In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

16 March, 2010

Ulangtahun ke 7 WorldWellness...

Hi semua...
Lama betul x update blog ni kan...
Dah berabuk plak rasanya...hihihihiii
Oklah ni fa nk cerita sikit ttg Hari Ulangtahun ke 7 syarikat tempat fa & hubby berkeje sabtu lepas bertempat di Wisma PKPS, Shah Alam...
Ada artis jemputan & pelancaran produk baru...
Artis yg kami jemput tu adalah RAJA POP MALAYSIA, Jamal Abdillah...
Dia nyanyi 6 buah lagu ptg tu...Mmg best lah JAMAL...
X sangka dah 7 tahun syarikat ni beroperasi di Malaysia.
Dan fa plak dah berkhidmat 6 tahun dah...lama kan?
Alhamdulillah semuanya ok.


Abg Jamal tgh syok menyanyi...Mmg best gile





Ramai jugak member wwn yg hadir...x silap fa dlm 500 lebih...
Fa pepagi dah ke Wisma tu...Kesian my son, pagi2 ibu & papa dah keluar berkeje...
Malam baru balik...Balik umah Izzul dah tidur.
Klah, malas plak nk cite panjang2 ni...
Layankan dulu gmbr yg sempat disnap sabtu lepas



Kek Ulangtahun yg ke 7...



Fa bersama hubby tercinta...Hubby fa mmg susah nk bergambar mcm ni. Lagi2 kalau depan kwn2 ofis...Tapi bini dia yg gedik lebih nk bergambar mcm ni...huhuhuhuhuhuuu



Ngn Marina, Khaty & Fadzlina




Ngn Cik Linda....





Selepas event tamat, kami semua berposing sebelum mengemas tuk pulang...




Tahun ni tahun yg bakal menyerlahkan lagi nama WorldWellness. Lebih2 lagi dgn pelancaran produk pelangsingan kami yg terbaru iaitu Rx Lite...Produk pelangsingan terlaris di pasaran.
Permintaan serta Jualannya amat memberansangkan...
Testimoni terhebat daripada Rx lite pun ada...Sesiapa yg berminat ngn produk terbaru kami ni bolehlah layari laman web kami di www.worldwellness.com.my atau call fa di talian 03-77887791 utk keterangan lanjut. Sebulan 3-5 kg berat badan bakal diturunkan....
Cubalah, pasti anda teruja dgn kebekesanan Rx Lite ini.




Nukilan,

11 March, 2010

Shopping!!!

Hi fellas.
Wahhhhh ni fa nk cerita pasal smlm yg fa ikut Amoi & Merine g shopping @ My Dear Warehouse Sales @ Puchong....
Gile betul tgk barang2 baby smlm...
Murah2 tau...


Fa smlm kasi rembat Car Seat utk Izzul & beli 5 pasang baju tuk Izzul...
Then x lupa utk 2 org anak buah fa Imran & Qistina...
Cantik2 baju kat situ. Yg penting murah...hihihihiihihiii
Kualiti kain dia mmg bagus...Jenis yg sejuk bila dipakai.
Ni Car Seat Izzul yg fa beli tu....Harga sebenar RM279.90, tapi fa dapat ngn harga RM195.00
Fa amik warna biru...Dia ada 2 warna biru & merah...


Car Seat for Izzul


So, mmg berbaloi dapat belikan utk Izzul.
Ingat ahad ni nk pegi lagi sekali...Fa nk belikan Izzul baby carrier plak...
Fa dah tgk dah mmg cantik & cute sgt.
Harga mmg berbaloi sgt2.
From RM179.90 harga asal, tapi after less dapat RM95.00 saje...
Fa dah tgk warna hijau...
Bwh ni gambarnya...cantik kan?




Baby Carrier

Hmmmmm....Izzul sgt beruntung sbb ramai yg bagi hadiah tuk dia.
Dan fa plak dah x payah beli lagi...
Fa cuma belikan car seat & baby carrier jer.



Merine & Amoi belikan playround set tuk anak mereka...
Ko bayangkan nk bawak balik brg2 tuh....
Ni harga dia RM499.90...Tapi smlm dieorang dapat RM300 jer.
Ape lagi beli sakan lah...Amoir siap beli house tent, stroller & basikal tuk A bee...
Bwh ni gmbr play Ground set yg dieorang beli.



