In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

05 September, 2011

Syawal 2011


Syukur ke hadrat ilahi kerana tahun ini sekali lg fa dipanjangkan umur serta dpt meraihkan syawal bersama suami, anak, kaum keluarga serta sahabat handai....
Syawal tahun ni cukup bermakna buat fa...Terima kasih x terhingga dariNYA kerana memberikan kebahagian serta kecerian dlm rumahtanggaku serta keluargaku...Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala yg akan terjadi pada HAMBANYA.


Salam Syawal buat semua teman² di blog ini...
Cuti raya tahun rasanya mcm singkat sangat....Fa rasa mcm terkejar-kejar plak.
Maklumlah....2 hari sebelum beraya, kami pindah rumah...
Nk hidup berdikari plak....Sampai bila fa nk tggal bersama in laws.
Then dlm masa yg sama terkejar-kejar buat persiapan utk syawal.
Tahun ni anak fa yg raya sakan...Ibu & Papa dia ala kadar sahaja....


Kali ni fa beraya di Bahau, N9. Umah atuk fa sebelah mak...
Sehari sebelum raya, fa mengemas rumah my mum di Seremban.
My parent awal² dah balik Bahau utk buat persiapan di sana...
After semuanya da kemas, Fa serta suami & anak berangkat ke Bahau.
Sampai sana everthing almost done. Tggal nk masak kuah masak lodeh.

Juadah pagi raya sgt meriah. Semuanya my mum & my untie yg masak...
Fa makan jer tahu...huhuhuhuhuu. Antara juadah yg ada :
  1. Lemang
  2. Rendang Ayam
  3. Rendang Daging
  4. Lontong
  5. Nasi impit
  6. Kari Kambing (ni dimasak pd ptg raya pertama)
Raya pertama selepas solat hari raya, kami bersalaman bersama kaum keluarga.
Yg syoknya, Fa boleh terlupa nk mohon maaf ngn suami tercinta.
Dah petang barulah fa mohon maaf ngn my hubby...Itupun my hubby berkias-kias ngn fa....
Aduhaiiiii ape nk jadi ngn isteri MUHAMAD HAFIZ ni....
Siap kene denda lagi....Dendanya ;

Fa kene hidangkan LONTONG serta AIR pd hubby fa dulu. Then baru boleh mohon maaf dari hubby fa....huhuhuhuhu..Teruk3.


Raya pertama kami beraya sampai ke malam....Kesian Izzul Islam yg kepenatan.
Sejak raya, belah siang Izzul akan tido dlm kereta sbb kami byk abiskan masa dlm kereta pergi beraya....
Raya ke2, fa balik ke PJ semula. Packing baju² utk beraya di Tg. Piandang, Perak plak...
Ini kg Pak Long suami fa....Kami di sana hingga  raya ke 5. Sampai umah Pak Long, fa masak spaghetti bolognese....Sudah bosan ngn juadah hari raya. Nk tukar selera plak.

Raya ke 4 kami jalan² pusing Pulau Pinang....Singgah di Toy's Museum, Tg Bungah then singgah di Pasar Chowrasta. Jalan sungguh sesak lebih² lagi lepas solat jumaat. Balik from Penang kami singgah Bangan Serai, Perak sbb ada jemputan ke Birthday Party anak buah my bff....Makan soto puas² hari tuh. Sedapppp plak tu.

Sampai umah jam 7.30 mlm. Sehari suntuk berjalan-jalan ngn Izzul & my hubby.
Izzul lepas mandi & menyusu terus lelap....Kepenatan anak ibu.
Next day fa dah berangkat pulang ke PJ. Keluar rumah jam 8.30 pg.
Sampai PJ jam 12tgh...Nasib baiklah highway x sesak....kalau x bertapa lah kami 3 beranak di sana...
Sebelum balik rumah, hubby ajak lunch @ Carreforu, Subang Jaya.
Izzul makan nasi ayam banyak hari tuh....hihihiiii


Sampai je rumah, fa mulalah mencuci pakaian serta kemas ape yg patut.
Then rehat sekejap sebelum pergi mengemas rumah fa plak....
Malamnya kami dinner makan soto ayam....yummmyyyyy.
Izzul menyusu je sbb mengantuk sgt. Malam tu awal izzul tido....
Ohhh ya....gambar² akan fa upload later k.
Lupa nk save dlm pen drive. Gambar² ada dlm my lappie....hihihihi


Oklah, esok fa upload kalau rajin....



Nukilan,