In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

16 August, 2010

Mari memasak....

Hi fellas,
Well hari ni adalah hari yg ke 6 kita berpuasa...
Pagi tadi fa mkan nasi n ketupat sotong. Kalau x sahur hanya minum susu + kurma & air rx water jer...
Sejak fa minum rx lite ni, nafsu nk makan tu kurang.
Tgk makanan mcm biase jer...nak2 bulan ramadhan ni. Ngan ada bazaar ramadhan, mesti pelbagai juadah yg nk dibeli kan?


Tapi pergi bazaar fa cuma cari kuih tako jer...
Kuih kegemaran di bulan puasa...
So smlm fa cuti, fa plak teringin nk makan KETUPAT SOTONG...
Sgt2 teringin okkk!!!.
Pagi tu, Abah g belikan sotong.
Lepas zohor fa dah buat persiapan awal tuk masak ketupat sotong...

Nk masak sgt mudah....cuma yg agak leceh bila nk sematkan lidi pada kepala sotong.
Dah sotong tu licin..tapi berjaya gak cucuk dlm 10 ekor sotong....huhuhuuuu
Hmmmmmm kepada sesiapa nk cuba resepi ketupat sotong boleh cuba resepi di bawah yer...

KETUPAT SOTONG.





Bahan-bahan ( 10 ekor )

  • 10 ekor sotong sederhana besar 
  • 1 cawan beras pulut     
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang

 

 

Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula


Berbuka semalam fa makan sampai 2 ekor sotong...hihihihiii. Sbb teringin kan.
Smlm juadah berbuka fa ialah


  • Rendang rebung + kerang
  • Ketupat Sotong
  • Telur dadar
  • Ikan goreng kunyit
  • Kuih muih ( my bil yg beli)
  • Cendol Pulut


Itu jer lah...fa selalunya makan nasi lepas solat maghrib. Makan nasi sikit, tapi lauk fa amik lebih sikit.
then sebelum tido fa minum rx lite...
Pastu kenelah minum atleast 1 liter rx water before sleep.
Lepas tu bantai asyik ke toilet jer...hiiiiiihihihiiii


Sahur plak, fa x makan nasi pun...cuma amik susu + kurma 4 biji & biskut ke or lebihan kuih muih waktu berbuka (jika ada)....
Then fa minum rx water jer byk...
Skrg ni kan musim panas...kene byk minum air kosong.
Fa plak kalau kurang air kosong ni akan sakit kepala...
Pastu badan x bermaya jer...


Hmmmm oklah , hari ni da siap fikirkan juadah berbuka...
Antaranya


  • Sambal Ayam
  • Kacang Buncis goreng + udang
  • Roti Jala (beli jer lah)
  • Air Bandung + Nata De Coco....

Sebelum tu nk g cukur kepala Izzul Islam sbb abis ruam naik ke kepala Izzul Islam.
Kepala Izzul Islam dah luka2 sbb dia dah pandai menggaru...
Kesian tgk Izzul...Time berpeluh jer, confirm merah2 kepala Izzul Islam...


Oklah, esok sambung k....
Adiossss



Nukilan,