In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

10 September, 2013

Last Weekend...


Hello Fellas,
Last week keje x berapa nak ada mood akibat PMS. Hampir 4 hari mood Fa terganggu...
Haihhhhhh....Jumaat baru ada energy tuk berkeja. Teruk betul this month PMS.

Ohhhhh ya just nak update weekend kami.
Last saturday pepagi buta da bangun. Hantar hubby ke KLIA. Dia ada urusan di Bintulu sampai ahad.
So, Fa & Izzul g lah hantar hubby ke KLIA.
Then terus shoot ke Office. Sabtu tu Fa keje 1/2 days. After work bawak Izzul Islam ke Subang Parade lunch & main games....
Lama gak melayan dia main games...Kesian Izzul sbb selalunya his papa suka melayan dia main games ni.
Tapi bila papa dia x der ni, ibu yg akan ambil alih tugas his papa...

Then, bila Izzul dah penat, dia ajak ibu balik umah opah....
On the way balik tu, dia dah start terlentok sana terlentok sini...
Kepenatan dan mengantuk...

Sampai rumah jam 6.15ptg. Fa terus mandikan dia dulu...
Then buatkan susu. So dia layan kartun HAGEMARU sambil menyusu...
Fa plak naik atas dan mandi dulu. After 1/2 hour Fa turun. Ingatkan Izzul tidur, rupanya dia x tidur.
Amboi dalam kete tadi bukan main lagi mengantuknya...
Tup² kat rumah x mengantuk plak dia...
So layankan dia nonton kartun....

Jam menunjukkan hampir 9 malam. Mata tersangatlah berat. X mampu nak celik dah...
Terus ajak Izzul naik atas tidur. Dia pun ikut sebab dia da start mengantuk...
Bila baring jer, x sampai beberapa minit, dah dgr Izzul berdengkur....Haiihhhhhhh.
Betul² mengantuk lah tu....
Fa pun turut sama tidur awal...

Ahad (08/09/2013)

Sebelah pagi Fa mengemas bilik serta buat kerja² rumah.
Then kami sarapan ngan 2 biji setengah masak, se mug Gua Rx & 2 keping roti bakar...
Sambil tu bersembang ngan my mil sekejap...
Jam 12.00 tghari Fa layan JJCM @ TV3...Then naik atas layan Melodi plak sampai kami 2 beranak terlelap...Sedar2 jam dah pkul 2 ptg...
Janji ngan my bf nk ke Bagan Lalang jam 3 ptg...
So bergegas la Fa siapkan Izzul dulu...Then barulah Fa bersiap-siap....

3.30 pm kami gerak ke Bagan Lalang. Nak makan seafood punya pasal dan nak buat photoshoot sekali.
Tapi masa on the way ke Bagan Lalang tu cuaca mendung jer...
Macam ada harapan hujan ni....Rupanya mmg hujan.
Sampai Bagan Lalang hujan renyai-renyai...So x leh la buat photoshoot.
Kami terus cari port tu dinner terus.
So kami dinner @ 6.00pm. Hahahahahah gile awal kan. Satu lg perut sudah berkeroncong yer...
Sebab kat rumah kami x lunch sbb sarapan lambat kan?

Juadah makan malam kami petang tu


  1. Siakap 3 Rasa
  2. Sotong & Udang Celup Tepung
  3. Sambal Pepahat 
  4. Kailan Ikan Masin
Perghhhh mmg kekenyangan kami makan. Izzul makan x banyak. Asyik nak main jer kejenya...
Selesai makan jam 7.30 malam. Then kami round² cari port bergambar...
Finally dapat gak bergambar.....

 No filter....
Son & Ibu


 @ Golden Palm Tree Resort...



 Flying Without Wing



Lepas dah bergambar terus ke KLIA tuk fetched my hubby...
He's arrived @ 9.30pm from Bintulu.
After that terus balik rumah lah...Da penat dah.

