In Memory....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers

24 July, 2008

Untuk Tatapan kite bersama...

*Hukum menghimpun dua waktu sembahyang*

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan
waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu
zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan
sembahyangnya. Maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya
dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah
mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan
neraka wail."

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu
orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu
sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah
menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya."

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan
dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar." (Riwayat Al-Hakim)

*Seksa Neraka Bukan Kepalang*

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan
di
alam kubur
tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam
kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih
tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar
tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan
sembahyang Subuh….."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur.
Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah
seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya
hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul
Aqra hinggalah
hari Kiamat.

* *

*Cuai Solat Lima Waktu*

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.

* *

*Peminum Arak*

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di
tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara
yang menyeru, "Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia
dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang
teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang
Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka
dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke
Neraka Jahanam. Di dalam
neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga
putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka
kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun
lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di
mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala
mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk
mereka.

* *

*Mengkhianati Harta*

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke
dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat
akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta dipukul kepala
mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang
selama mereka di laut itu.

*Azab Bagi Yang Kedekut (Bakhil)*

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan atau
dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang
berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

*Saksi Bohong*

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada
alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya
oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging
dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah
seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

*Mengumpat*

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga
putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat.
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi,
kemudian pulih dan digunting lagi. Begitulah seterusnya selama-lamanya
seksaan bagi mereka.

*Gambaran Neraka*

Di dalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu.
Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan
kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat
yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Ahli-ahli neraka
dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang.
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih
dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar
daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang
kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya
adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan
kasih sayang Allah
swt, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang
kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insya Allah akan
diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada
kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh
harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping
memohon keampunan Allah SWT.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan
mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran,
malah berusaha mencegahnya.

Wallahu'alam.