In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

05 January, 2011

Terasa?

Hi girls....
Hari ni sgtlah sibuk...
Turun naik turun naik settlekan keje2 kat office.
Start hari ni my hubby dah outstation ke Pantai Timur...
Kat Kelantan banjir lagi ke?
Hopely dah ok lah...Risau plak bila hubby keluar ni...


Hmmmmm.....just nk sharing ngn koranglah...
Kenapa someone tu x nak ckp ngn kita?
Kita ada buat salah ke? Or tersalah ckp ke? Or TERASA ngn KATA2 kita ke?
Hmmmmm persoalan tu sape leh jawab?


Fa rasa lah, ada org terasa ngn fa lah...
Sbb org tu x berckp n x macam sebelum ni...sms no reply.
Kalau x mesti tegur mcm biase jer...gelak ketawa semua.
Walhal dia kawan fa? x tahulah dia masih anggap fa dia atau tidak...
Mungkin terpaksa kot sbb dia kenal my hubby...kawan ngn my hubby...
Fa x kisah sbb ape yg fa tulis adalah realiti...luahan hati fa.
Kenapa plak dia nk TERASA?
Kalau org TERASA ni mgkin sbb ada bersangkutan ngn dia kan...
Pasal tu la TERASA smpai x nak berckp langsung....agaknya la.


Whateverla....
Janji x nganggu hidup fa dah la...
or mengapi-api org supaya jgn berkawan ngn fa...
Fa senang jer....org x kacau fa so fa x kan kacau or menyibuk hal org...


Tahun baru ni, fa berusaha tuk memperbaiki diri supaya jgn sakiti hati org.
Byklah amal ibadah padaNYA, mohon agar kuatkan diri fa agar menjadi insan yg kuat.
Jgn mudah mengaku kalah or putus asa.
Berkawanlah biar ramai...jaga hati kawan2.


ohhhh ya fa nk kongsi hasil tulisan daripada Dato' Dr. Noordin Darus.
So, marilah kita sama2 baca & fahami....



Legenda hidup tanpa batasan.


by Noordin Darus on Wednesday, 05 January 2011 at 00:10


Ramai drp kita mengejar kejayaan, kekayaan, pangkat, kuasa, status dan populariti. tidak salah sebenarnya bahkan utk anda yg baru dlam perniagaan perkara2 ini amat releven. Harga bawang, minyak, santan, ikan, sayur dll sudah naik tanpa amaran. jadi jgn d perkecilkan soal tambahan rezki dan ekonomi famili masing2. yang ini wajib dilakukan mau tak mau. u  tak ada pilihan ok. saya ingin membawa anda utk terus satu langkah kehadapan; bagi mereka  yg kejarkan dan fokus impian sampai tercapai; kenapa masih ramai yg masih tak berpuas hati atau tidak bahagia? kenapa pula kita tidak dapat bertahan lama dan kemudian jadi macam hangat2 tahi ayam?

Rahsia utk mengecapi nikmat yg d senaraikan diatas utk spanjang hayat bahkan hingga selepas anda dah tiada d muka bumi ini adalah dgn memberi fokus kepada PERIMUSTAHAK nya anda kpd famili, masyarakat dan negara . fokus kpd SIGNIFICANCE.  Kalau ini yg anda usahakan dan ikhlas melakukannya maka yg lain akan datang tanpa d paksa.
Contohnya Tan Sri Syed Albukhari, Tan Sri Azman Hashim dll dlm dunia perniagaan yg MUSTAHAK memang sudah dari awal bukan hanya mengejar kemewahan tapi banyak memberi manafaat kpd ribuan rakyat jelata. akhirnya apa yg akan ditinggalkan ialah LEGENDA yg boleh kita sama2 banggakan.

memang tak semua perniagaan kita boleh menjadi sebesar perniagaan mereka. namun konsep ini bukan mengira saiz. contohnya Ibu dan Bapa kita yg memberi fokus kpd memenafaatkan anak2nya sehingga berjaya dan berdikari sudah juga dikira sebagai legenda sekurang2nya kpd anak2nya.  guru kita yg tidak kurang perimustahaknya membantu kita dalam pambentukan kedewasaan dan sikap kita. Kawan karib kita pun ada peranan dan walaupun anda tidak sedar juga boleh mempengaruhi keperibadian kita. mungkin ini tak di iktiraf sebagai legenda, tetapi PERIMUSTAHAK dlm hidup anda tetap terpahat dlm riwayat anda.

pernahkah anda fikirkan apakah LEGENDA dan PERIMUSTAHAK nya anda?, kepada siapa? dan dgn cara mana? Ingatlah sama ada baik atau buruk ia pasti akan menjadi kenangan kpd seseorang.  Legenda ada kaitan dgn kepimpinan. KITA semua adalah pemimpin. kalau ada seorang pun yg anda jaga, Anda sudah dikira sebagai pemimpin yg bertanggung jawab meninggalkan legenda yg positif terhadap beliau.  anak cucu nya, bahkan boleh sampai turun menurun.

soalan; apakah cara yg terbaik utk anda lakukan sehinggakan tanpa disedari dan dgn gampang ia akan menjadi legenda anda? memang amat sesuai bagi mereka yg ingin mendalami ilmu network marketing samaada offline atau online.

PERTAMA; mengenali diri sendiri. anda wajib tahu apa yang anda benar2 suka buat atau betul2 berminat. semua keyayaan yg meninggalkan legenda bermula dari sini. masaalahnya banyak drp kita yg tak pasti apa yg sebenarnya kita minat atau ghairah melakukan sesuatu tampa kenal penat atau lelah. Ini antara sebab kenapa cuma kurang drp 10%manusia berjaya di dunia ini dan kurang drp 5% yg menjadi MUSTAHAK dan di kenang orang secara baik, rendah diri, berwibawa lagi  bermanafaat. WorldWellness ingin memasuki julat 5% ini dan akan cuba mempastikan siapa saja yg sudi bersama akan mendapat pencapaian cemerlang didunia dan juga di akhirat.


Bagi mereka yang sudah kenalpasti apa yg anda minat teruskan usaha utk menjadikan ia sebagai bisness dan anda harus belajar drp orng yg sma bidang dan berpengalaman supaya tak banyak mengulangi kegagalan yg mungkin anda lalui.
Bagi mereka yg belum kenalpasti tapi berminat nak jadi MUSTAHAK  dan amat berminat nak jadi kaya berjemaah serta mendapat kebahgiaan lagi meninggalkan legenda, sila terus ikut wacana selanjutnya.
BERSAMBUNG, Insyallah........




oklah,
see ya....



Nukilan,