So, this coming weekend Fa da plan mana nak bawa Izzul Islam...
Kami kene tggal lagi. Hubby ada urusan perniagaan di Sri Aman from Saturday till Monday.
So, kami 2 beranak jalan² makan anginlah...
Tempat penginapan kami tentulah di Seremban...huhuhuhuhuu. 


Sabtu pagi nak bawa Izzul g PD kejap. Tengahari balik lah....just nak snap beberapa gambar sunset...
Then nak singgah ke Tesco kejap...Cari barang² tuk masak for our lunch plak...

OKlah, tilll next week k. will update yoooo !!




Nukilan,

04 September, 2013

Officially....


Sejak Fa kahwin tahun 2009, rasa sungguh bahagia bersama suami dan anak tunggal Fa.
Selepas Izzul Islam dilahirkan mmg dia dibelai sepenuhnya ngan kasih syg.
Keinginan untuk berikan Izzul Islam adik mmg ada. Tapi atas beberapa sebab, Fa n hubby terpaksa plan la dulu utk tambah baby.

Tapi sejak last month keinginan tu mmg membuak-buak.
Niat tu mmg ada. Then kami berdua berusahalah...
Sepatutnya Fa 1st period on 29 August lepas, tapi x juga kunjung tiba....
So mcm dah happy sikit lah. Memula mcm x nak inform hubby lah....
Sebab terlalu awal utk bagitahu dia.
Selalunya selepas 2-3 week lambat barulah buat pregnant test kan.



Ni buktinya yang Fa da lewat 6 hari.

Then, Fa da buat persiapan awal mcm jaga permakanan serta my lifestyle.
Makan makanan yang berkhasiat & do some execises yg ringan².
Tapi malam isnin hari tu, tetiba rasa perut ni sakit mcm kene sengugut.
So, Fa just tahan n minum air suam 2 3 gelas...

Pagi selasa bangun tidur mcm biasa lah mandi, solat n bersiap-siap ke office.
Masa nak bersiap- siap tu rasa mcm lain mcm jer exspecially kat bahagian V tu...
Then pergilah check dalam toilet.
Hmmmmmm....
Rasa sebak, kecewa n hiba sedikit.
Dalam hati ckp ' x der rezeki lagi'. Cuba pujuk hati sendiri....
Then bila nak ke office, barulah Fa informed my hubby.
Then hubby ckp tak pe lah B, boleh usaha lagi...
X yah lah stress sangat. Kalau ada rezeki, adalah...kita hanya mampu berusaha n berserah padaNYA.
So, pergi keje tu mcm x der mood lah...Dah la perut daj start sakit sbb PMS
Hari tu jer dah 3 kali fa bertukar pad. Mmg agak tenat sikit.
Siap ada darah yg berketul-ketul keluar....Ngeri plak.
Maybe sebab x jadi kan...so darah tu akan keluar as a darah period.




Nilah buktinya dan secara rasminya Fa x preggie ye.
X per, usaha lagi ye...



Nukilan,

03 September, 2013

Lawatan ke PLKN

Last sunday, Fa n mak Fa pergi melawat adik kesayangan Fa di Kem PLKN, Rembau.
Fa gerak from Seremban jam 12.00 tgh. Dalam 1 ptg dah sampai. Nasib baiklah dekat jer
Fa dah siap² sms adik Fa bagi memudahkan dia bersiap-siap.

Sampai sana Fa kena register nama utk dapatkan pas lawatan...
Lepas 15 minit menunggu adik Fa pun sampai naik van.
Siap beruniform bagai....Wahhhh makin sihat ko kan Qila. Hihihihihii

Ni budak sihat. Dah nmpk happy sikit dari sebelum ni. Dah boleh sesuaikan diri ngan suasana di Kem PLKN. Alhamdulillah......




Izzul Islam happy dapat lunch ngan mak busunya....Rindu katanya. Siap suruh suapkan nasi. Nak makan sama² ngan mak busu...


My lovely mum....



