In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

14 May, 2010

4th Check Up...

Hi fellas,

Salam buat all my readers...
Ni cite pasal Fa pergi hantar Izzul Islam check up di Klinik Kerajaan, Taman Medan.
Appointment pukul 2 ptg.
Sampai jer mmg lah ramai...bercampur ngan ibu2 mengandung nk check up.
Hmmmm Izzul Islam tgh tidur masa sampai di klinik.
Bila masukkan Izzul Islam dlm stroller dia terus bangun.


Kali ni check up x der inject2 lagi...Rest sebulan.
Izzul Islam hanya ukur kepala, dada & berat badannya.
Kali ni fa betul2 gementar takut berat Izzul Islam statik mcm last month...
Alhamdullilah kali ni berat Izzul Islam bertambah 700gm...
From 4.8kg to 5.5kg. Weeehoooooo ibu sgt2 HAPPY....
Kepala plak naik 1cm from 38cm to 39cm
Tinggi plak hanya naik 0.5cm from 62.5 cm to 63cm....Anakku makin tinggi.


Lepas dah ukur2 bagai, kami di panggil tuk jumpa nurse plak.
Nothing much yg ditanya....Pastu selesai jam 4 ptg...
2 jam menunggu hanya for ukur, timbang serta check kesihatan anak jer...
Kalau inject lagilah lama agaknya dlm klinik tu...


Next check up for Muhammad Izzul Islam Muhamad Hafiz ialah 07 June 2010 (Isnin) jam 2ptg lagi.
Next month pergi Izzul Islam akan kena inject...

So itu cite pasal my son pergi check up...
will continue later ngan cite yg menarik k...


See ya!




Nukilan,



 

Izzul Islam!

12 May, 2010

Langkawi ~ Part 2

Hi fellas,
Back from Langkawi last friday...Arrived home around 11.30 pm...
Sangatlah penat kawan2...Fa sampai jer terus mengemas dulu.
Then pukul 1pg barulah fa tido ...


Oklah nk sambung cite percutian kami di Langkawi pada 2nd day.
Hari kedua bangun awal. Jam 6.30 dah bangun dah...Solat dulu then layankan Izzul Islam yg bangun awal jugak. Pagi tuh, Papa Izzul Islam bawak anaknya mandi di Pantai Tengah.
Resort kami mmg dekat dgn laut.
Pagi tu suasana sgtlah tenang...Cuaca belum panas lagi.
Fa pakaikan Izzul Islan underware jer tuk mandi.
Fa x mandi sbb fa jadi camerawoman....huhuuuhuuhhhuuu


My little boy...Mula2 masukkan kaki Izzul Islam dulu. Takut dia terkejut. Muka cuak Izzul Islam...hihihiihihii.



Muka cuak anakku...hiihihiii. Penakut ngan air sejuk...


Izzul Islam yg GAYAT...huhuhuhuu...Alamak pusat Izzul Islam terjojol lah...Malu lah


Masamnya muka anak ibu ni....Marahkan ibu and papa yer....X perla sayang kene jinakkan diri ngan air. Nti boleh ikut Ibu and papa g snorkeling...


Anak ibu dah kesejukan....Permandangan adalah sgt indah. Fa plak suka betul ngan photografi ni. Kalau boleh nk jadi PRO...Tapi itu mgkin keje sambilan jer kot.



Si Hanif sibuk suh amik gambar dia berposing...Fa plak mmg suka amik2 gmbr ni. Seronok tau. Ni guna Canon X10...Betul ke modelnya tuh. Ntahlah x ingat dah modelnya. Bantai jer lah. Nti kalau salah fa betulkan..hhiihihi


Pas dah mandi manda, kami balik ke resort.
Abah dah siapkan breakfast dah.
Pagi tu kami makan nasi goreng + sosej goreng & red bean bread....
Izzul Islam  plak mengantuk then tido lepas menyusu....

Izzul Islam kepenatan & mengantuk. So papa Izzul sgt rajin melayan Izzul Islam menyusu...Nmpak tu anak beta. Bila nmpk camera jer confirm akan berposing...huhuuhuu


Izzul Islam sempat berposing ngan Ibu sebelum ke Kota Mahsuri.


