In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

29 November, 2011

Kolestrol

Hi fellas,
Ok, ni Fa nk kongsi sikit ttg KOLESTROL dlm badan.....
Every year my company akan buat medical check up for every staff...
X pernah x buat la....so every year jugaklah keputusan kolestrol fa akan berada di paras² atas hidung org ckp
Kira sipi² la.....Mcm last year yg lain² semua normal tapi tang kolestrol tu yg selalu x memuaskan hati Fa...
So tahun ni Fa dah nekad utk turunkan kadar kolestrol dlm badan fa seminimum yg mungkin....Byk cara sebenarnya nk kurangkan kolestrol ni termasuklah
  1. Perlu menjaga pemakanan sehari-hari. Elakkan makanan yg mempunyai kolestrol yg tinggi
  2. Ambil pil anti kolestrol. Boleh dapatkan di farmasi berdekatan. (Fa x suka amalkan makan² ubat ni)
  3. Minum susu yg mengandungi sterol. Fungsinya adalah mengawal kolestrol dlm badan kita, contohnya Susu Nesvita Omega Plus.
  4. Lebihkan senaman sehari-hari
  5. Dan banyak lagi lah...boleh google sendiri kat internet
So, last week fa dah beli susu nesvita omega plus tu....beli yg small pack.
Sbbnya, Fa nk try dulu rasa....Fa seorg yg bukan pengemar susu tepung ni.
Sejak umur 7 tahun, Fa da x minum susu. X tahulah kenapa sehingga lah skrg ni. Tapi susu pekat manis fa suka...huhuhuhuhuu. Sbb x berbau susunya.
Waktu preggie dulu, Fa paksa diri minum susu ANMUM perisa coklat just for my pregnancy....
Fa amik perisa coklat sbb baunya x kuat.
Hingga kandungan 7 month, nurse suruh berhenti minum susu anmum sbb berat badan asyik naik jer....huhuhuhuhuhu.


So, skrg ni rasa macam menyesal x minum susu....
Maklumlah bila umur makin meningkat ni, mcm² kita dapat rasa....
Asyik sakit² & lenguh² badan.....
So, bermula pagi tadi bersamaan 29hb November 2011, Fa telah pasang niat utk minum susu demi kesihatan tubuh badan Fa.....huhuhuhuhuhuhu (cewah bukan main lagi)
Harapan tu sgt tinggi yer....Tapi kali ni Fa dah nekad.
Sehari fa akan minum 2x iaitu belah pagi & sebelum tidur. (Pls make sure sebelum tidur mestilah 2 jam sebelum tidur ye)
Nasib baiklah susu nesvita omega plus ni x berbau tau.....Then x manis & x lemak berkrim.
Bila minum mmg x rasa muak....Syabas Effa MG kerana berjaya memaksa diri sendiri minum susu...huuhuhuu
So, lepas ni Fa akan pantau kadar kolestrol dlm badan Fa....Selain tu susu ni tinggi kalsiumnya....Good². Semuanya ada kan.....

SUSU NESVITA OMEGA PLUS.....Keluaran Nestle

Susu Nesvita Omega Plus ni mmg bayak kelebihan....
Meh sini Fa kongsi sama² ye kebaikan susu ni.....


  • Susu ini mengandungi sterol dari tumbuhan yang membantu mengurangkan kolesterol. Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.
  • Susu ini tinggi dengan kalsium yang sememangnya kita tahu bagus untuk tulang
  • Susu ini mengandungi 60% kurang lemak berbanding susu penuh krim. Sesuai untuk diet
  • Susu ini mengandungi Omega 3 dan Omega 6, iaitu sejenis asid lemak yang kita perlukan, tetapi tidak dihasilkan oleh badan dan harus diambil daripada makanan harian. Sumber baik Omega 3 dan 6 ialah minyak jagung dan minyak biji sesawi.
  • Susu ini boleh membantu mengekalkan tahap karotenoid kepada orang-orang yang mengamalkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran. Apa itu karotenoid? Karotenoid itu ialah sejenis pigmen yang selalunya terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna dari warna kuning hingga merah (seperti lobak, tomato, betik). Karotenoid membantu membekalkan vitamin A, antioksidan, dan juga meningkatkan fungsi sistem imun badan kita. Malah membantu sistem pembiakan kita agar berfungsi dengan lebih baik!

So, ape tggu lg....mari kita minum susu utk kesihatan keseluruhan tubuh badan.....
Weeeehooooo caiyok Effa MG


Nukilan,