In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

21 June, 2009

AYAH !

Salam semua....
Perghhhhhh tajuk entry fa kali ni mmg dasatkan?
Bersempena ngn HARI BAPA ni, fa siap buatkan post khas for my AYAH tersyg.


Hari ni no celebration for U ayah, nways Along still happy & bangga dengan AYAH.
Along membesar & menjadi seorang insan yang berguna buat bangsa & negara.
Itu semua kerana AYAH...Tanpa AYAH x mungkin along akan hidup di dunia ini...
AYAH byk mengajar erti kehidupan padaku....
Walaupun semasa kecil AYAH tegas & garang, kami semua mmg kecut perut bila AYAH naik angin...Perkara paling takut adalah bila nk suh AYAH sign REPORT CARD...hhuuuhuhuuuuuu.
Mengigil seluruh badan ini...Tetapi baru sekarang fa mengerti mangapa seorang AYAH tu tegas ketika mendidik anaknya....
Hanya SATU iaitu utk melihat anaknya berjaya serta menjadi seorang berguna bila dah besar...



Skrg umur ku dah masuk 28 tahun, dah jadi isteri kepada Encik Hafiz & bakal menimang CAHAYA MATA awal tahun depan. Fa akan menjadi seorang ibu....Di masa itu fa pulak akan mengalami serta menempuhi pelbagai dugaan utk membesarkan anak fa plak...
Ketika fa diijabkabulkan, perasaan sebak tetiba dtg menerjah fa...
Semua tanggungjawab AYAH akan beralih pada SUAMI fa plak...
Air mata mengalir sedih bila AYAH fa memberikan segala tanggungjawab pada SUAMI fa...
Bertambah sebak bila fa memeluk AYAH fa...
Tapi AYAH x menangis, dia cool jer...Nways fa tahu dia pun turut sedih sebenarnya....
AYAH....along akan cuba menjadi seorng ISTERI yg SOLEHAH pada suami along. Along akan cuba mendidik anak along seperti mana ayah mendidik along sewaktu kecil....
JASAMU akan along kenang buat selama-lamanya YAH....
* Ketika ini air mataku mengalir teringatkan setiap jasa2 AYAHKU*


Fa mmg x sabar nk balik jenguk AYAH...
Pagi tadi sempat mengucapkan HARI BAPA padanya....
Terasa sebak bila berjauhan dgn AYAH...tapi itu semua x boleh ku fikirkan sgt....
Fa cuba tabah jalani kehidupan ini....Fa tahu, ada mereka yg lagi sedih bila AYAH mereka telah tiada....Sebenarnya x tergambar perasaan ini bila akan kehilangan AYAH suatu hari nti.....
AJAL & MAUT semua di tangan ALLAH S.W.T.....Kita hanya makhluk ciptaanNYA shj....


Akhir kata....ALONG terlalu sayangkan AYAH...
Terima kasih diatas segala-galanya AYAH....Along ttp hargainya hingga ke akhir hayat along.




Nukilan :