In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

Showing posts with label My Son. Show all posts
Showing posts with label My Son. Show all posts

03 March, 2012

10 Perkara Menarik Tentang Bayi

Hi semua,
Hari ni sgt la rajin mengupdate blog ni....
Keje dah settle dah. Hari ni dah start follow up utk Majlis Perasmian Menara WorldWellness on 31 Mac 2012 nanti. Fa follow utk semua penerima anugerah....Kebanyakkan call ckp call next week sbb nk tgk jadual masing²....ayodaaaiiiiiii....

Oklah, Fa just nk kongsi ttg 10 Perkara Menarik Tentang Bayi...
Jom baca ramai²...


* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

* Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu. 


Wahhhhh mmg dia akan mengenali ibunya sbb ibu yang bawak ke hulu hilir selama 9 bulan mengandung...
hihihihiii


Nukilan,

02 March, 2012

Homemade...

Salam Jumaat buat all my readers...
Hari ni suamiku bersarapan ngn nasi lemak yang dimasak oleh isterinya...hihihihii
So malam tadi fa dah gigih memasak sambal ikan bilis & rebus telur bagai...
Senang pepagi bangun x lah rushing sgt nk memasak kan...

Seawal 5.30 pagi fa dah terjaga...then baring² sekejap.
Bila jam dah 5.55 pagi barulah fa bergegas memasak nasi...
Senang jer nk masak nasi lemak ni. (walaupun 1st time fa memasak nasi lemak ni. Nasi je ye. Sambal mmg dah mahir..hihihihi).
Alhamdulillah menjadi jugak nasi lemak ku hari ni...
Kawan² & exspecially suamiku memuji masakanku sedap....terharu sungguh!



This is from googles. Lupa nk snap pagi tadi...


Rahsianya simple & mudah jer....
Memasak ngn PENUH KASIH SAYANG & IKHLAS....
Itu jer rahsianya...hihihihiiii

So, malam ni nk masak sup sayur sbb Izzul Islam dah request.
Malam tadi Izzul buat kejutan pada ibu & papa,


Izzul : Apaaaaa....asik. Nk asik....
Papa : Alamak Izzul ibu, x masak nasi malam ni


Then, Izzul berlari-lari masuk bilik cari ibu dia. Masa tu ibu tgh melipat kain. Then he started to asking me :


Izzul : Buuuu...sup kokok. Asik & sup kokokkkkkk (sup kokok stand for sup ayam. Anak saya panggil ayam ialah kokok. Nasi jadi asik...huhhuhuuu)


Selalunya Izzul jarang request nasi ni. Sbb dia dah makan kat umah opahnya...Tapi malam tadi tetiba dia minta...so kelam kabut la ibu & papa dia kejap.
Ibu malam tadi mmg x masak nasi. Tapau from pasar malam jer.
Nak x nak papa lah berkorban keluar & tapaukan nasi & sup kokok Izzul.
Maaflah Izzul, kat rumah ibu & papa belum shopping brg dapur lagi.
Ayam x der dlm peti ais. Yang ada cuma sayur² & cili kisar jer....hihihihii
Balik keje ni nk terus ke Carrefour Subang Jaya...Kan x pasal² Izzul Islam minta sup kokok lagi....hihihihi

Boleh la beli pampers & susu Izzul sekali...
Lambatnya pukul 5 ptg ni... (tetiba)


Oklah....see ya!


Nukilan,

14 February, 2012

Rajin kan!!

Sejak last week, fa kembali aktif di dapur...Hahahaaa....teruk sgt bunyinya kan?
Maklumlah ulang alik from PJ to Selayang....hari² plak tu. Badan mmg terasa x bermaya & malas nk masak.
So hubby beli jer. Dia memahami keadaan fa. Tq dear...
Kerajinan utk memasak membuak-buak...x kisahlah penat mcm mane pun keje,
Tapi balik rumah mesti nk masak for hubby & Izzul.
Fa masak bagai² tapi fa hanya makan lauk jer....Diet katakan...huhuhuhuu

Last Friday fa masak Sup Ayam + Kacang Botol Goreng + Sambal Belacan...
Berselera sungguh hubby & Izzul makan...Alhamdulillah kami x membazir...huhuhuu
Izzul hanya makan sup ayam tu jer...Nasi ada 3 suap jer.
Then dia makan kentang & lobak tu....