Haaa....berwechat ngan Pakwe lah tu. Hp hanya boleh dia pegang hari sabtu ahad jer. Hari Isnin-Jumaat cikgu akan simpan.....Tu yg khusyuk berwechat....



Masa tgh makan sama², hujan turun lebat betul....
Sejuk betul. Dah kem tu dlm hutan kan....Lepas hujan mmg udara sgt segar ok. Dah lama x rasa sesegar ptg tu....sejuk jer...Damai rasanya...
Kami bersembang sampai pukul 4 ptg. Siap mengusik aqilah lagi.
Then aku bersiap balik sebab pukul 6.40 pm nak fetched hubby kat LCCT plak...
Mmg pack betul jadual....
Balik tu, peluk Qila ketat². Hilangkan rindu ngan dia. 
Nanti jumpa balik dia awal bulan depan....



Masa on the way balik ke Seremban, Fa singgah beli petai sebab hubby fa teringin nak Sambal Tumis Petai.
Haaiihhhhh mengidam plak Encik Somi saya ni....
Balik HARUS lah masak untuk Encik Somi yer....Sebab dia dah sebut.





Nukilan,

Dinner with Best Friend kami....

Last Thursday, hubby bawa Fa n Izzul ke Subang Parade.
Nak install games kat his new lappie.
Hubby baru jer beli Dell Alien. Paling latest...Harga jgn ckp lah.
Boleh beli gelang emas yg tebal tuk Fa....hihihihi
Dah lama hubby idamkan lappie tu....Last month berjaya dia membelinya.
Malam tu dia ajak his bf, Aman sekali. Aman dtg ngan his wife sekali...

So, sementara mereka mencari games yg menarik untuk di intall, Fa ngan Izzul pergi naik tingkat atas teman Izzul main games....So layankan jer lah...
Tgh syok tgk Izzul main games, hubby naik.
Ajak pegi dinner sbb dah lapar...
Malam tu hubby bawa makan di Nando's...Weehooooooo lamanya x makan kat Nando's.
Sejak berdiet ni mmg Fa cuba elakkan restoran mcm tu...
Mmg la bagus, tapi kalau da selalu sgt x der maknanya nak diet...hihihihii

Malam tu fa amik menu yg paling sesuai utk org yg tgh diet karbo ni....


Butterfly Chicken Breast perisa Lemon n Herb & Grill Vege. X nak makan pedas² sebab perut ni dah semakin sensitif...


Hubby melayan anak tunggalnya makan. Sebabnya hari jumaat da nak bertugas di Miri hingga Ahad. Izzul mmg nak his papa yg layan dia...Sebab dia tahu dia akan ditinggalkan papanya selama 3 hari...


Our best friend. Aman & his wife....

Ohhh ya, kami kalau ke Subang Parade, wajib singgah di sini utk hilangkan stress keje kami.
Main basketball. Itu my hubby, Aman n Izzul yang menyibuk.....
Layankan gambar candid mereka memecahkan rekod sedia ada....hihihihi


Oklah, lepas dinner terus heading balik rumah. Izzul da kepenatan.
Esoknya pepagi nak ke Pejabat Tanah Seremban. ada beberapa urusan nak kena settlekan sebelum 1st September 2013.
Then Fa terus balik kampung.....
Tujuan utama adalah pada ahadnya Fa nak melawat adik kesayangan Fa, Qila di PLKN, Rembau..





Nukilan,

Assam Laksa !

Last tuesday, Fa sgt² menginginkan Assam Laksa di Carrefour, Subang Jaya...
Gigih pujuk hubby temankan lunch Assam Laksa kat Carrefour....
Sampai sana terus order & makan...
Wahhhhh nikmatnya dapat makan assam laksa kat situ...
Always my fav sbb kuah & petisnya...
Perghhhhhh mmg terliur sape yg tgk...
Ni Fa lampirkan sekali photonya...