Izzul Islam ngan ibu & papa...



Lepas dah bersiap bagai, kami terus keluar berjalan balik.
Mula2 kami pergi Kota Mahsuri. Parent in laws nk makan sup gamat.
Then jalan2 dlm Kota Mahsuri sambil bergambar bagai.
Anakku sgtlah BAIK sbb walaupun panas terik dia cool jer dlm stroller dia.
Good boy. Baju Izzul Islam lenjun sbb berpeluh....


Anakku yg tgh khusyuk main tali  pinggang kat stroller dia. Panas2 pun x hairan langsung


Kami berlima berposing utk kulit album kami yg terbaru...huhhuhuhu. X derlah main2 jer lah.



Atuk & Opah Izzul Islam tgh berposing di rumah lama Mahsuri...



My handsome boy....Yeahhhh rock baby!



Yeahhh....ibu Izzul Islam rock kan?...huhuhuhuhuhhuuu



After dah lawat Kota Mahsuri, kami bershopping di Pekan Kuah.
Shopping coklat lah...Mmg fa naik giler tgk coklat2 ni.
Last2 fa rembat Ferrero Rocher T30 sampai 4 box. huhuhuhu....
Saje lah nk bagi parent fa & fa nk makan lah...
Then pergilah jalan2 tgk pinggan mangkuk plak...Sampai lah ke petang.
Sampai resort dah pukul 5 lebih...


Then kami berehat lah sekejap...
Pas Maghrib kami keluar lagi shopping coklat lagi...AGAIN?...huhuhuhuhu
Kali ni brother in laws nk beli tuk kawan2 dia @ awek lah...
Pastu window shooping kat uptown di Pantai Cenang plak...
BIL nk cari seluar pendek.


Malam tu x lama pun keluar sbb my hubby & BIL nk tgk cite Penunggu Gunung Raya @ TV3.
Fa sampai resort, tukar baju & terus tido ngan Izzul Islam....

So, Abis part 2 di Langkawi....
Part 3 adalah hari terakhir kami berada di Langkawi.
Kene check out jam 11.00 pg. So malamnya kami packing baju siap2 lah.
Esok nk sambung berjalan ke Cabel Car & shopping again...hihihihihi
Continue part 3................





Nukilan,

11 May, 2010

Back to work !

Hi everyone...
Just a short one...
Byk keje lah nk kene settle... Maklumlah bercuti sampai 6 hari.
Masuk jer office today...melambak-lambak keje atas meja...Pergghhhhhh have to finish it before 5pm. Nmpknya kat umah fa update blog kesayangan fa ni...


Just wait k...
Byk cite fa nk kongsi ngan u all semua...
Ttg percutian ke Langkawi, balik Hometown & check up utk my son, Izzul Islam.
Harap bersabar k...


Oklah....pegi dulu.
Will continue later...............




Nukilan,

05 May, 2010

1st Day @ Langkawi Island


Hi semua...
Hari ni fa serta family berada di LANGKAWI...
Percutian keluarga setelah setahun yg lalu...Last year fa HONEYMOON di Pulau Langkawi jugak. Kali ni fa dtg bersama ANAK tercinta.

Dalam kapal terbang sebelum berlepas ke Langkawi. Izzul Islam sgt seronok nk TERBANG.


Depart from LCCT jam 10.20 am...
X derlah busy sgt sbb time weekdays kan?
Then arrived @ Langkawi International Airport @ 11.20am...
Sampai jer terus amik luggage then hubby terus g cari kereta sewa.
Bila dah pilih & betul2 puas hati, akhirnya hubby and fa telah bersetuju amik kereta SARENA.
Besar & Murah. Sewa sampai hari khamis jam 6.30 pm baru pulangkan.
Hanya RM280 shj....Sgt murah, kereta besar & selesa.


Suamiku, father in laws and brother in laws turun tangga...Baru sampai di Langkawi International Airport.



Izzul Islam berposing ngan Opah di Airport Langkawi...Seronok betul anak ibu ni...