 Sup Ayam (2 orang makan)

 Kacang Botol Goreng


 Ketam Lembut Goreng Kunyit

Sambal Belacan (Home made)

Sabtu fa berkerja seharian....Ada seminar @ office.
Balik je amik Izzul kat rumah my mother in laws then balik rumah.
Lepas mandi solat magrib fa terus memasak...
Hari tu hubby nk makan gulai masak lemak labu plak...
Walaupun fa x makan tapi fa tetap masakkan utk suami tercinta...
Fa plak makan ayam goreng jer...diet lagi k...

 Gulai Masak Labu 


Ayam Goreng Kunyit

Malam tu hubby sgt kenyang sbb fa suruh habiskan masak labu tu...hahahahaha..
Kejam kan. Macam mane perut hubby x ke depan.
Si isteri suruh melantak jer....kwang kwang kwang...
Itulah LAMBANG KEKAYAAN hubby ku.....huhuhuhuuu

Malam tu fa tidur lambat sbb khayal main games angry birds kat tablet fa....hihihihii
Sedar² jam 2pg. Then terus tido sbb dah mula mengantuk....Hubby & anak awal² dah tido.

Ahad (12/02/2012)
Bangun jam 6.30am. Lepas solat fa sediakan sarapan for hubby & Izzul.
Menu pagi tu adalah.......

Nasi Goreng Cilipadi & Telur mata

This dishes utk hubby tersayang...so heavy dia punya breakfast.
Sbb utama adalah dia akan berkerja hingga malam. So isteri kenalah sediakan sarapan yang sihat serta mengenyangkan utk suami tersayang kan.
Fa & Izzul plak makan roti bakar + butter + Air Milo....

Alhamdulillah kekeyangan jugak....Then siap² ke Seremban.
Hubby outstation ke Paroi & Gemas.
Me & Izzul dihantar ke rumah mak fa di Seremban....

Jam 10 malam baru hubby dtg jemput...
Balik rumah my mum, of course la makan x ingat kan...
Lagilah my mum masakkan sambal ayam & pengat pisang nangka...
Kesemuanya adalah my favourite....hihihihiiiii

 Sambal Ayam


Pengat Pisang Nangka

13/02/2012 (Isnin).
Isnin....aduhhhh malas betul nk berkerja.
Isnin macam biasa mmg malas sikit nk keje. Tapi sampai tghari jerla...
Then dah ok dah...sbb kerja melambak-lambak.
Bila kerja² banyak kerajinan mula menerjah....hihihiiii

Smlm balik awal. Singgah fetch Izzul dulu.
Balik terus mandi & memasak....menu malam tadi plak.....

 Gulai Ayam Masak Lemak Cilipadi

 Sawi Goreng


Bronkoli & Sosej Rebus...Then taburkan black Pepper sikit. Makan panas². Sedap....


Minggu ni fa berdiet sikit sbb berat badan fa agak merisaukan fa...hihihii
X lah gemuk mane pun cuma, bila pakai seluar tu kalau dah rasa sendat sikit, fa da mula rasa  x selesa.
So, dah tahu berat dah naik la tu....
So, kenalah control makan skrg ni....Senang jer fa akan control jumlah kalori sehari fa ambil.
Sepatutnya bagi wanita jumlah kalori sehari adalah 2500 kalori. Tapi fa cuma amik 1000 kalori sahaja.
So x perlula buat byk sgt workout utk burn balik kalori yg kita ambil tu...Cukup kerja² memasak, mop lantai, menyapu serta uruskan anak² dah memadai....atleast berpeluh la jugak.

Satu lg fa akan ambil supllement Rx Lite sehari sepaket. Atau 2 paket sehari.
Kalau nk tahu lebih lanjut just click HERE.
Kalau rasa² nk cuba boleh la contact fa melalui email : effawwn@gmail.com or call jer lagi cepat 012-6770 773.

Ohhh ok lah...panjang sgt plak entry kali  ni.
Semuanya pasal masakan & makanan jer kan???
Nti fa updated ttg Izzul plak k...


Nukilan,

18 December, 2011

Today...