Terliur x????
Hihihiihii jahat Fa kan??
Minggu ni mcm² yg fa idamkan. Mcm org mengandung plak...
Lobster la, assam laksa, then jeruk plum, mcm² ....
Haaihhhhhh....selera kan? or nafsu semata-mata!



Nukilan,

Farewell

Last week, Our office buat farewell for our staff, Mohd Hamidi or Bro Choco Daniel.
Dia bahagian Pereka Grafik....Dah 8 tahun bersama WorldWellness & finally dia resign.
Dia dapat offer better from here...
Sedih mmg sedih sebab nanti tiada gelak ketawa from him lagi...
Dia seorang yg pelawak jugak...hihihii
Nway all the best bro....





So, skrg ni Midi dah dapat buk job kat luar sana.
Semoga diperluaskan rezeki serta always success bro...



Nukilan,

29 August, 2013

Lobster oooo Lobster


Hi semua...
Amboi bukan main hari ni mengupdated blog.
Hahahahaa...Yelah esok Fa bercuti. Kalau bercuti ni mmg x der masa nak update blog ni.
Ok, ni Fa nak cite pasal SOMETHING yg Fa inginkan tu....hihihii


Rupa-rupanya masa hubby outstation ke Sandakan, dia dah belikan Fa fresh lobster.
2 ekor dlm RM160.00....Mahalnya.
Dah isteri asyik meminta-minta....hahahahahaa
Sampai rumah lepas hantar ayah fa ke hospital tu, terus x sabar dia nak tunjuk lobster tu kat Fa.
So, smlm dah selamat Fa masak lobster itu...huhuhuhuu
Puas dapat makan.

Ini lah lobster yg hubby Fa belikan tu...Besar betul. Geli pun ada nak pegang



Izzul Islam mmg geli nak pegang udang tu....sebab dia tgk sepit lobster tu yg banyak n besar².



Selepas direbu ngan air garam selama 20 minit. 




Ni selepas dibuang kulit lobster itu.....isinya mmg manis. kalau terus makan n cecah sos pun boleh jer...


Finally Fa masak Sambal Lobster....
Tetaplah selera kampung uollsss.....

Akhirnya, dah lama idamkan nak makan lobster, last² hubby yg tunaikan...
Tq so much dear.....


Nukilan,

Check Up

Hi Fellas,
Last tuesday, fa hantar ayah Fa g check up @ Hospital Selayang...
Seawal 5.00 pagi Fa dah bangun bersiap...
Then lepas jer subuh terus gerak ke Selayang...
Keluar awal pun jalan sesak...Ayodaiiiii....

Sampai hospital tgk parking dah penuh. Then Fa turunkan ayah Fa dulu & ambilkan wheelchair dulu.
Bila sampai kaunter, nurse ckp wheelchair dah abis. Boleh cari kat bahagian kecemasan atau wad sebelah klinik pakar tuh....Fa pun pergilah ke unit kecemasan.
Sampai sana ambulan attendant ckp x boleh amik. Itu utk unit kecemasan jer.
Puas aku pujuk, dia x bagi juga...
Tetiba aku jadi sebak. Sebak mengenangkan keadaan ayah aku yg x leh berjalan n amat memerlukan wheelchair tu...
So, aku ngan muka sedih terus bla & cari parking dulu. Hampir sejam aku pusing² kat car park tu.
Lastly aku parking jer double...Then aku letakkan hp no. Kot² lah org tuh nak kuar parking nanti.

Then, terus aku naik....Aku sggah kat unit wad utk dapatkan wheelchair.
Mmg aku sgt menharapkan wheelchair tu....Subahanallah. Kuasa Allah kan.
Ada sorang untie ni, hubby baru kuar wad. Then wheelchair tu dia nak pulangkan....
Terima kasih Allah kerana perkenankan doaku....
So, aku bergegas cari ayah aku kat lobi klinik pakar...Kesian ayah aku menunggu hampir sejam.
Sampai jer terus aku bawak ayah aku naik ke aras 4 di unit urulogi.
Sampai sana ambil nombor utk register.
nombor yg aku dapat utk REGISTER shj....