After dah amik kunci bagai kami terus pegi petrol station dulu.
Then ABAH ajak g LUNCH dulu barulah merayap...
Kami sempat lah pergi TAMAN BUAYA & just lalu jer dulu di Black Sand Beach...
Sbbnya kami nk g check in di Rumah Peranginan TNB dulu.
Dieorang bagi hanya 2 masa shj,


3.00 ptg -4.00 ptg
6.00 ptg - 7.00 ptg


So, kami x naklah check in jam 6. Hamba kesiankan anak hamba yg agak KERIMASAN..
Sampai di rumah TNB tu, fa terus mengemas ape yg patut.
Rumah TNB mmg complete semuanya. Cuma satu jer yg x BEST, TUALA tidak disediakan...
Aduhhhhh...terpaksa lah fa beli nanti.
Lepas fa dah mengemas bagai, fa mandikan Izzul Islam.
Bagi Izzul menyusu then tidokan Izzul Islam.
Izzul Islam tgh syok tido ngan Papanya....Cuma Ibu jer duduk meng update blognya.


Belah malamnya kami dinner @ Jai Seafood Cafe...
Makanan adalah sgt sedap...Org x ramai sgt sbb kami sampai pun masih awal. Dlm 9 lebih macam tuh...
Mula2 kami semua pergi cari Nikon Digital Camera....
Last2 x jumpa then kami pergilah makan...Sebelum makan singgah di Biliion tuk beli barang2 dapur tuk kami masak....Huhuhuhuhu...Seronok tau dapat masak kat rumah TNB tuh...
Sebelum tuh, layankan gmbr2 kami ni yer...


Papa and Hanif tgh makan...Masing2 kelaparan....


 In laws tgh bersantap....Mala tuh makanannya sgt2 sedap...Puas hati makan..huhuhuhuu

Lepas makan, kami balik ke rumah...Esok kan nk berjalan2 lagi
Okie dokie....will continue later k!



Nukilan,

03 May, 2010

What's ur feeling?


Apakah perasaan ANDA bila melihat gambar ini? Tajuknya ' Kasih sayang abg pada adiknya'...Bila fa tgk fa tetiba rasa tersgt SEBAK. Ni pun hampir mengalirkan air mata pabila melihat gambar ini. Di manakah ibubapa mereka? Mengapa sampai begini jadinya? Kita pun x tahu mana ibubapanya. Sama ada mereka ditinggalkan atau ibubapa mereka dah tiada. So mereka berdua tiada tempat utk mengadu nasib. Fa cukup terharu melihat abang yg memangku adiknya hingga kedua-duanya tertidur. Mengingatkan fa pada anak fa. X sanggup fa melihat gambar ini. Memberi seribu perasaan. Jika fa tahu di mana mereka berdua ni berada, fa akan amik bwak balik. Then mandikan mereka & beri makan semua tuh. Then barulah fa hantar ke badan kebajikan utk mereka mendapat tempat perlindungan yg sempurna.
Sayu pabila melihat adiknya yg masih kecil, ngan keadaan comot serta pakaian yg lusuh.
Harapan fa, agar mereka berdua selamat serta ada org sudi mengambil & menghantar dierang ke umah kebajikan.
~ Very Speechless ~



Nukilan,

Tabiat baru..

Hi semua...
Very good morning semua...
Hmmmm....ni fa nk cite ttg my lilttle prince Izzul Islam.
Well as u all know Izzul Islam skrg ni dah masuk 4 bulan...
Now dia dah mula sibuk nk meniarap...Kalau x lepas confirm akan menjerit-jerit.
Ada satu hari tu, Fa & hubby khayal tgk TV tetiba dgr Izzul Islam menjerit-jerit.
Ingatkan pasal ape...rupanya dia marah sbb nk meniarap tapi x lepas...
Sampai merah padam muka Izzul Islam.
Kadang2 fa & hubby jadi semangat tuk Izzul Islam...


