam celik dah sampai masanya....


So, oklah ...
Itu jer setakat ni.
Esok sambung lagi k....
See ya!!!



Nukilan,

19 December, 2009

Dah x larat dah...

Hi semua....
Today my saturday working...
Ada seminar for our member sampai jam 6 ptg...
Fa mcm biaselah akan organized bahagian pendaftaran & makan minum dieorang...


Esok ahad cuti kembali...Cadangnya esok nk berehat-rehat jer kat umah sambil main games...
Nk jalan2 or berdiri lama2 mmg dah x larat sgt...
Kalau berdiri lama sikit mulalah sakit belakang & pinggang fa ni...
So, esok duk umah diam2...
Isnin pagi ada appointment kat PPUM.
Then keje seperti biasalah...


So, esok genap kandungan fa 38 weeks.
So ada another 2 weeks lagi fa bakal melahirkan zuriat fa & hubby fa...
Sungguh x sabar.


Ohh ya...smlm kan cuti bersempena MAAL HIJRAH kan...
So fa & hubby bermalasan lah kat umah...Just duduk umah jer.
Tapi sebelum subuh hubby terlebih rajin g hantar BOSS dia ke LCCT.
Fa ni pantang dgr hubby nk kuar mana2...Confirm nk ikut punya.
Skrg tatau lah apesal....Mana hubby pergi mesti fa nk join sekali...
Walaupun da sarat2 mcm ni...


Smlm pukul 4 pg fa dah bangun...Punyalah semangat nk ikut hubby g LCCT.
Flight our boss ke Bintulu jam 7.05 am...
So pukul 5 pg dah kene gerak from sinilah.
Sampai sana dalam pukul 6 pagi...Suasana kat LCCT tu mmg terlalu busy...
Orangg jgn ckplah....ramai giler...
Maklumlah cuti kan...Masing2 mestilah pergi melancong...
Kalau fa x sarat dah lama fa ajak hubby g melancong...


Lepas dah hantar kami balik ke PJ...
Smlm fa masakkan gulai lemak labu utk my lovely hubby...
Saje nk masak utk dia..Then gorengkan ikan masin bulu ayam...
Suka tgk hubby makan....Sbb tu masakan kegemaran dia.
Pas masak just rehat sambil baring2....Pastu x sedar terlelap...
Sedar2 dah pukul 3 ptg....Mengantuk sbb bangun awal sgt...


Then fa terasa mcm nk membuang air besar...
Mmg sejak dari pagi fa asyik membuang jer....
Tapi ptg tu penat fa kuar masuk toilet...X der pun nk membuang...
Fa ingat nk bersalin dah...yelah sebab perut memulas-mulas mcm nk berak...
Bila masuk toilet x der plak nk berak...
Cuak jugak lah kan....Then fa tanya my MIL, dia ckp biar betul...
Lagipun ada 2 minggu lagi kan?
So, smpailah malam...fa buat x tatau jer.
Pagi tadi bangun asyiklah membuang angin jer...
Then perut fa mengeras semacam...
Sampai skrg ini nothing happened....Maybe perut fa masuk angin kot semalam...


Hubby jangan ckp lah....Dia mula2 cuak jugak, tapi dia siap ckp lagi biarlah keluar awal...
Mesti 'DIA' x sabar tu nk tgk Ibu & Papa dia...
Fa ckp...ishhhhhh jgn lah kuar awal sgt....Tggu lah cukup masa...
Tapi tulah, kalau 'DIA' nk kuar awal nk buat mcm mane kan?



Hmmmmm....itulah citenya...
Hari ni back to normal....Tapi mmg fa terasa dah x larat sgt...
Rasa nk duduk & baring jer....
So, oklah kawan2 see ya on monday k....kalau sempatlah...huhuhuhuhuhuhuu
Salam semua !!!



Nukilan,

17 December, 2009

Another 2 weeks....

Hi everyone.....
This week mmg memenatkan diri sendiri...
Since monday till yesterday balik lambat...Keje kan. What to do....
Mak buyung ni dah sarat2 pun still aktif berkeje sampai malam????
Hopely senang lah my lil' boy keluar nanti....


And that y my punch card selalu merah minggu ni....
Tapi x lah lambat sangat...Setakat lambat 2 - 5 minute still ok kan...
Tapi rimas tgk merah2 kat punch card tuh...
Well, semakin sarat ni semakin aktif fa bergerak...
Walaupun pergerakan makin terbatas sbb sakit lah kat bahagian bawah tu...
Tapi still jalan x ingat dunia...
Mana hubby pegi mesti nk ikut.


Nasib baiklah last week x ikut my hubby g outstation @ Kota Bharu...
Cuma last saturday fa ke majlis pertunangan Nana & Nazri di Seremban.
Majlis mmg meriah....Suka tgk Nana...Comel sgt ngn baju dia yg berwarna purple plum tuh..
So sweet darling....& Tunang nana, si Nazri plak sgt sempoi...Jeans & White Shirt.
Nways moga korang selamat ke jinjang pelamin nanti yer...Fa & Hafiz doakan everything went well....Waktu bertunang terlalu byk dugaan...
Ohhhh ya...bwh ni antara gmbr2 kami (Kak Zura, Kak Sha, Me & Nana) bergmbr depan hantaran Nana.



Me ngn Nana...Makin debab lah Puan Effa MG ni kan....Latest picture saya...huhhuhhhhu. Perut x nmpk kan? Sbb fa pandai sorokkan....Kalau bangun, confirm u all terkejut tgk perut i yg besar.....hihihiihihiii





Nana & Kak Zura (Mummy Aris yg vogue)



Kak Sha ( Ibu Dania ) ngn Nana



Nana bersama hantarannya....