Mcm stroller & baby bouncer dapat from kawan2 & boss fa.
TQ semua sbb sudi bagi hadiah sebegitu pada my prince...
Ni stroller Izzul, guna pun masa g klinik & jalan2 kat shopping complex.
Nti dah besar mesti dah x pakai lagi...
X per simpan jer la...kalau ada rezeki boleh guna utk adik izzul plak kan?


Ni stroller yg my big boss hadiah tuk Izzul.

So, fa x sabar nk tggu ahad ni...Sabtu x free sbb kene keje..
Then ada lunch ngn JAMAL ABDILLAH di Wisma PKPS, Shah Alam satu ni.
Program company sebenarnya....Mesti lah malam baru sampai umah...
Kesian anak ibu...duduk ngn opah seharian.
Selalunya tengahari fa balik susukan Izzul.
X per ahad tu ibu bawak Izzul g jalan k....


Klah itu jer kot.
Later sambung lagi k...
Nk balik jumpa Izzul...rindu sgt ngn anakku...



Nukilan,

10 March, 2010

Lawatan sambil belajar....

Hari ni fa terpaksa bawak my prince, Izzul dtg office...
Sbbnya opah Izzul kene pergi Hospital Tawakal, KL for medical check up.
Tghari baru opah jemput Izzul balik umah.


Pagi2 Izzul dah fa mandikan...
Izzul suka betul bogel & dia tahu bila bukak baju dia dah tentu ibu nk mandikan dia.
Pukul 7.30 pagi Izzul dah fa mandikan & siapkan dia dulu...
Lepas dah settle, barulah ibu plak bersiap...


Sampai office Izzul nk tido, so susukan izzul dulu then dia tido...
After 1/2 hour mcm tu, Izzul bangun...Maybe x selesa tido dlm baby bouncer dia.
Kat umah dia tido dlm buaian dia...Bolehlah mengeliat sakan.
Bila dah bangun bagi susu then bawak Izzul round2 satu office.
Sempatlah Izzul berposing ngn untie2 dia...
Bwh ni antara gambar2 Izzul berposing...



Izzul & ibu berposing kat depan bilik ibu




Izzul ngn untie KT & Merine





Tgk tu sampai tertido Izzul...Ibu siap nyanyikan lagu 'twinkle2 little star' then Izzul pun terlena...sedap lagu tu ibu...






Nukilan,

09 March, 2010

Izzul's 2nd Immunitation....

Smlm fa kene bawak Izzul utk imunisasi kali ke 2...
Seawal 6.00 fa dah bangun...Perah susu siap2 semua then mandikan my lil' prince.
Appointment jam 8 pagi.
Sampai klinik mmg ramai gile. Hari isnin mmg ramai pun.
Sampai jer terus letak kad kesihatan Izzul.
Then kene tggu lah sampai Nurse tu panggil nama Izzul.

After 1/2 hour mcm tu, nama Muhammad Izzul Islam dipanggil.
Mula2 kasi timbang berat Izzul, then ukur ketinggian & ukur kepala & dada Izzul
Ni izzul punya detail

Masa Izzul umur 1 month :
Berat ~ 4.1 kg (lahir 3.08kg)
Tinggi ~ 55cm (Lahir 48cm)
Ukur lilit kepala ~ 35cm (Lahir 30cm)


Izzul umur 2 month :
Berat ~ 4.8kg
Tinggi ~ 58cm
Ukur lilit kepala ~ 36cm


Suddenly baru fa perasan anak fa cepat tinggi rupanya.
Badan x naik byk sgt...Hanya naik 700gm shj from last month.
Nak kata x minum susu....ohhhhh anakku mmg kuat menyusu.
Bangun jer tido mesti nk menyusu...Sekali minum 125ml.
Siap kene campur ngn susu dumex lagi sbb time fa keje, bila susu yg fa perah dah abis terpaksalah bagi susu dumex.

Malam2 izzul menyusu badan.
Cuma bila dia bangun 6 pagi, fa bagi susu dumex sbb Izzul x puas.
Then barulah lena tido.


Masa cucuk tu, Izzul menjerit kuat tau. Siap merah padam muka dia.
Lepas jarum tu nurse tarik from peha dia, barulah Izzul diam.
Nurse siap bagi ubat demam lagi takut Izzul demam...
So far x der plak Izzul demam...Anak ibu ni mmg kuat mcm papa dia....hhihiihihiii


So, sebelum fa beredar layankan dulu gmbar2 terLATEST izzul...