Satu lagi tabiat Izzul Islam...
Dulu kalau dah nk tido sgt mesti nk hisap puting dia...
Tapi skrg ni dah x nak sgt hisap puting.
Nk tahu ape yg Izzul Islam hisapppppppp.....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Yes....ini dia gambar exclusive Izzul Islam tgh syok menghisap jarinya.
Ni fa snap pagi tadi masa lepas fa mandi.
Hari ni Izzul Islam bangun lambat sbb dia bangun menyusu jam 4 pg & 6 pg. Mengantuk agaknya sbb kerap bangun.
Pukul 8.30 pg baru Izzul Islam bangun. Nasib baik ibu dah bersiap awal2...





Ni dah lena tapi jari masih bergayut dlm mulut dia...Comel sungguh anak ibu.



Hmmm...satu lg, pagi tadi fa terkejut sbb fa terdgr Izzul Islam panggil fa ngan " bu "....lembut jer suaranya. Mcm x percaya jer. X tatau lah kan. Tapi fa dgr ngan jelas & terang Izzul Islam panggil fa mcm tuh....Ntahlah, tapi masih tergiang-giang sampai skrg.



Oklah, nk sambung buat keje.
Nk siapkan byk report ni. Esok last day berkeje.
So sebelum bercuti better siapkan keje2 ku...
Kalau x nti, masa bercuti telefon ku akan berdering-dering jer...
Tension den tau...huhuhuhuhu



Oklah...adios!



Nukilan,

New Background !

Aloha everyone....
Salam sejahtera buat all my readers...
Hmmmm....Sabtu dan ahad lepas adalah hari yg sgt memenatkan fa.
Tapi hati menari riang sbb hubby buy new king katil ngan harga yg sgt berbaloi-baloi.
Smlm keje pemunggahan from tempat kami beli ke umah my mil sgtlah memenatkan..
Tilam adalah sgt berat...Sakit badan2 ini. Walaupun hanya menbantu ala kadar jer tapi sengal2 di badan jgn cakaplah...
Maklumlah fa dah x angkat berat2 ni sejak mengandung lagi...
Lepas bersalin ni pun hubby bising angkat berat2...Itu smlm fa just tolong bukakan katil jer.
Yg punggah2 barang hubby & pak cik hashim bwk masuk lori...



Ohhh sebelum tu, skrg ni fa dah tukar background & banner baru tuk blog kesayangan fa...
Weither u all like it or not..TERSERAH. Masing2 ada pandangan kan.
I just nk kan perubahan...but i really misses the previous background...huhuhuuhu
Nmpk cool jer kan?...Bagi fa lah. X tau plak pandangan korang semua mcm mane...


Fa pun suka jugak the new background ni...
Soooo green....hiihihihi
Esk hari terakhir berkeje sebelum fa serta family fa menjejakkan kaki ke Mahsuri Island.
Kali ni hubby bawak his parent serta adiknya bercuti.
Di sponsor sepenuhnya oleh my hubby.. (berlagaknya)... :)
Bukan nk menunjuk-nunjuk tapi rezeki lebih then bawaklah mereka berjalan pulak...
Ini kali ke 4 rasanya fa ke sana. Honeymoon pun kat sana jugak.
Kali ni fa bercuti bersama anakku, Izzul Islam serta parent in laws fa...
Mesti meriah nanti...Kami menginap di Banglo TNB, Pantai Tengah....
Hanya RM10 utk penginapan 3 hari 2 malam...kami booking dah lama. Abah my hubby kan keje TNB. So dia tolong bookingkan utk kami. Lagipun banglo tu x banyak. Rasanya hanya ada 2 jer kot. Boleh acommodate 6 adult & 6 child...Besar lah tu kan.
X sabar nk pegi bercuti ni. Nak releasekan tension sambil menikmati suasana PULAU LANGKAWI yg aman damai...


Hmmmm oklah....
Itu jer kot. Nti continue kisah Izzul Islam ngan tabiat barunya.
Nak tahu ape dia...Tggggguuuuuuuuuuuuu ...

29 April, 2010

Thank's !

Morning semua...
Hari ni bangun agak lewat sikit. Fa dah bangun sebelum Izzul Islam bangun.
Then masa tgh baring2, fa dgr suara lembut anak fa...
Rupanya dah bangun si cikonet ni...Siap senyum2 ngan ibu dia...
Sejuk hati ibu Izzul... :)


Ohhhh sebenarnya fa nk postkan gmbr yg telah diedit oleh Draco Photography (ikhsan).
Gmbr di ambil semasa dinner di Tasik Indah Restaurant last 2 week....
Baru jer fa dapat from Ikhsan.
Nice pics k ikhsan....