Hi semua...
Hari ni fa period pain...Mmg x der mood.
Nk baring jer...Pagi tadi bangun terus on TV...
Tgk rancangan 'Tanyalah Ustaz'.
abis rancangan tu fa memulakan tugas2 mengemas rumah dulu.
Menyapu, mop lantai, cuci toilet sambil cuci kain...
Dah siap semuanya barulah fa buatkan breakfast...
Hari ni sarapan sgt simple...
Hanya cekodok bawang + sos cili & nescafe tarik.


Then lepas sarapan, nonton tv ngn izzul n hubby...
Last2 fa terlelap....hihihiiiii.
Sedar2 pukul 12 tghari...Aduhaiiiii.
Bangun terus masak lah...Kesian plak hubby makan lambat nanti
lunch hari ni fa hanya masak ayam masak kicap + tempe & tauhu grg + sambal belacan...so simple & menyelerakan...



Lepas masak je, ajak hubby makan terus...
Hari ni adalah masa melepak di rumah bersama keluarga tercinta...
My hubby x sihat hari ni...Tetiba dia mengadu sakit tekak & nk demam...
Lepas lunch, fa berikan hubby ubat then bagi dia rest puas2...
Fa handle izzul islam...so layankan karenah izzul.
Suapkan Izzul makan nasi...hari ni sampai 2x izzul bertambah makan nasi...
Syabas anakku....Hopely esok check up berat izzul bertambah lagi..
Then kene cucuk for umur 2 year....


Lepas maghrib, hubby ajak keluar pergi pasar malam.
Tetiba hubby teringin nak makan yong tau foo...
So dinner kami malam ni hanya makan yong tau foo....



Izzul x makan sbb dia mengantuk tahap cipan.
On the way balik rumah, Izzul dah lelap.
Yelah tengahari hanya 1/2 hour je tido, then ptg langsung x nak tidur.
Asyik tgk cartoon je. Then pukul 8 mlm dah mula merengek-rengek nk tidur.
Akhirnya Izzul tidur dlm kereta...X sempat sampai rumah.


Esok hantar Izzul check up & cucuk sekali...
Hopely Izzul x demam...
Temujanji pukul 2 petang. Fa & hubby ambil cuti esok...
Belah pagi kami nk melepak je kat rumah....
Ptg hantar izzul check up & lepak rumah in laws plak...

Oklah, nk tidur la.
Period pain ni buat mata cepat ngantuk & badan sengal2.
K lah nite2 semua...



Nukilan,

16 December, 2011

Genting...

Last monday kan hari cuti sempena hari keputeraan sultan selangor kan...
Memula ingat nk lepak & makan je kat rumah.
Tup² my hubby ajak keluar jalan².
Pada mulanya hubby ajak ke Cameron Highlands, tapi disebabkan jauh & makan masa yg lama,
Dia tukar plan pergi Genting sudahhhh....


Lepas lunch & solat zohor fa siapkan Izzul dulu then baru gerak...
From PJ jam 2.10pm. Sampai genting hampir pukul 3pm.
Kami parking di Theme Park Hotel. So, kenelah menapak jauh sikit nk ke First World Hotel.
Kami hanya masuk utk indoor je sbb kat luar kabus tebal.
Izzul baru sihat from batuk & selsema...Fa plak terlupa nk bawak topi dia...
Apelah ibu ni...semuanya lupa

Baru sampai...sempat lg berposing walaupun ibu sakit perut nk buang air kecil

Ngn Optimus Prime.....




Sampai je kat sana, kami pusing² bawak Izzul tgk suasana meriah dlm tu...
He so happy sbb dapat tgk lampur warna warni, floating boat, ada train la....
Mmg dia tersgt happy on that day...


Kat bawah tu, kebetulan ada magic show...
Kami tg sekejap je sbb Izzul dah meragam nak berjalan & berlari-lari...
So his papa bawa pegi cari mainan utk dia...

Tgh tunggu turn utk naik floating boat...org sgtlah ramai yer...Biasalah kan cuti kan. Mestilah ramai org.

Ni nk tggu giliran naik train yg pusing² satu genting tu...X jadi naik sbb almost 1 hour kami berbaris. Sampailah Izzul menjerit-jerit kami terpaksa la beredar...Maklumlah kesian tgk Izzul tggu lama² ni...Naik bosan & rimas dia. Ibu & Papa mmg lah dah lama rimas dah


Finally dapat jugak naik floating boat...Tggu almost 30 minute, tapi naik cuma 5 minit jer...
X per Izzul next time ibu & papa bawak Izzul lagi yer...
Kita main semua games² kat Genting tu...



