Sejak kebelakangan ini Fa mmg terlalu busy menguruskan semuanya...
Mcm biaselah urusan keluarga, kerja serta terbaru ulang alik ke hospital menjengok my mil.
Kiranya start awal bulan ni kerja asyik berulang alik ke hospital.
My mil asyik keluar masuk hospital....
Mula² masuk Assunta Hospital selama 4 hari.
Lepas tu Doktor suh balik rehat di rumah, then check in kembali minggu depannya utk buat operation tapi akhirnya ditunda lagi....So keluar semula Assunta Hospital.
Finally, my mil ditransferkan ke SDMC, Ara Damansara utk buat operation di sana.
So isnin lepas check in di hospital itu dan rabu ibu mentua telah dibedah jam 9am - 3pm...
Lama kan? Padahal operation berjalan selama 3 jam je. Cuma mcm biaselah kalau dah masuk OT ni, byk prosedurnya kan...Byk peringkatnya sebelum dibedah...
Ohhh ya sebenarnya penyakit my mil ini dah lama dia tanggung...
Tapi dia inform pada kiteorng pada 6 bulan lepas.
So, pergilah check up di Assunta utk tahu apa punca sakitnya hingga tangan kanan dia kebas & bila angkat tinggi akan rasa sakit....
Bila dah buat ujian MRI di Assunta & jumpa pakar ortopedik Dato' Dr. Halili dia inform yang air tulang belakang bertakung di bahagian tengkuknya...x mengalir ngan sempurna.
Jika dibiarkan boleh lumpuh dari kaki ke bawah.....Ya allah bila dgr tu mmg gerun la.
So caranya adalah melalui pembedahan utk keluarkan air yg bertakung tu...
Dr. Halili beritahu hanya sedikit je air tu bertakung tapi kesannya mmg sgt dashyat...
Sampai tangan kanan mil Fa x leh rasa apa² & sakit hingga beratnya turun mendadak....
Punca sebenar penyakit tu ialah akibat jatuh yg kepala terhempas tu...contohnya jatuh katil, jatuh terlentang ke belakang...
Itu sbbnya Doktor Halili pesan, tolong perhatikan aktiviti anak² kecil sbb kalau kerap jatuh begitu kemungkinan besar sakitnya akan dapat dirasai bila umur dah masuk 40 an...
Lama kan baru nmpk kesannya...
So , kita sebagai ibubapa perlu menitikberatkan perkara ini....
Mcm Fa, cukup gerun bila Izzul jatuh terlentang ni...berderau darah Fa tau....
Seingat fa lah, Izzul pernah dlm 3 kali jatuh mcm tu....
So, mmg risau sbb takut takut otaknya bergegar bagai....
Tapi Alhamdullilah....minta² x der lah kena macam tu...
Kesan daripada itu, tulang belakang mil Fa telah bertindih. kan tulang belakang kita ni beruas-ruas kan.
So ruas yg paling atas kat belah pangkalnya telah bertindih...
Doktor dah regangkan tulang tersebut dan dah keluarkan air yg bertakung tu sekali....
Setakat ni semuanya berjalan lancar...
Pembedahan tu start daripada bahagian yg berdekatan saraf tunjang tu...Tempat paling sensitif. Lebih kurang sejengkal pangjangnya....
Nasib baiklah mil ditanggung sepenuhnya oleh TNB.
Kosnya mmg makan hampir ratusan ribu termasuk kos MRI, Sesi perundingan ngan beberapa pakar, penginapan semasa ditahan wad serta ubat-ubatannya...
Syukur sgt²...kalau x mmg pening nk cari duit utk bayar semua tu...
Kami ni bukanlah daripada kalangan keluarga yg kaya raya.
Itu sebabnya Fa dah amik insurance utk anak fa sejak lahir...
SDMC, Ara Damansara adalah new hospital. Pakar pada sakit dibahagian tulang belakang, otak & jantung.
Memang kes² daripada 3 sakit utama itu shj yg diberi keutamaanya dulu...
Mmg sebijik hotel 5 bintang...Bila 1st time menjejakkan kaki di situ, rasa macam masuk hotel 5 stars...
Sungguh mewah ye....
Tengok jelah bangunannya.....mmg nmpk mcm resort or hotel kan?
Sime Darby Medical Centre, Ara Damansara