Nti masa kita semua bercuti di Medan boleh aku hire ko jadi aku punya photographer aku...huhhuhuhuhu...






Nukilan,

28 April, 2010

Sudah 4 bulan?

Salam semua...
Hari ni genaplah usia anakku 4 bulan.
Alhamdulillah.....Fa sgt teruja ngan setiap perkembangan Izzul Islam dari hari ke hari.
Pelbagai karenah baru Izzul Islam yg mencuit hati ibu & papa.
Pagi tadi Izzul bangun menyusu jam 6pg...
Lepas tu ajak papa dia sembang bahasa langit ngan dia.
Aduhaiiii anakku, masih awal nk ajak papa bersembang...
Last2 ganti plak ibu layan Izzul Islam bersembang.


Jam 7.30 pg Izzul Islam lena dibuai mimpi.
Fa bersiap-siap tuk ke tempat keje.
Izzul Islam masih nyenyak tido. Yelah bangun awal sgt.
Then hubby bawak turun & masukkan Izzul Islam dlm baby cradle dia...
Masa fa & hubby nk kuar umah, Izzul Islam dah bangun.
Dah siap menjerit-jerit suh bwk jalan2 kat luar...
Hmmmmm comel sungguh anak ibu ni.
Ada saje karenah dia yg mencuit hati kami....


Tadi sempatlah amik gambar Izzul ngan baju tidonya.
Siap berdiri lagi bergambar.
Mcm dah besar sgt rupanya...huuhuhuhuuu
Nways Izzul Islam, happy 4 month birthday to u...
Papa & ibu love u sooo muchhhhh.
Izzul dah naik beratnya. Smlm timbang dah 5 kg dah...Alhamdulillah.






Oklah, nk balik dah ni.
Masih kat office sbb tggu hubby abis present.
Rindu dah kat Izzul Islam.



Nukilan,

Bath's time Izzul Islam...

Hi fellas...
Ni just nk upload gambar anakku yg tgh syok mandi dalam besen....
Skrg ni lagi lah...nk berendam lama2.
Fa takut kene selsema jer nanti...



Oppssss nasib baik ibu cover...hiihiihihihih




Yg ni ibu lupa nak cover. Tapi ibu kasi gelapkan kat bahagian Tutttt saya tu...hihihihihii




Nukilan,

27 April, 2010

Cuti2 ke East Coast ~ Part 3

Hi everyone...
Today sangatlah busy menguruskan pelbagai keje sebelum cuti lama ni.
Hari ni my boss kuar outstation, so kenelah prepared brg2 dia dulu sebelum fa siapkan report2 yg masih pending atas meja fa ni.


Hmmmmm...let's continue ngan cite percutian fa yg masih x abis2 ni k...
Hari terakhir di Pantai Timur (Terengganu).
Izzul Islam seawal 5 pg dah kejutkan ibunya. Mcm biaselah time dia nk menyusu...
So fa bangunlah menyusukan Izzul Islam dulu...
Then tido balik sbb masih awal....
Sedar2 jam 6.30 pg....Adohaiii malas betul nk bangun. Mcm nk tido lama2 jer lagi.
Tapi disebabkan hubby kene rushing byk bende kat Trg sebelum balik KL, fa gigihkan diri tuk bersiap-siap.


Breakfast makan kuih muih jer. Nk makan nasi dagang yg dekat ngan resort tu, tapi tutup plak hari tuh. Hmmmmm melepas lagi. Nasi dagang dia mmg sedappp. Fa suka nasi dagangnya. Tapi x dapat menandingi yg mak fa masak....Lagi power rasanya...huhuhuhuhuhu
After breakfast, hubby hantar ke resort & dia terus pergi jumpa new client dia..
Ada discussion katanya...So fa duduklah bilik sambil layan karenah Izzul Islam.
Jam 11.30pg Hubby balik ke resort tuk check out.


Berposing di depan Batu Buruk Beach Resort....Masa ni nak check out dah.