My hubby....

Me...


Izzul tgh syok menyepak bola.
So dia happy sbb dapat main bola....



Tepat jam 9.00 malam kami berangkat pulang.
Di luar kabus sgt tebal hingga bila bercakap keluar asap ikut mulut....
Angin yg kuat menandakan nk hujan...




Sampai rumah hampir 10.00 malam...
Penat betul berjalan-jalan hari ni...
Dah la selasa kene kerja....hihihihii
Nways kami bertiga sungguh seronok dapat berjalan-jalan sama²...
Klah, have to go...kene pergi opening ceremony new stokist @ Shah Alam...
Hari ni balik lambat..esok masih berkeje sampai petang yer...

Ok baiiii....


Nukilan,

15 December, 2011

Tanggungjawab!

Hi fellas,
Minggu ni too busy...
Smpi nk updating my blog pun x berkesempatan...hiihihiii
Ingat bila kat rumah boleh la online & updated blog fa, tapi hancur jugak...
Maklumlah sejak dah duduk rumah sendiri ni, Fa agak kemalasan nk online di rumah...walaupun dah pakai unifi.


Yelah every day after abis kerja, Fa akan fetch my lil' son kat rumah mother in laws. Then kami balik rumah kami lepas maghrib ye..
Sampai rumah, fa mesti akan masak nasi dulu...then barulah mandi & solat.
Then turn hubby plak mandi. Izzul plak akan layan his upin ipin series.
Fa plak akan mula memasak di dapur...
Selalunya hubby fa jarang sgt request utk Fa masak yg remeh temeh.
Tapi sebagai seorang isteri mithali & prihatin, Fa akan sedaya upaya masak lauk kegemaran dia. Fa ni mcm mak fa jugak.
Memasak ngn cepat. Tapi kenelah make sure nobody nganggu fa semasa fa masak....or i will stress. huhuhhuuu

Sambil memasak, fa akan cuci kain kalau bakul baju kotor dah penuh.


Lauk kegemaran my hubby ialah


  • Lauk org bersalin (ikan bilis goreng garing + bwg besar + serbuk black pepper)
  • Sambal tauhu
  • Masak Lemak Taugeh + Tauhu lembut
  • Telur dadar or mata kerbau 
  • Sayur ( x kisah sgt ttg jenis sayur makan sbb hubby makan semua sayur)
  • Sambal belacan or sambal kicap (this 2 wajib ada ye)
Kadang tu kesian jugak, tapi hubby ckp itu pun da cukup utk naikkan selera makan. X perlu bersusah payah utk masak yg remeh temeh sbb he know yg his wife penat. Fa jenis x kisah. Kalau fa rajin fa akan masak jugak lah. Then ada time tu hubby hanya nk nasi panas bersama telur mata, kicap & sambal belacan. Sgt simple!


Tapi every weekend from breakfast until dinner fa akan masak yg remeh temeh. Sbbnya hari cuti kan. So x perlu nk rushing sgt.
Anak fa plak fa akan masak mcm2 sbb anak saya sgt cerewet utk makanan dia ye....Fa risau sbb kadang tu masuk hari ke 3 x makan...hanya susu shj.
Umur da nak masuk 2 tahun, tapi makan sgtlah memilih ye.


Then bila dah masak, fa akan hidang as usual.
Then ajak hubby makan sama2. Izzul plak akan menyusu sambil nonton TV. Ikut mood dia jugak. Kadang tu dia nk his papa temankan dia. So, kami berdua kenelah bergilir utk makan...jarang dapat makan berdua secara aman damai.
Pasti Izzul akan dtg kacau. Jeles la tuh...huhuhhuuuu


Lepas makan, fa akan nonton tv sekejap. kalau cerita di tv x best ceritanya fa akan baca magazine or melipat baju (make sure izzul dah tidur). Selalunya jam 11 malam mata ni tersgtlah mengantuk ye...
Kadang boleh terlelap...sedar2 dah gelap & hubby dah tidur.
so mmg jarang lah fa online...
Mcm hari ni sbb hubby keluar jumpa klien, soo dptlah fa online sbb kebosanan.
Izzul pukul 9 malam dah tidur sbb siang tadi tidur tghari je. Ptang asyik main je...Bila malam akan tidur awal.
Tapi esok pagi confirmlah dia akan bangun pukul 6 pg minta susu.
Lepas menyusu dia akan ajak main bola. Main bola jam 6 pagi ye...


