In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

02 March, 2012

Mengidam...

Hi all my readers...
Sejak akhir² fa ni mengidam nk makan macam² lah.
Aduhhhhh selera nk makan tu membuak-buak walaupun dah minum Rx Lite.
Kadang tension plak...Rasa mcm menbazir plak bila dah minum Rx Lite, Fa g makan....uhuks!!!
Mmg lah berat tu masih ditakuk lama...X nak turun² dah. Tapi masih risau sbb ada kelebihan berat dlm 5kg lagi ni....aduhaiiiiii. Mcm mane ni???

Smlm balik kerja terus singgah pasar malam di Taman Dato' Harun.
Memula singgah nk beli timun, ikan bilis & bwg besar...
Last² tgk mcm² ada, so mcm² lah nk beli kan?
Tapi Fa berjaya mengawal diri sendiri daripada membazir...

So malam tadi dinner ngan Yong Tau Foo. Againnnn?????
Hahahahaaaa...dah malam sebelum tu pun dinner makan Yong Tau Foo jugak...hihihi
So malam tadi fa makan lagi ngan hubby.
Then masa on the way ke kereta, fa terjumpa kuih tepung bungkus....
Ohhhhhh sungguh lama x perkena tepung bungkus ni....
Mmg dah lama nk makan, tapi malas nk buat...
Yelah kita duduk bandar ni semuanya nk dibeli....yelah daun pandan, daun pisang, kelapa la....
Maklumlah x der tempat nk tanam all those thing kan...


Kalau kat kg mmg senang lah....semuanya ada ditanam.
Bila teragak nk makan kuih tepung pelita ni, terus pegi belakang rumah mak, amik daun pisang & daun pandan...Kelapa plak just tggal nk kopek kulitnya & parut....
Ni rumah dah lah tinggi melangit, kalau ada brg² x cukup kat rumah, aduhhhh malas betul nk keluar pegi beli.
Haaaihhhhhhh.....


So resepinya adalah mudah....semudah 1,2 & 3.....hihihihii
Kalau nk cuba resepi ni, cubalah.
Fa pun copy from internet gak.... :)

Tepung Bungkus


Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • secubit garam
  • daun pisang di layang skit ke ats api kecil
  • utk inti;
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2-3 keping gula melaka
  • 4 sudu tepung pulut
  • sehelai daun pandanh di simpul

Cara-cara

  1. Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
  2.  Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit




Ok jugak resepi ni. Mmg mudah nk follow.
Rasa pun not bad jugak...
Fa kalau balik Seremban confirm akan buat sbb my parent suka kuih² traditional ni...
So smlm mmg puas dapat makan kuih ni...
Dulu masa bujang my ex house mate, Kak Yati selalu gak bawak balik kuih ni.
Belah utara mmg kuih fauvourite dieorang ni...so selalu gak lah dpt makan....
Sedap Kak Yati buat....so masa mengandung mengidam kuih ni, tapi x jumpa plak...
Nasib baiklah Izzul x meleleh air liurnya....hihihiii


Oklah, itu je ttg mengidam kali ni.
Pas ni ape plak la si Effa MG ni mengidam...kite tgggguuuuuuuuuu.....
Ok bai.


Nukilan