Izzul Islam nmpk kecik jer di tengah tu kan?


Izzul Islam ngan opah dia...



Then kami pergilah ke Pasar Payang sbb mil nk beli kain batik. Masih x cukup lagi. Sambil tu shopping keropok kering....Then dah abis shopping kami terus gerak balik. Sebelum tuh singgah di kedai keropok lekor 008 di Marang.
Sedap betul keropok lekornya....lembut jer.


Di hadapan pintu Istana Maziah, Kuala Terengganu....



Kami bertiga....






Hmmmmm...apa lagi yer?
Ohhhhh then kami menruskan perjalanan pulang. Masa on the way balik, father in law ternampak Complex Noor Arfa sing board....So, dia mmf duk cari kain batik tuk dibuat kemeja.
So kami singgah lah sekejap. Sekejap pun lama gak lah memilih kain yg betul2 menjadi pilihan my fil hari tu...Last2 jumpalah jugak. Dark purple & harganya RM250 ++ utk 2.5 meter...
Fa plak hanya tgk jer lah...X minat sgt batik2 & sutera ni. Leceh bila nk iron kain tu nti...hhihihihii.


Depan kompleks Noor Arfa di Kuala Ibai



Izzul Islam da mcm model ibu dia punya keje...




Dlm beca tgh berposing....Siap duduk lagi tuh, walaupun belum tegap sgt...Syabas anak ibu



Izzul Islam tgh khusyuk tgk ikan2 berenang. Sampai meleleh-leleh air liurnya...



Ni tgh main chak chak ngan ibu.....Masa ni tgh tggu parent in laws pilih batik & sutera...Kami 3 beranak main chak chak lah ngan Izzul Islam.




Then sambung perjalanan pulang...
Mmg kematu bontotku hari tu...
Kira mmg duduk dlm kereta jer. Fa kesian ngan hubby sbb dia sorang jer yg drive.
Fa nk drive dia x kasi...So, fa kat belakang bagi semangat jer...huhuhuuhuu


Last tempat persinggahan kami adalah di Kedai Kopi Hai Peng, Kemaman.
Tempat tu sgtlah famous dikalangan masyarakat setempat....Ada yg sanggup dtg jauh2 tuk rasa original kopi & home made bread dia...
Fa order tuna sandwich yg sgt sedappppp....Ya allah sampai hari ni masih teringat-ingat sandwich tuh...Masa di kedai tu, Izzul Islam sempat jugak meninggalkan jejak dia.
Apa lagi berak lah...Hmmmmmm fa siap mandikan lagi Izzul Islam. Cuaca kan panas.
Naik rimas dah Izzul Islam ngan cuaca panas tuh. Izzul Islam sgtlah sronok bila dapat mandi.






Lepas dah siapkan Izzul Islam, kami berangkat pulang. Perjalanan dari Kemaman ke Petaling Jaya makan masa hampir 4 jam...Aduhaiiiii mmg sakit2 belakangku ni. Bonto jgn cakaplah...Mmg kebas gile...hihihihihiii.
Sampai umah jam 10 malam. Izzul Islam mmg dah nyenyak tido.
Lepas mandi fa siapkan tempat tido kami bertiga & terus tido. Sedar Izzul Islam nk menyusu jam 6.30 pg. Biar betul si Izzul Islam x bangun jam 3.30 pg?
Maybe sbb penat agaknya....kesian anak ibu.


Next week kami akan bercuti ke Langkawi start 5-7 Mei....
Balik from Langkawi Izzul Islam akan check out di klinik Kesihatan Taman Medan...
Rasanya hanya timbang berat, ukur tinggi & kepala jer kot.
X der inject2 lagi kot. Bulan ke 5 baru inject balik...


So itulah cite percutian kami di Pantai Timur.
X sempat Ibu nk jumpa kawan2 lama ibu di Terengganu.
X perlah, x der rezeki kan...Maybe lain kali jer lah...Insyallah!
Lagipun kami rushing nk balik sbb Isnin ibu & papa Izzul Islam keje....
So balik awal lah tuk rehat kan...
So layankan dulu beberapa photo kami berposing....


Nukilan,