Nukilan,

02 March, 2010

Pengalaman yg x kan fa lupakan...

27 Disember 2009
7.30 malam
Umah In laws

Hari tu hari ahad. Fa & suami hanya duduk di rumah sbb fa x larat nk jalan2 lagi...
Lagi 1 minggu my lil' dubies nk jengah dunia...
Fa dah mula rasa minor contraction....Tapi fa buat x tatau jer...
Lepas solat maghrib, Fa ajak hubby g Bintang Market...
Sbb utama adalah nk beli susu HL & coklat kinder bueno...
X tatau lah kenapa teringin sgt nk makan...
Sakitnya dtg selang 10-5 minit....Tapi fa masih buat x tatau lagi.
Kuatkan diri utk berjalan-jalan dlm pasaraya bintang tu...
Then dah selesai beli belah, fa balik umah....
Dalam kete fa dah x sabar2 nk makan coklat kinder bueno yg fa beli tu...
Sampai umah, conraction tu ttp dtg mcm biase...
Then bagitahu MIL, dia siap tanya lagi



MIL : Dah kuar ke tanda2nya fa? Mcm darah ke, air ketuban dah pecah ke?

Me : Rasa x der lagi. Cuma sakitnya dtg every 5 minit mcm tuh...


Then, fa duduk kat sofa sambil tgk TV. Jam menunjukkan pukul 9 malam.
Teringin nk makan nasi kerabu plak...Pesan ngn hubby suh belikan kat pasar malam.
Kebetulan malam tu ada pasar malam berdekatan ngn umah in laws...
Hubby balik, terus dia suh makan...
Fa makan lah sbb lapar...Sakit tu tetap maintain dari tadi...


11.30 malam

Fa naik nk tido...
Masa baring tu, Ya allah sakitnya pinggang fa ni...
Mcm nk tercabut rasenya...Tapi fa tahan sampailah fa rasa nk membuang air besar...
Fa masuklah toilet, then masa tu barula fa cuak sedikit sbb dah ada darah kat panty liner fa...
Then terus bagitahu hubby....
Hubby dah mula gelabah dah....Then fa terus call my sister tanya dia dah boleh g hospital ke belum....My sister siap marah2 kat fa sbb mcm endah x endah jer...
My sister risau, takut fa terbersalin kat umah...


28 Disember 2009
12.00 tengah malam
Then tepat jam 12 tgh malam tu, hubby hantar ke PPUM.
Sampai jer sana, Nurse suh tukar baju siap2...
Then masa tu lah last jumpa hubby...Hubby x leh masuk dlm labour room...
Sedih gile masa tuh...Sorang2 dlm labour room menahan sakit...
Fa kuatkan semangat & sentiasa berdoa agar fa senang bersalin...
Sambil tu fa sempat bersembang ngn my lil dubies....


12.15 malam
Bilik 9, Wad Bersalin
Fa masuk labour room jam 12.15 tgh malam. Kira dah masuk 28 Disember 2009 lah kan?
Then nurse pasangkan CTG kat perut fa...
Tepat jam 12.45 am, dtg seorang doktor cina perempuan tuk check bukaan pintu rahim fa...
Masa tu dia masukkan jarinya kat tuttttt kita, ya allah terperanjat fa dibuatnya...Sakit jugaklah.
Then doktor ckp baru bukak 3cm...
So kene tggu lah sampai bukaan 10cm then barulah boleh bersalin...


Lepas jer doktor check, dia suh fa berehat...
Dah lah bilik tu sejuk, then sakitnya dtg dlm 3-1 minit mcm tu...
Hanya tuhan jer yg tahu bertapa sakitnya aku kene tahan...
Beberapa minit kemudian, dtg doktor utk bagi fa ubat penahan sakit...
Fa hanya sedut gas yg disediakan jer...Fa x amik epidural pun...
Rasanya masih boleh tahan sakitnya....


2.50 pagi
Bilik 9, Wad Bersalin
Tepat pukul 2.50 pagi, sakitnya makin lama makin kerap...
X silap fa dlm 10 ke 30 saat mcm tuh...
Rasa nk meneran jer...Then ada sorang nurse dtg jenguk fa & dia terkejut sbb dia dah nmpk kepala anak fa...Masa tu, nurse tu ckp kalau sakit teran jer.
So, fa apalagi teran jer lah...Kemudian dtg plak doktor tadi tu check pintu rahim fa...kene seluk lg.
Then dia bagitahu dah bukak 8 cm....Rasanya mmg nk bersalin betul dah ni.
Dalam menahan kesakitan tu, fa masih lagi bersembang ngn my lil dubies...
Mulut fa x lekang menyebut nama ALLAH...Minta permudahkan kelahiran my son.