Ni nombor giliran ayah Fa. Ini baru register jer tau. Belum lagi sampai lg ke unit urulogi tu lagi.
Tggu register je sejam...sempat la sembang² ngan mak dan ayah dulu.



Bila dah register, terus ke kaunter 8 utk dapatkan nombor giliran di sana plak...
Kat situ tggu 15 minit lagi.
Bila nama ayah dipanggil, nurse  suruh buat overflow dulu.
Terus tolak ayah ke bahagian overflow. Kat situ jer punyalah panjang barisannya...
Dah kene tggu lagi sejam lebih....Ya Allah kesian tau tgk wargaemas beratur tunggu turn masing2.
Ayah Fa dah start bengkak dah kaki dia.


Keadaan di kaunter 8...Tggu nak ambil no giliran utk jumpa doktor.


Bila dah selesai overflow, ayah dapat no giliran baru iaitu 41....
Ni cuma nak jumpa doktor. Jam dah 12 tghari...Perutku da bekeroncong. Izzul plak asyik bermain ngn new friend dia...



Nama ayah dipanggil jam 3.50 ptg...
Ya Allah kesiannya...menunggu berjam-jam tapi jumpa doktor cuma 5 minit jer.
Subahanallah.....Walaupun ayah fa ade keistimewaan tapi layanan ttp sama ngan yg lain.
Tunggu tetap tunggu...
Aku bekalkan pau ayam utk ayah dan mak alas perut.
Bila dah selesai, pegi ambil ubat plak. Nasib baiklah ambil ubat sekejap jer
Then terus balik. Fa kena hantar ayah n mak balik Seremban dulu baru Fa balik PJ semula.
Perut mmg tgh lapar.
Then Fa singgah makan lewat tengahari di Restoran Homst, Shah Alam.
Restoran Chinese Muslim yg terkenal di Seksyen 13, Shah Alam.

Aku terus order

  1. Siakap Asam Pedas Deep Fried
  2. Sotong Blackpapper
  3. Sayur campur 
  4. Sup sayur



Dah lama Fa nak bawak ayah n mak fa ke sini. Akhirnya tercapai hajat fa nak belanja mereka di sini.
Maklumlah ayah fa kan dah lama x sihat. Lama x kuar umah.
Kebetulan plak pergi check up di Selayang. Terus fa bawak mak ayah ke sini.
Alhamdulillah.....syukur sgt.


Pas makan, jam menunjukkan dah pkul 6.00ptg. Fa terus balik ke Seremban
Sampai Seremban hampir 7.30 malam.
Then terus mandikan Izzul dulu. Bagi dia menyusu & fa mandi plak..
Then pas solat baring sekejap tuk hilangkan penat mata n badan.

Jam 9.00 malam barulah Fa berangkat pulang ke PJ semula.
Sampai PJ hampir jam 10.00 malam. Izzul dah tidur dalam kereta.
Hari tu mmg penat gile....
Balik rumah, hubby setia menunggu. Siapkan belikan SOMETHING yg dah lama aku idamkan...
Hmmmmmm nanti Fa cite  ye...

Oklah, itu cite ttg hantar ayahku check up...
Next appointment pada 25 Feb 2014. In sha allah. Moga dipanjangkan umurku utk hantar ayahku kembali check up.


ok...adios



Nukilan,

My office's Open House


Last Saturday, our office ade buat open house.
So, ramai lah our member dtg ke Rumah Terbuka kami...
Sambil tu, our Founder ade buat Soft Launch tth new product.
Start @ 9.30am until 1.00 pm....

Me, of course lah jadi usherer mcm biasa then jd runner tuk makanan yg dihidangkan...
Penat hari tu sbb aku berpuasa. Last² x tahan me berbuka juga.
Balik rumah makan nasi lauk sambal paru. Haaahhhaahaaaa
Hubby plak sebelah pagi dia ada bersama, tapi petangnya dah terbang ke Sandakan hingga isnin.
Majlis abis pukul 2.00 ptg. Kemas² & balik....