Selalunya kami berdua malas nk layan dia...
Buat x tahu jer. Nanti Izzul akan tidur la balik sbb x der sape layan dia. Tapi masih terlalu awal utk Izzul bermain ye...kalau budak2 sebaya dia mesti tgh lena tidur.


Hmmmm...so tugas seorang ibu & isteri sgt besar ye...
Sebagai isteri kita perlu patuh serta taat pada suami kita.
Perlu pastikan keperluan suami dijaga sepenuhnya...
Dan bila dah jadi ibu plak, saat2 melahirkan anak yg dikandung selama 9 bulan 10 hari tu adalah sgt besar pergorbanannya. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Bila anak dah lahir, tanggungjawab kita sebagai parent utk mendidik serta menjaga anak sgt penting. Tolak ansur serta sabar.
X perlu mengeluh kerana sebelum kita menjadi isteri & ibu kita kene bersedia dlm ape jua situasi...nasib baiklah my hubby sgt membantu.



Oklah, ngantuk plak mata ni...
Hubby x tahu balik pukul brp lagi ni...
Jam dah hampir 11 malam. Kunci rumah dia x bawa plak tu...
Kang tidur takut x sedar plak hubby balik.
Layan cerita Tentang Dhia kat tonton.com.my la.


Good nite semua...sweet dream ya!





Nukilan,

02 December, 2011

Ada iras ke???

Hi Fellas....
Hari ni sy terlebih rajin sikit ye....
Ohhh ya cerita menarik yg fa nk kongsi tu ialah
Last week kan Fa balik hometown, sbb lama x balik....
So masa kami ramai² nonton TV tetiba my sister, Angah

Angah : Long, anak ko ni sebijik muka VALENTINO ROSSI la.
Me       : Hah....ye ke? Tang mane ngah?
Angah : Cuba ko tgk betul²...ada iras kan? Ko kenan ni masa ko mengandung dulu x?
Me       : Ye ke ngah....Mgkin kenan kot. hihihihiii

Memula mcm terkejut jugak lah...yolah, muka anak iras sport celebrity antarabangsa lg....
Banggo la kojap den ni...hhuhuhuhhuuu. Tapi kalau tgk betul², mmg ada la sikit iras tu.
Satu lg, Izzul ade iras JUSTIN TIMBERLAKE....hahahahaha...lg x boleh bla.
So, disebabkan nk tgk iras ke tidak fa cubalah combinekan gmbr mereka bertiga ni....
Dan hasilnya.......


Jeng



Jeng



Jenggggggggggggggggggggggggg



Betul nk tgk????
enter byk kali








Amcam???? Ada iras ke???

X kisah la Izzul iras siapa kan?
Janji anak sy tetap handsome....huhuhuhuuuu
So, itu la dia cerita yg menariknya. :P


Nota : Bukan perasan ye....just nk share je.



Nukilan,

29 November, 2011

Izzul Islam Sleepy

Hi all,
Just nk upload video Izzul Islam yg tgh lalok....sleepy sbb dah makan ubat batuk & selsema....
Masa ni on the way balik Seremban....




Nukilan,

26 November, 2011

Izzul Islam selsema

Hi fellas,
Well today terpaksa keje 1/2 day sbb anak sy tidak berapa sihat...
Poor to Izzul Islam....
Dia mula selsema start from smlm...kesian tgk Izzul Islam bila dia tidur.
Bernafas melalui mulut sbb hidung tersumbat.
Lagi kesian bila time izzul menyusu....

Fa sgt risau kalau Izzul Islam selsema...Izzul mudah mengamuk & merengek kalau dia selsema....Bila demam dia masih aktif.
Kadang x nmpk mcm demam....Fa & hubby plak yg risaukan dia.
Tapi kalau selsema, Izzul akan kurang aktif sikit....sikit je ye.
Lasak ttp maintain. huhuhuhuuuu


Satu lg, bila nk makan ubat punyalah susah nk bg izzul minum...
Siap ibu kene kepit dia ye...
X cukup tu, dia akan meronta-ronta minta dilepaskan...lepas tu menjerit-jerit mcm org kene dera...
Aduhhaiiiii bukan niat nk kepit2 izzul, tapi terpaksa...
kalau x mmg susah nk masuk mulut.....haaaihhhhhh
Sampai hubby ckp fa ni KEJAM....sabar je lah.
Abis nk buat mcm mane kalau x kepit izzul...confirm dia x nak makan ubat.
Dah mmg susah nk bagi makan ubat.