Kami berempat....Masa ni dah Abg Nazri dah balik. So Nana lah yg layan kami...hihihihihihih



Ok, itu kisah last week...Dah basi dah baru nk cite....
Now tinggal lagi2 week my lil' boy akan menjengah dunia...
Mmg x sabar nk tgk dia, tapi dalam masa yg sama mcm2 perasaan yg menerjah fikiran fa...
Semua ada...Hopely semuanya berjalan lancar.
Fa x sabar nk kuruskan badan & nk belai my lil' boy...


Esok cuti kan?...
Public holiday bersempena AWAL MUHARRAM...
So, fa ucapkan Selamat menyambut tahun baru islam utk semua....
Dah ada azam baru ke?


Oklah, itu je kot nk cite...
Next monday fa akan pegi check up @ PPUM...
Ntah2 last check up kan?...
Hopely x der ape2 lah yg membimbangkan....
Doakan utk fa & my lil boy ye...
Semoga selamat semuanya.



Nukilan,

07 December, 2009

Yup...36 weeks

Hi everyone....
Well semalam genap kandungan fa masuk 9 bulan...
Aduhhhh dah makin hampir nk bersalin lah...
Mmg berdebar-debar ni tau.


Hari ni fa g check up @ PPUM.
Ingatkan lama sgt...Rupanya dlm 1/2 hour dah siap semua...
Hari ni Dr. cuma ukur tinggi rahim, check kepala & kedudukan my baby serta denyutan jantung.
Hari ni fa agak aktif. Walaupun x larat tapi hari ni rasa lain mcm jer.
Mcm kuat smcm jer...hihihiihihi


Lunch hour balik umah...Siap boleh gorengkan nasi tuk my hubby.
Hubby teringin nk makan nasi goreng hasil tangan wife dia....terharu okk!!!!
Lagi terharu bila hubby abiskan nasi goreng tu.
Suka sgt....


Hari ni my lil boy makin aktif bergerak....berpusing-pusing dia.
Pastu mengeras....Kadang-kadang sakit jugak lah.
Tapi dah biase kan...just ignored it.
So, skrg ni fa tgh menghitung hari. Betul2 x sabar nk lihat my lil' boy.
Nk belai dia puas2 nanti....(tetiba plak rasa sebak).



Ohhhhh sebelum fa bla, ni gmbr paling latest....
Minggu lepas hubby tolong amikkan....
Mmg chubby sungguh PUAN EFFA MG skrg ni.
Tadi timbang naik lagi...Byk tu....Gerun tgk berat badan sendiri...
Ni nmpk gayanya masa berpantang & seterusnya fa kene berusaha turunkan berat badan ni...
Kalau x abislah...hihihihiihiiii


So itu jer...
Jumpa lagi.....




Gmbr ni diambil last week...lagi beberapa hari before masuk 36 week....Muka dah lebar kan?...Semuanya dah lebar & kembang...







Nukilan,

03 December, 2009

Debaran makin memuncak...

Hi everyone....
Well, as all know now fa dah masuk 35 week...
Weekend ni genap 36 weeks....Perghhhhh kejap jer masa berlalu kan....
Skrg ni fa tgh tggu hari tuk bersalin...
Debaran makin memuncak...Semua perasaan ada tau.
Preparation dah siap semuanya....


Kalau ikutkan my due date adalah 03 Jan 2010 kan?
Tapi rasenya mcm akan awal jer....Sbbnya kaki fa membengkak bagaikan JOHAN...
Seriously mmg takut bila tgk kaki fa skrg ni...
Perut jgn ckp lah...makin ke depan & makin berat...
Pagi tadi fa ada appointment kat PPUM..
Pergi scan jer....So far everything normal & nothing to worry...
Berat my lil' boy skrg dah 2.3 kg....Ada lagi 5 weeks jer tuk 'DIA' keluar....
Agak-agaknya boleh cecah 3 kg ke?


Takutlah bila fikirkan masa nk bersalin.
Bila dgr cite from org2 yg berpegalaman ni mmg menakutkan tau...
Kecut jugak perut lah kan...
Tapi setiap ibu pasti akan melaluinya kan?....
Hopely fa akan dapat menghadapinya dgn tenang...hihihihiihiiii
Next week my hubby kene kuar outstation selama 2 hari...Masa tu mmg fa dah 9 bulan lebih dah...Tggu masa nk meletop jer tu kot.


Skrg ni pun fa mmg x larat sgt nk jalan lama2...
Mmg cukup mencabar bila dah masuk hujung2 bulan ni kan?
Keje tetap keje lah....Cuma nk bangun pagi mmg lah malas betul skrg ni.
Satu lagi kalau dah baring mmg susah sgt nk bangun....hihihiiii
Weekend ni fa ingat nk g jualan gudang kat Stadium Melawati, Shah Alam...
Metrojaya buat sales....Hurmmmmm masalahnya LARAT ke fa nk meredah lautan org nti?
X perlah, selagi larat fa pergi jer....


Oklah, setakat tu jer lah....
X tatau nk cite ape lagi...
Sebelum tu layankan gmbr2 Imran yg dah masuk 11 bulan lebih....
22 hb Dec ni genaplah my nephew setahun...Kejap jer kan?
Dah setahun Si Imran rupanya....hihihihihihiiiiii
So, itu jer lah....ADIOS!!









Nukilan,