Sebelum balik, sempat kami berposing dulu....

Then lepas dah abis semuanya balik. Sebab sebelah malamnya kami akan hadiri Majlis Perkahwinan rakan sekerja berbangsa India....Majlis diadakan di Bangunan Peladang, Petaling Jaya.
Start jam 8.01 malam.
So, kami sampai dlm pukul 7.55 malam...Nasib baiklah ada parking.
Kalau lmbt beberapa minit, confirm lah parking kat bahu jalan...


 Sebelah malamnya Fa pakai Jubah hitam jer....Malas nak iron baju sebab kepenatan. So, malam tu dinner simple jer pakaian ku...Bawak Izzul sekali sebab kesian dia seharian duduk rumah.


Ni geng² yang pergi sama². Kami balik awal sebab nak tggu amik makanan jer punya berbaris panjang. Izzul dah bising lapar...So, kami pun beredar awal dan singgah mamak tuk makan malam...hahahahahha.
1st time pergi kenduri x makan.....

So, aktiviti malam tu tamat jam 10.30 mlm. Itupun Izzul dah sibuk ajak balik sebab dah penat & kekenyangan....
Oklah, itu aktiviti kami weekend lepas. 
Nanti sambung cite lain. Nak lunch jap ye....




Nukilan,

21 August, 2013

Tahniah Rizal & Ain

Last saturday, kami ke Majlis Walimaturus sahabat kami di Gerik.
Encik Shahrizal dan pasangan diraikan disebelah keluarga lelaki plak.
Kami tema mereka adalah light blue. Kebetulan sama ngan pakaian kami anak beranak....

Sebelum berangkat sempat lagi Fa berposing ngan new syria.
Fa beli online sebelum raya lepas. Harga not bad jugaklah. Mahal jugaklah, tapi sgt berbaloi sbb best pakainya....Inner tu beli asing ye. Itu beli di Pasar Wakaf Che Yeah awal Julai lepas....


Lace x nmpk sebab bahagian belakang.....hihihihiii

Kami gerak from Tg. Piandang jam 10 lebih. Agak lambat jugak lah sbb hubby g hantar his Abah pinjam kereta his niece sbb kete x muat....X kan nak bersesak-sesak dlm my myvi tu....
Hampir 3 jam kami meredah hutan ke Gerik tu. Izzul sampai naik rimas siap menyanyi dan menari bagai sebab bosan. Me layan dia sampai dia tertido.

Sampai Gerik, hampir pukul 2. Kami ingatkan majlis dah tggal hujung², rupanya pengantin belum berarak lagi...So kami makan la dulu. Layankan Izzul makan nasi dulu, then barulah Fa makan....Perut mmg dah kelaparan da. Fa makan ayam grg rempah jer. Nasi x lalu sgt nak makan.

Balik tu, ingat nak singgah rumah sedara hubby di Felda Bersia, last² mereka sekeluarga tiada di rumah.
So terus lah balik dan singgah open house di Sg, Duri, Nibong tebal.
Pas maghrib baru kami berangkat pulang semula ke Tg Piandang.


Hubby's cousin, bakal guru. Ni skrg tgh praktikal di salah sebuah sek men di Parit Buntar.


So, hari sabtu lepas mmg hari makan sedunia. Fa risau betul takut berat naik mendadak-dadak...
But pagi smlm timbang hanya naik 500gm shj...Weeehoooooooo
Suka sgt....so x perlula nak berdiet bagai.

Hari ni Fa berpuasa ganti sampai Jumaat nanti, In sha allah.
Minggu depan sambung lagi 3 hari. Sabtu Ahad harus lah x puasa sebab kena hadiri open house kan.

Oklah semua. byk nya nak diceritakan hari ni.
Sambung esok boleh?


Nukilan,