Hopely, selsema izzul x berlarutan....kesian tgk keadaan dia.
Esok pagi nk balik hometown...Rasanya dah 3 minggu Fa x balik Seremban.
Isnin balik PJ semua....Fa & hubby ni kalau dah balik Seremban, confirm liat nk balik PJ balik...masakan my mum sungguh sedappppp....rindu ngan pengat pisang my mum...yummmyyyyyyy.


Oklah, nk mandikan Izzul Islam.
Then tggu hubby balik keje, baru dinner sama2...
Perut ni pun dari tadi dah menyanyi-nyanyi....


Okbai semua...



Nukilan,

21 November, 2011

Hip Hop

Hi readers....
Hari ni terlebih rajin update blog...
Ok ni Fa nk cerita pasal my lil' son, Izzul Islam...
Bukan cerita ape pun....

Hari ni Izzul Islam bangun tidur, terus senyum bila ibu dia panggil his name...
Hurmmmmm mood dia baiklah tu...
Kalau x mesti macam nk ngamuk² dulu sbb nk tidur lg....
Bangun je, fa bagi dia susu dulu sambil layan program High 5 @ NTV7.
Then abis je rancangan tu, Fa ajak dia mandi....mula² dia ok...
Bila masuk bilik air terus nangis sbbnya...............


IZZUL X NAK IBU DIA MANDIKAN DIA. DIA NK PAPA DIA MANDIKAN.....haaaihhhhhhh


Dia skrg dah tahu dah...kalau ibu mandikan dia, CONFIRM dia x dapat main air lama².
Tapi kalau papa mandikan, papa akan biarkan dia main air lama²....itu pasal menangis & menjerit-jerit panggil his papa....Papa x layan sbb dah lambat. So, nak x nak Izzul dimandikan oleh ibunya jugak...
Sekejap je dia nangis, then oklah bila ibu ckp nk belikan dia air vitagen....huhuhuhuuu
Budak² skrg ni dah cerdik pandai.....Kuat berdrama bila nakkan sesuatu....

Pas siapkan Izzul dia layan cartoon kat depan. Fa plak bersiap pakai tudung...
Then dia masuk bilik siap pakai topi papa dia....Dah macam hip hop style....sungguh comel!


His style.....bukan main lagi!

Ibu peminat no. 1 Izzul Islam..huhuhuhuhuuu


Itulah dia gelagat my son.



Nukilan,

18 November, 2011

Simple Dinner...

Hi fellas,
Well, this week Fa x masak langsung di rumah....Rasa mcm semacam jer.
Yang ganti tempat Fa adalah my lovely hubby...hihihiiii
Skrg ni my hubby dlm proses mengecilkan size pinggangnya (dlm erti kata lain NK KURUS)....
Ye beratnya sudah naik 6kg dlm masa 6 bulan yer....Hurmmmm gara² isterinya jugak.


Maklumlah sejak Fa duduk sendiri ni, Fa mmg rajin memasak...
Then my hubbylah yg TUKANG abiskan all yg fa masak.
Fa plak kalau makan mmg x menambah dah...Rasa too full la.
So hubby jadi mangsa keadaan. Last monday dia timbang his wieght naik lagi....huhuhuhuuuu
Kesian hubby, his jeans da ketat....all his shirt yg M slimfit dah ngam² je ngan badannya...
Dah kurang selesa bila pakai....


So, bermula last monday dia da mula diet...
Termasuklah diri ini jugak terpaksa berdiet. Tapi lunch wajib makan nasi sbb nanti kelaparan tahap gaban.
Fa skrg ni wajib amik nasi, kalau x confirm rasa lembik jer...Malam fa temankan hubby dinner makan simple² jer...sbb kene bagi sokongan moral utk org yg nk berdiet ni.
Hubby siap bagi warning lagi pada Fa......