28 Disember 2010
3.32 pagi
Tepat jam 3.32 pagi, fa selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.08kg secara normal di PPUM.
Fa hanya meneran 4 kali jer. Nasib baik ada nurse tu bantu fa cara nk meneran ngn betul...
Alhamdulilah fa selamat melahirkan permata hati fa dengan selamat...


Masa tu sakit yg tadi fa tahan hilang & fa sayu bila dapat lihat anak fa selamat dilahirkan...
Skrg tiba masa tuk doktor jahit kat bahagian bawah tu...
Lama jugaklah. Kalau x silap fa hampir 1/2 jam mcm tu...
Then tepat jam 4.30 pagi semuanya dah selamat...Fa mmg lemah masa tuh...
Tgh berehat tu, dtg sorang nurse tu bwk anak fa & letak atas dada fa...
Masa tu, mata anak fa mmg terbukak jer...
Dia tenung fa...Tanpa sedar fa menitiskan air mata tanda bertapa fa gembira ngn kelahiran ini...
Comel betul anak fa. Mcm x percaya jer tu anak fa...
Putih gebu kulitnya....Mcm anak orang jepun.


5.30 pagi
Wad biasa, Tingkat 3


Tepat jam 5.30 pagi, fa di bawa ke wad biasa di tingkat 3.
Katil no. 28 fa duduk....paling hujung & paling dekat ngn pintu keluar. Fa dialihkan ke katil tuk berehat. So sempatlah fa melelapkan mata.
Lega rasanya semuanya berjalan lancar...
Jam 6.00 pagi dtg nurse bwk anak fa tuk disusukan...
Tapi masa tu, anak fa tgh syok tido...Mcm mane nk bagi dia menyusu...
Last2 fa biarkan anak fa tido.
Ni adalah gmbr Izzul beberapa jam selepas dilahirkan.....










29 Disember 2010
2.00 petang

Fa discharge pada hari selasa. Kira sehari jer lah fa duduk hospital.
Nasib baik lah anak fa x kene jaundice....Kalau x makin lama la Izzul duduk hospital.
Yg fa sedihnya masa duduk hospital tu, anak fa x pandai nk hisap susu...
Kesian Izzul lapar...Fa dah cuba byk kali suh Izzul hisap tapi dia masih x pandai...
Malam tu fa x boleh tido sbb Izzul kelaparan...Nangis jer.
Last2 fa suapkan air zam zam jer...


Tapi Izzul ttp menangis...Fa da buntu nk buat ape lagi...
Susu fa ada tapi Izzul x pandai nk hisap puting fa...
Masa tu fa berdoa agar anak fa dilindungi....Dah lah x nurse buat x tatau jer...
Siap marah2 lagi sbb x pandai nk bagi anak menyusu...
Geram tau masa tu...Dah lah kita sakit, then anak plak x pandai lagi nk menghisap susu...
Akhirnya hubby fa terpaksa bwk susu dlm botol tuk bagi Izzul hisap...
Kalau nurse2 kat PPUM tahu, matilah kena marah...
Tapi nk buat mcm mane, bukan fa x bagi Izzul menyusu tapi dia masih x pandai nk hisap lagi...
Lepas dia dah menyusu dlm botol, barulah dia dapat tido lena...
Fa plak x sabar2 nk keluar from hospital...


Terus balik umah in laws kat Taman Medan.
Fa berpantang di Seremban cuma 2 minggu then fa abiskan berpantang di PJ.
Pengalaman berpantang mmg memeritkan...terutamanya dlm 2 minggu pertama.
Dengan demamnya sbb bengkak susu...
Ya Allah hanya tuhan jer yg tahu...