Hubby : B, nanti dah x payah masak nasi & lauk yer skrg. P nak diet lah. Risau berat ni asyik naik jer
Me : Gulpppppp....terkejut mula². Then just jawab ok je. Nanti x lapar ke? P kan kalau sehari x makan nasi mengigil satu badan?
Hubby : Nasi masih makan, tapi waktu lunch jer....Malam x nak makan nasi dah. Nk makan yg simple² jer.
Me : Simple²? Contohnya.....
Hybby : Simple tu x nak nasi or lauk² buat sementara waktu. Kita makan protein je belah malam.
Me : Ohhhh ok. B x kisah sgt. Cuma takut P la kelaparan....
Hubby : Don't worry. P tgh control ni.....Hope berat akan turun.
Me : Senyummmmmm.....

So itulah perbualan suami isteri kami....
Skrg ni Fa  x boleh masak² sedap sbb nanti mengugat selera makan my hubby.
Malam tadi my hubby masak lagi. Hari ke 5 berturut-turut dia masak.
Keje fa buatkan air teh o ais dia. Then Fa akan layan Izzul Islam supaya dia x kacau his papa memasak.
Selalunya kalau Fa masak, my hubby layan his son....So skrg ni tukar lah yer.

This is for me....Tq P.

NI plak his dishes....simple tapi yummyyyyyy

Sementara hubby masak malam tadi, Fa layan Izzul Islam & tgk bola jugak....
HUrmmmmm nasib baiklah M'sia menang 1-0 ngan Indonesia. Stadium malam tadi mmg senyap je sbb Indonesia kalah ngan M'sia...hahahahahaaa.
Tapi seram sejuk jugaklah tgk game malam tadi. Then pemain Indonesia main mmg ganas kan?
Si diego tu sepatutnya dah dapat kad merah, tapi pengadil buat x tahu jer....nmpk sgt dapat advantage....
Tahulah Indonesia tu tuan rumah, tapi tolong adil yer. Dah nama PENGADIL.....
Pemain Indonesia plak byk drama je....Sikit² jatuh. Manja sgt. Padahal x kena pun....Action lebih. Haaaihhhh
Ape² M'sia menang malam tadi. Tahniah utk skuad di bawah Jurulatih cina tu...Lupa la namanya....hihihihiiiii.

Sementara tgk bola, Fa sempat lagi amik Izzul Islam's photo....
OHhhhhh ya dia dah dipotong rambutnya smlm....Fa kesian tgk Izzul sbb macam rimas jer rambut panjang.
So sila lihat gambar sebelum & selepas ditrim rambutnya.

Ni sebelum rambutnya ditrim......

Ni selepas ditrim ptg smlm....Handsome lah anak ibu. :)

Rambut Izzul cepat panjang....So lepas ni x nak biarkan rambut dia panjang².
Kesian tgk Izzul kerimasan....

Satu lg.....Hari ni sampai esok me & hubby akan outstation ke Penang.
Hubby akan stay di Penang sampai Ahad, tapi fa esok ptg dah balik PJ kembali.
So Izzul Islam hanya tidur ngan opah malam ni jer...
Esok ibu balik from Penang, ibu bawak Izzul jalan² k....
Izzul x mau nakal² ngan Opah & Atuk yer....behave urself sayang.

After solat jumaat, fa & hubby akan ke Penang utk bertugas.
So, esok fa akan drive from Penang to PJ. Hopely janganla mengantuk.....
Dah lama x drive jauh² ni.....huhuhuhuhuuu



Nukilan,

17 November, 2011

Wordless Picture!

Ada terbaca kisah adik ni dalam internet.....mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia.....dia cuma budak berusia 4 tahun....




Gambar yang amat menyentuh hati….seorang anak yatim melukis gambar "ibu"nya dan tidur bersama lukisan itu : Ya Allah...sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui.... 




Nota....
  1. Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti…?
  2. Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti…? 
  3. Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?...
  4. Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?...
  5. Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?...
  6. Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?...

Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain…tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi….
Ya’Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik…padaMu jua aku meminta berikanku perlindunganMu…
Panjangkan umurku Ya’Allah…bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa…
berikanlah aku kekuatanMU Ya’Allah…hanya padaMu aku berserah Ya’Allah….
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang…Maha Pengampun….Maha SegalaNya….Amin….”




Thank's Bro Nazri sbb sudi share this artikel..... :)


Nukilan,