Fa abis berpantang pada 9 February 2010.
Lega rasanya masa tu....Hari2 fa bersama Izzul sampai semalam fa dah mula keje.
Rindu mmg rindu ngn anakku...
Pelbagai dugaan yg fa alami semasa berpantang, tapi berkat sabar & suami di sisi, akhirnya fa dapat menempuhinya...Alhamdulilah
Smlm fa da mula berkeje....Berpisah ngn Izzul sekejap buat fa rindu sgt padanya...
So itulah serba sedikit pengalaman fa bersalin....
Sakitnya masih lagi fa dapat rasakan. Ada kawan2 yg tanya bila nk tambah anak....
Opppppssss....tggguuuuuuuuuuuuuu...
Biarlah Izzul membesar ngn penuh kasih sayang ibu & papa dia dulu...
Bila ibu Izzul dah ready nti barulah kita usahakannya...


Sebelum Izzul keluar berat fa 83.7kg...Berat kan?
Masa dalam pantang berat fa 74kg....
Skrg ni selepas abis pantang & demam hampir seminggu berat fa cuma 66kg shj...
Ramai officemate fa ckp fa dah kurus...Kurus sgt..
Bagi fa mcm berat lagi...Entahlah. Hubby dah bising sbb nmpk kurus sgt pun x ok.
So skrg ni fa nk turunkan sampai 60kg...Lepas tu just maintain jer...
Kalau kurus sgt x cantik lah sbb nmpk cengkung jer muka ku...huhuhhuhuuu

So, sebelum fa akhiri cite kali ni,
Layankan dulu gmbr Izzul ngn Ibu & Papa dia.



~ Izzul ngn ibu tercinta ~





~ Izzul ngn papa tersayang ~





My lil prince, Muhammad Izzul Islam B. Muhamad Hafiz
(2 bulan 2 hari)



Nukilan,

01 March, 2010

Start to work...

Hi fellas,
Today fa dah mula berkeje dah...
Seawal pukul 6 dah bangun....Mcm biaselah kene pam susu for izzul.
Then bagi Izzul menyusu dulu barulah bersiap-siap g keje.
Hari ni mmg berat hati nk tinggalkan Izzul ngn Opah dia..
Maklumlah dah 2 bulan fa bersama-sama ngn Izzul...
Tgk perkembangan Izzul dari hari ke hari....
So tadi mmg sayu nk tinggalkan Izzul....


Hmmmmm ni x sabar nk balik lunch sbb nk bersembang ngn Izzul.
Ohhh ya skrg ni Izzul dah pandai bersembang...
Then sengih2 tunjuk gusi dia tu....Seronok betul fa tgk perkembangan Izzul.
Skrg ni Izzul dah botak dah...
Byk kengkawan fa ckp muka Izzul iras muka fa....huhuuhuhuuuu
Well, smlm genap umur Izzul 2 bulan.
Dah makin membesar dah anak ibu....& yg penting makin hensem mcm papa dia.
Hmmmmmm ni byk nk cerita sebenarnya tapi sbb hari ni 1st day fa berkeje, so byklah keje nk kene follow up. Tgh blur2 lagi ni nk buat ape...


Hmmmm nti fa sambung k, nk cite ttg pengalaman fa bersalinkan si Izzul.
Sebelum tu, layankan dulu gmbr2 terbaru Izzul...









Nukilan,

20 February, 2010

Can't believe it....

Salam semua....
Lama betul fa x bukak blog fa...
Maklumlah baru jer abis berpantang...
Skrg anakku adalah keutamaan...hiihihiii
Well, fa masih x percaya yg fa dah jadi ibu ke pada Muhammad Izzul Islam Bin Muhamad Hafiz.
Izzul selamat dilahirkan pada 28 Disember 2009 jam 3.32 pagi...Beral izzul 3.08kg. Fa bersalin normal...Sakitnya, hanya Allah jer tahu...
Alhamdullilah proses melahirkan Izzul sgt mudah.
Fa hanya berada di dalam labour room cuma 3 hour jer...


Sebenarnya hari ni fa ikut Hubby fa g office.
Bawak sekali Izzul....Saje lah nk jalan2..Malam tadi ikut papa izzul g main bowling @ Sunway piramid. Mula2 izzul ok jer, tapi lama2 dia merengek...
Sebab utama x cukup tidur lah....hihihihi...
Sejak 2 hari ni Izzul x lena tidur siang hari. Tapi nasib baiklah malam dia x meragam.
Bangun menyusu pun pukul 5 pagi...
Then tidur balik....


Ok lah kot...Fa ni masih x percaya dah jadi ibu ni...
Sebelum berundur, tataplah gambar exclusive my son yer...